Petang kelmarin JR belajar satu lagi pepatah baru:
Pepatah "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan" ini dicipta oleh Dr Mahathir kelmarin dalam entri di blognya chedet.
Dr Mahathir meminta kita mengikutinya yang berani menegur pihak atasan:
Banyak yang ditulis oleh Dr Mahathir itu betul.
Tapi masalahnya beranikah kita menjadi seperti Dr Mahathir, beranikah kita menegur pemimpin kita?
Secara jujur JR tak seberani Dr Mahathir dalam hal-hal menegur ini. Orang nak kata JR bacul, katalah, tapi JR tak begitu berani menegur orang atasan...
Bukan saja tak berani menegur pemimpin atasan negara, nak tegur kesilapan boss di pejabat, nak tegur kesalahan pemimpin kecil di peringkat komuniti pun terpaksa berfikir 44 kali.
JR ada satu pengalaman menegur boss nombor 2 di pejabat bergelar Datuk. Ketika itu JR masih baru di pejabat yang baru JR bertukar. Tak tau boss itu pantang dikatakan 'no', walaupun pandangannya tidak betul. Akibat berkata 'no' (diikuti hujah-hujah konkrit mengapa patut berkata 'no') dan JR tidak mahu mengalah dengan pendirian, boss mengamuk sakan kerana selama ini pandangannya tak pernah dibangkang oleh pegawai-pegawai lain. Datuk itu mengamuk sakan, memekik dengan suara kuat mengalahkan guruh di langit hingga PAnya beritau JR lepas itu yang dia hampir terkencing!
Walaupun JR digelar 'hero' oleh rakan-rakan pejabat kerana berani menegur kesilapan boss tapi akibat teguran itu, JR tidak diindahkan langsung oleh boss itu, dia memulau, meminggir dan seperti mendendam JR hingga dia pencen. Itulah mahalnya harga sebuah teguran.
Itu baru menegur boss di pejabat, belum lagi menegur pemimpin atasan negara!!
Dr Mahathir lainlah, dia menegur orang pun dia tak akan kena apa-apa. Tapi jika orang-orang kecil seperti kita menegur pemimpin atasan.... baru tegur dalam tulisan malam ini, pagi esok belum azan subuh berkumandang lagi sudah ada polis mengetuk pintu rumah membawa waran tangkap!!
Tun M walaupun bukan lagi PM, dia tetap ada kuasa dan tiada siapa yang berani usik dia kalau menegur orang. Lagipun duit dah banyak. Tak kisahlah orang nak pulau ke, nak buang kerja ke apa. Kita ni pangkat hanya secebis kuman. Kuasa pun takda. Macam mana nak tegur. Kalau tegur di blog pun takut2. Silap hari bulan abis kena tangkap pulak.
ReplyDeleteKalau tak tegur sampai bila-bila akan berada di takuk lama tapi siapalah kita untuk menegur pihak atasan..
ReplyDeleteSetuju dengan ayat terakhir JR.. silap2 kita pulak teruk dikenakan.
sebenarnya nak menegur pun perlu ada pengaruh yang kuat...klu org2 biasa yg menegur confirm tidak dilayannya.
ReplyDeleteNak menegur kena ada caranye. Macam kita org biasa2 je, nak tegur org atasan mmg tak boleh. Sebab ego yg kononnye dikata maruah tu akan tercemar. Kan lebih baik kita doakan je, bagi Allah yang menegur dgn cara Allah. Macam Tun Mahathir sebab beliau ada wibawa yang tinggi, mantan Perdana Menteri yang disanjungi lagi tu. Dia lebih arif dalam selok belok negara ni. Jadi layaklah dia menegur Perdana Menteri kita. Cuma bergantung pada yang menerima teguran. Samaada nak menerima atau terus melenting.
ReplyDeleteexBos sy adalah wanita, kalau staf lelaki yg tegur dia tak boleh terima pakai..., ye kita lelaki ni nampak macam bacul jugak kalau dah tau kesilapan berlaku kita biarkan saja...tapi itulah hakikatnya. Nak "katakan benar walaupun pahit" itu yg payah...Pemerintah/bos yg selalu berusaha mendapatkan penghormatan org lain dan tidak pernah terbuka utk menerima kritikan drpd org bawahan, kebanyakan hidupnya tak bahagia dan tak beruntung...ada saja yg mendoakan celaka ~ Oreintasi mcm ni adalah musuh keamanan.
ReplyDeleteJr saya komen2 yg baik2 saja ya. mohon maaf jika ada yg menguris hati.
ReplyDeletesaya nak minta tolong ni..jika sudi
Jr saya komen2 yg baik2 saja ya. mohon maaf jika ada yg menguris hati.
ReplyDeletesaya nak minta tolong ni..jika sudi
Jr ..pada ruang dashborad dalam catatan edit blog saya tak kelihatan tu perkataan ulasan, gambaran keseluruhan, statistik, tetapan dan kempen tak kelihatan saya sukar sekali nak drop komen dalam blog saya sendiri, tapi saya boleh komen di blog kawan-kawan..apa terjadi setting blog saya tu ya..saya tak banyak ilmu blog ni.
ReplyDeleteCatatan
Semua (834)
Diterbitkan (834)
Tetapan
mahathir boleh menegur sesiapa je sebab dia adalah tun dr. mahathir. jauh berbeza dengan kita. kalau menegur pemimpin negara, silap-silap dicop penderhaka pulak...!
ReplyDelete