»

26 August 2014

Kau Pergi Jua Pakcik....


Susuk tubuh lelaki berusia 70an itu sangat dikenali. Jika pun tak hari-hari, tapi hampir setiap 4 hari sekali JR akan menemuinya. Dengan ketinggian hanya kira-kira 1.52 meter, gerak langkah sangat perlahan dan terhincut-hincut, dia selalu kelihatan berjalan di tepi jalan berdekatan Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar. Kadang-kadang dia ditemui sedang makan di beberapa kedai makan sepanjang Jalan Teluk Wanjah, terutama yang dekat Menara Zakat, Restoran Zam-Zam atau Restoran Mee Abu. Mengikut cerita orang, pengusaha-pengusaha kedai makan tersebut tidak mengenakan apa-apa caj bayaran kepada pakcik itu.

Kata orang dia tinggal di Lorong Derga, sebatang kara selepas kematian isteri. Sebab itu pengusaha-pengusaha kedai makan yang mengenalinya membenarkan dia makan apa saja tanpa dikenakan caj bayaran kerana mereka kasihan kepadanya.

Walaupun JR tak pernah bercakap dengannya, tapi JR tau dia seorang yang baik. Walaupun sering menemuinya di beberapa kedai makan di Jalan Teluk Wanjah, tapi JR tak pernah mendengar suaranya bercakap. Wajah tuanya yang sentiasa kelihatan tenang dan banyak tersenyum kelihatan seperti lelaki yang tak pernah berdosa.

Pagi kelmarin sekitar pukul 7.30 pagi ketika berada dalam kereta di hadapan Masjid Derga, JR terlihat sekujur tubuh kecil  terbaring kaku di tepi jalan ditutupi akhbar. Tompokan darah merah yang masih basah kelihatan terpercik di bawah akhbar yang menutup tubuh kecil itu.

Pagi tadi ketika membeli nasi lemak di gerai tak jauh dari Masjid Derga baru JR tau mangsa kemalangan pagi kelmarin ialah pakcik yang sering JR temui berjalan terhincut-hincut di tepi jalan dan kadang-kadang kelihatan makan di beberapa kedai  makan  di sekitar Jalan Teluk Wanjah itu.

Mengikut ceritanya, ketika melintas jalan ke arah Masjid Derga pagi kelmarin, sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang lelaki Cina merempuh pakcik. Akibat rempuhan itu pakcik jatuh atas jalan tapi dengan sisa-sisa kudrat yang masih ada dia berjaya bangun semula untuk ke tepi jalan bagi mengelak di langgar kenderaan lain. Ketika itulah datang sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita Melayu yang merempuhnya untuk kali kedua. Kedua-dua motorsikal dan kereta yang merempuh pakcik tua itu melarikan diri ke arah jambatan Teluk Wanjah. Pemandu kereta yang melarikan diri  itu berjaya ditahan oleh orang ramai yang mengejarnya dengan kenderaan mereka. Manakala pemandu motorsikal itu berjaya menghilangkan diri.

Mengikut kata-kata saksi yang melihat kejadian itu, tubuh pakcik cedera teruk selepas dirempuh oleh kereta. Kakinya patah sepenuhnya, malah beberapa daging tubuhnya bertabur atas jalan. Kematian yang begitu tragik.

Selamat jalan pakcik. Semoga kau aman di jannah bersama rahmat Yang Maha Pemurah.

Al-fatihah....

4 comments:

  1. Innalillah wa innalillahirojiun..pacik yg tak bersalah di langgar begitu je. Tak baik betul laaa motor ngan kete yang langgar tu. Alfatihah buat pacik tu..

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. al fatihah.. begitu tragis pak cik itu pergi.. sedih saya membacanya.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

    ReplyDelete
  3. alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah....

    Pemandu wanita tu pun terkejut jugak tu...bukan salah dia kot...mungkin tak sempat mengelak...sebab dia terus lari lah yang orang kejar tu...

    Penunggang motor tu lebih bersalah...walaupun secara tak sengaja...dia tak patut lari...

    Kesian Pakcik tu...dimana lah tempat tinggal dan waris dia ye?...teringat bunda bapak bunda yang uzur kt kpg...yang dah kurang upaya bergerak kemana2...terutama urusan melibatkan kene keluar dengan kenderaan...

    Tiba2 rindu bapak..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....