»

24 August 2014

Akhirnya Asus Zenfone 5 Jadi Milikku


Sejujurnya JR ni jenis orang tua ketinggalan teknologi sikit. Ketika di dalam  rumah ramai orang pakai TV LCD, LED dan plasma, tapi JR masih pakai TV kotak 29". Akhirnya selepas TV kotak jenama Samsung 29" kami rosak, terpaksalah juga beli TV lebih elok - smart TV LED 42" jenama LG. Kalau TV kotak 29" itu tak rosak, sampai sekaranglah agaknya kamai masih pakai.

Itu cerita tentang TV, ni nak cerita tentang henfon pula.

Tentang henfon pun JR paling ketinggalan zaman dalam keluarga kami. Ketika isteri dan anak-anak pakai henfon canggih skrin besar-besar 4, 5 dan 6 inci, jenis Samsung, Lenovo dan sorang anak tu pakai i-phone 5, tapi JR masih setia dengan henfon separa primitif Nokia Asha yang capaian wifinya sangat slow dan mutu kameranya jadi bahan gelak ketawa anak isteri. 

Tapi atas desakan anak-anak yang minta dijual saja Nokia  yang akhir-akhir ini selalu bikin nyanyuk, JR pun semalam terpaksalah juga dengan berat hati terpaksa beli satu henfon baru. 

Anak keempat JR yang kini sedang belajar di UiTM Arau syorkan JR pakai henfon sepertinya - Asus Zenfone 5 yang baru saja memasuki pasaran Malaysia 2 bulan lepas.

Jenama Asus bukan sesuatu yang asing dalam keluarga kami kerana anak dan isteri juga pakai laptop Asus. Tapi itu laptop, untuk henfon kena pikir beberapa kali juga sebelum beli. Kata anak keempat JR, Zenfone 5 adalah belian terbaik pada masa dia membelinya. Dengan harga cuma RM600, skrin bersaiz 5 inci dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z2560, RAM 2 GB dan internal storage 16 GB serta kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan PixelMaster rasa macam berbaloi sangat jika membelinya. .

Cuma tentang harganya jika dibeli secara online boleh dapat pada harga semurah sekitar RM540 atau lebih murah lagi. Tapi itulah...nak beli henfon secara online takut juga. Kalau terkena henfon bukan ori, tapi henfon AP amacam?

JR pun masa mula hampir terbeli sebuah Zenfone 5 dengan harga RM560 di Plaza Sentosa Alor Setar. Memang murah, tapi selepas disemak dengan seorang kawan yang kebetulan adalah pemilik bersama sebuah kiosk henfon di tempat yang sama, katanya Zenfone 5 berdasarkan ciri-ciri pada harga RM560 itu adalah jenama AP dan bukannya barangan original.

Dua minggu lepas anak JR yang kat UiTM itu pun terbeli henfon AP juga yang dikatakan oleh penjualnya adalah Zenfon 5 original. Tapi selepas membawa balik henfon itu ke rumah dan dia menyemaknya dalam internet, rupanya ia bukan Zenfone 5 ori, tapi Zenfone 5 AP dengan  RAM cuma 1 GB dan bukannya 2GB dan internal storagenya juga cuma 8GB dan bukan 16 GB seperti sepatutnya. Esoknya selepas dibawa Zenfone 5 itu balik kepada penjualnya, barulah dia menukar kepada henfon ori yang baru. Dasar penipu, penipu juga, kalau tak check betul-betul memang dah kena kencing punya!

Dan malam tadi JR pun ke Plaza Sentosa Alor Setar. Pada mulanya niat di hati cuma nak beli Zenfone 4 siri baru yang saiz skrinnya 4.5 inci. Tapi kerana perbezaan harga cuma RM90 antara Zenfone 4 siri baru dan Zenfone 5 yang banyak kelebihannya itu, maka akhirnya sahlah Zenfone 5 putih itu menjadi milik JR dibeli pada harga RM600. Untuk makluman, Zenfone 5 dikeluarkan dalam beberapa warna di bahagian belakang termasuk putih, hitam dan merah (warna depan semuanya hitam). JR lebih berkenan yang warna belakangnya merah, tapi sebab sudah habis stok terpaksalah sambar yang putih.



Bagi memastikan Zenfone 5 yang dibeli itu bukan henfon AP, JR membelinya daripada penjual yang memang dah lama dikenali. Penjual itu juga menunjukkan kepada JR Zenfone 5 AP yang turut dijualnya dengan harga jauh  lebih murah dan menunjukkan ciri-ciri perbezaan antara yang AP dan ori. 

Bagi seorang tua ketinggalan zaman seperti JR, henfon yang baru dibeli semalam itu boleh masuk dalam kategori telefon pintar kos rendah mampu milik terbaik. Ia mudah dikendali, bergerak licin dan laju dan capaian wifinya pun bagus tak seperti Nokia primitif terdahulu yang selalu tersangkut-sangkut. Anak JR yang di Arau dan kaki game itu pula berkata bagi mereka yang suka main game, melayari video dan berselfie, Zenfone 5 adalah antara peranti terbaik pada harga yang sama dengannya...

Jika korang nak tau sikit maklumat tentang spesifikasi Zenfone 4 dan 5 adalah seperti berikut, manalah tau kot-kot nak beli untuk mak dan ayah yang seusia JR ke, bolehlah beli:


17 comments:

  1. budak2 sekarang ini lebih mahir mengenai kecanggihanan teknologi maklumat..

    ReplyDelete
  2. tahniah, akhirnya memiliki telefon yang betul2 smart. saya pulak beberapa bulan lagi masuk tahun kedua guna samsung s3. tak pernah ada masalah. jadi tak terfikir nak berlaku curang. hehehee...

    ReplyDelete
  3. Hehe, ayah saya pun macam tu jugak. Kitorang adik beradik & mak selalu wasap kat group wasap, share gambar kt wasap & fb sume. Tapi ayah saya tak tau pape pun. Tapi ayah saya tak kisah pun. Dia lagi suka tekan2 keypad. Hehe

    ReplyDelete
  4. IM pun sama, masih guna Samsung E1080F. Kata kawan IM, IM ni seorang yang konvensional.

    Lagipun, IM tak berkenanlah tengok orang asyik dok belek talipon memanjang. Tengah makan, tolah skrin, Berhenti kat kat trafik light, tolak skrin.

    IM percaya JR pun nanti gitu juga. Kena jangkitan sindrom tolak skrin.

    Nanti jangan lupa, buat satu entri pasal tolak skrin yer.. he..he..

    ReplyDelete
  5. Tp bagi ana, biarpun berlambak jenama henpon power2. Ana lebih selesa pakai balckberry. Sebab dalam dia ana lebih arif. Line internet pun laju. ^_^ nanti kalau betul Asus oke, nak tryla jugak. Hehe

    ReplyDelete
  6. saya masih setia guna hp smart, tapi yg mini dan murah..samsung galaxy mini S2, yang dah 3 tahun usianya..hahaha..Saya mmg agak kedekut nak beli henfon sampai harga 1500++ ke atas ni...Tgk lah, mungkin Asus Zenfone 5 ni boleh ganti samsung saya yg cikai ni...hahaha

    ReplyDelete
  7. internal memory 16 gb mmg besar. skrg dah byk smartfon mampu milik keluar di pasaran. yg femes jugak skrg ialah lenovo. pun bagus jgk ramai yg kata.

    selamat la jr check dulu henfon yg beli mula2 tu. kalo tidak sesaje je kena tipu dpt AP set. tapi AP set masih dikira ori sbb guna sparepart original. cuma tak dikeluarkan oleh kilang sebenar kan.

    ReplyDelete
  8. Bunda masih setia dengan Samsung Galaxy Y Duos bunda yang Cinonet ni....dah hampir 3 tahun bunda pakai....

    Dah banyak jasanya...bunda BW pun pakai henfon ni jer...walaupun kadang mata bersilau juga mengadap skrin kecil cinonet ni....dah lah rabun...

    Baru2 ni dah kene jangkitan virus...kadang ada jugak semput dimana2 semasa sedang guna...

    Ada jugak berhajat nak bertukar yang skrin besar sikit...bile tengok henfon baru Jr ni...rasa nak g servey pulak....

    Tengoklah kalu ada rezeki mungkin hujung2 tahun ni kita tayang henfon baru kat Jr pulak...hihi..

    ReplyDelete
  9. macam mana nk bezakan antara enfon ori dengan ap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara paling mudah tengok kat belakang henfon tu.. yg ori perkataan "intel" tertanam di dalam henfon, kalau set AP ditempek stiker "intel".

      Delete
    2. Dkt dlm atau dkt cover blkang JR???

      Delete
    3. Slain tu JR? Sbb sy pya zenfone 5 2g ram tp 8g internal storage.

      Delete
  10. salam, jemput tengok case untuk zenfone 5 & 6 :)

    http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838498&extra=page%3D1

    ReplyDelete
  11. Sy pengguna setia samsung.. skang pkai note2.. trgn nk mencuba asus.. bateri ok x?

    ReplyDelete
  12. Sy pengguna setia samsung.. skang pkai note2.. trgn nk mencuba asus.. bateri ok x?

    ReplyDelete
  13. sy pgguna iphone 4 sejak 6 thn lps,lately slalu ade prob skrin & rajin pulak sangkut2..asus tuan pakai so far ada sangkut2 tak?tgh cari 2nd hp as backup...

    ReplyDelete
  14. tn JR..umur tuan brape?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....