»

14 August 2014

Ayah Boleh Mengapa Saya Tak Boleh???


Ketika beraya di rumah kakak berdekatan sebuah pekan kecil tak jauh dari Baling, Kedah baru-baru ini, tiba-tiba kelihatan seorang gadis melintas di depan rumah kakak. Wajahnya, mekapnya...alahai...mengancam betul, mengalahkan artis!!

"Anak sapa..?" tanya JR.

"Aittt... macam minat pula?" jawab kakak sambil ketawa dibuat-buat.

"Tanya aja...". Memang orang-orang berpenampilan over acting seperti gadis itu kadang-kadang mudah menarik perhatian kita. Biasalah...

Lalu kakak pun bercerita panjang lebar. Macam baca skrip drama pula, meluncur laju ceritanya...

Kata kakak satu hari gadis cantik itu bergaduh besar dengan ayahnya. Kerana rumah mereka di komuniti itu rapat-rapat, di buat dengan kayu yang dindingnya bukan ada silencer pun, maka apa yang diucapkan dalam keluarga rumah itu boleh didengari oleh jiran-jiran. Apa lagi bila soal bertengkar di mana masing-masing cuba bertempik dalam volume suara paling maksimum, apa yang ditengkarkan jiran depan belakang kiri kanan dapat mendengarnya dengan jelas.

Mungkin dailog di bawah ini tidak tepat 100%, mungkin kakak tertokok tambah sikit, begitu juga JR.. tapi beginilah lebih kurang dailog mereka:

Ayah: Ayah kata tak boleh, tak boleh. Habis cerita. Hang tok sah bercakap lagi hai tu!!"

Anak Gadis: Tapi apa pasai tak boleh, ayah? Bolehlah ayah, bolehlah...dia mampulah ayah, tak kan tokeh kedai besaq macam tu tak mampu bela anak ayah??"

Ayah: Ini bukan soai mampu tak mampu. Bukan soai dia tokeh kedai ka, dia tokeh rumah ka..Tapi aku kata tak boleh. Hang paham dak...tak boleh!!

Anak Gadis: Tapi pasai apa tak boleh ayah...pasai apa?

Ayah: Sebab hang nak kawin dengan dia, hang tau kan dia bukan bujang, dia dah ada bini. Aku tak mau anak aku jadi bini nombor dua!!

Anak Gadis: Salah ka saya jadi bini nombor dua dia? Islam kata boleh kawin sampai empat, ini dia baru nak kawin dua aja pun...

Ayah: Memang salah..hang tak paham ka aku kata: memang salah. Aku tak mau hang jadi bini nombor dua!!!

Anak Gadis: Habis yang ayah tu kawin sampai tiga tak salah pulak...boleh pulak. Dia nak kawin bukan tiga macam ayah pun, cuma dua aja....

Memang lucu juga dengar cerita itu. Ayah kepada gadis itu (hasil perkahwinan dengan isteri nombor dua) cuma orang biasa saja, tapi mampu berkahwin tiga. Mungkin sebab dia handsome masa muda-muda dulu kot, ramai wanita suka? 

Kadang-kadang bila difikir-fikir, betul juga kata anak gadisnya. Kalau seseorang ayah boleh berkahwin dua, apa salahnya jika anak-anak menuruti jejak ayahnya? Kalau anak lelaki kahwinlah sampai empat, dapat mengalahkan rekod ayah mereka yang berkahwin tiga. Kalau anak perempuan pula jadilah madu nombor dua, tiga atau empat...

Tapi bila difikir secara mendalam mungkin juga si-ayah tak membenarkan anak gadisnya menjadi isteri nombor dua kerana dia sendiri telah merasai keperitan hidup bermadu. Sukar nak mencapai keadilan dalam kehidupan dunia yang tak sempurna...Mungkin gitu kot....

6 comments:

  1. Dlm kes ini, bagi saya...mmg susah si ayah nak halang anak gadisnya kawin dgn laki orang..hahaha..anak gadisnya akan gunakan alasan " ayah boleh buat" sebagai senjata utama...

    Moralnya buat para lelaki..
    Kalau nak berpoligami, bersedia hadapi kemungkinan anak perempuan kita sendiri, mungkin..mungkin akan jadi bini no 2/ 3 atau 4...hahaha

    ReplyDelete
  2. ermmm.. pening jugak. bukan masalah boleh atau tak, masalahnya... boleh ke memikul tanggungjawab sepenuhnya jika berpoligami

    ReplyDelete
  3. Haha. Ni yang dinamakan 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'. Kan dah kena kat anak pulak.

    ReplyDelete
  4. Masalahnye ayah dia dah merase camne berbini ramai tuh. Haha..tu yg ayah dia tak kasi tu. Takut perang baling periuk ngan isteri pertama si lelaki tu je. XD

    ReplyDelete
  5. Ayah dia tak cuba nak terangkan camane kat anaknya.. cuba duduk berbincang elok2.. mungkin akan membantu si anak membuat keputusan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  6. Rasanye, Si ayah bercakap melalui pengalaman, kalau pengalaman manis, tentu dia bagi anak daranya tu jadi isteri no. 2..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....