Bazaar Ramadhan akhirnya jadi baziir Ramadhan.
Yang lebih menakutkan kajian DBKL menunjukkan 39% daripada sampel makanan yang dijual di bazaar Ramadhan tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Famili JR dah lama boikot Bazaar Ramadhan sejak kami sekeluarga keracunan makanan kita-kira 5 tahun lepas selepas menikmati makanan yang dibeli di bazaar Ramadhan. Kini kami lebih rela menjamah makanan simple yang dimasak sendiri daripada mengambil risiko dikejarkan ke hospital gara-gara makanan di bazaar Ramadhan.
Nasib baik keracunan makanan pada 5 tahun lepas tak serius, tak sampai peringkat ini:
selamat datang ke kelab boikot bazar ramadhan. saya pulak masuk tahun ketiga ni. yang penting berbuka, tak kisah la walaupun makan nasi dengan lauk sup sayur je. sedap jugak kan...
ReplyDelete*pasar malam terkecuali.
sejak dah kawen ni mmg dah jarang ke bazar ramadhan. harga makanan kat bazar pun katanya makin naik.
ReplyDeletesaya terpaksa juga ke bazar ramadhan tahun ini. berdua saja, lebih jimat membeli. jimat wang dan masa. kat area tempat saya ni alhamdulillah, kita boleh kenal peniaga sebab dia pun biasa berniaga kat tempat lain masa bukan bulan posa. tu pun pilih orang gak...ikut kata hati. kalau lain macam, tak singgah gerai dia..
ReplyDeleteseram juga dengar berita macam ni..banyak masak dari membeli..harap2 peniaga di tempat saya menitikeratkan hal sebgini
ReplyDeletedah la mahal..rasa belum tentu sedap...saya pun masak kat rumah ja..simple2 tp puas..
ReplyDeletekena beli kat bazar kalau dah biasa( bertahun tahun kenal dan pergi)...ini spesis kedai yg baru belajar bukak tahun tu...tu yg kadangkala sakit perut...hahaha
ReplyDeleteada peniaga yg jual makanan semalam . tu yg jadi keracunan ... klu nak membeli kat bazaar tu , kuih jer la .
ReplyDeletebazar kat tempat sy sekarang tak best..tak menaikkan nafsu membeli langsung..haha..alhamdulillah..tahun nie memang azam satu keluarga tak jejak bazar..masak sendiri lagi sedap..rasa murahhh dan berbaloi..kikikiki
ReplyDeleteSaya masih belum masuk tahap boikot lagi, tapi saya lebih suka berbuka puasa dengan makanan yang dimasak dengan air tangan mak saya berbanding berbelanja di bazar Ramadan.
ReplyDeletePernah satu tahun dulu (tak ingat tahun bila), saya langsung tak singgah bazar Ramadan. Tahun ni pun masih belum singgah lagi...
Semalam anak pegi bazar ramadhan....tu pun temankan kawannya...belilah jugak sambal kerang petai.....rasanya tak pernah jumpa lagi kerang petai...xcited juga nk rasa... tapi ...
ReplyDeleteita plok baru semalam gi bazar ramadhan..
ReplyDeletekami pun dah bertahun2 tinggalkan bazar Ramadhan. Ada la sesekali bila on d way balik/dari kg tu. Skrg, buka simple amat2. Takde yg terbuang.
ReplyDelete2 tahun lepas saya beli je kat bazaar sebab penat rasa terkejar2.. mana nak uruskan anak2.. mana nak masak.. :(
ReplyDeleteTahun lepas, agak selamat hubby berniaga lauk ketika bulan puasa.. hehehe..
Tahun ni lagi lagi bernasib baik.. hubby banyak membantu kat dapur sebelum waktu berbuka.. Alhamdulillah..