»

29 June 2014

Cerita Ramadhan Pertama


Meriah juga membaca beberapa blog kawan-kawan dengan cerita menu sahur pertama masing-masing awal pagi tadi. JR pula tak tau nak kongsi apa menegenai menu sahur pagi tadi. Bukan kerana tak bersahur, tapi sejak 2 tahun kebelakangan ini JR cuma sahur dengan cara paling sederhana - cuma makan 2-3 keping roti pengalas perut bersama secawan kopi panas.

Mungkin perut yang sudah semakin berusia menyebabkan selera untuk makan di awal pagi semakin menipis. Ramadhan tahun 2012, masa awal puasa makan juga nasi, masih ada selera makan di awal pagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Tapi di pertengahan puasa dah tak lalu makan, mulut cuma boleh menerima roti atau sisa-sisa kuih dan makanan ringan sewaktu berbuka. 

Ramadhan tahun 2013 selera lagi teruk - JR langsung tak jamah nasi sepanjang Ramadhan, bukan saja waktu bersahur tapi juga waktu berbuka puasa. Perut cuma boleh terima makanan yang tak berasakan nasi. Bukan nak tunjuk pelik, tapi perut dah bagi signal tak mahu terima nasi nak buat macam mana?

Waktu sahur pagi tadi serupa juga. Seperti biasa JR bangun lebih awal dari isteri untuk masak nasi dan memanaskan masakan sahur yang dimasak sang isteri malam tadi. Lepas itu goreng ayam, sebab anak-anak akan tunjuk muka tak puas hati jika sehari tak ada ayam goreng yang dimasak garing dan panas. Kemudian sediakan minuman untuk sahur.

Bila semuanya dah hampir siap sambil tangan galak membasuh  pinggan mangkuk di sinki baru puan isteri bangun dengan wajah mengantuk. Lawak juga, dia pula yang menunjukkan wajah mengantuk, sedang JR yang cuma tidur 1 jam tak mengantuk pun (pagi tadi tidur pukul 3 pagi kerana menonton bola Piala Dunia antara Brazil dan Chile, pukul 4.00 pagi bangun semula untuk menyediakan juadah sahur).

Pukul 5 pagi menggerakkan anak-anak bangun sahur. Mereka makan dengan berselera, tidak peduli dengan keangkuhan perut abah mereka yang tak rasa terliur langsung dengan aroma masakan air tangan ibu mereka. Mereka sudah faham sejak beberapa tahun kebelakangan ini nafsu makan abah mereka sudah berubah. Peringatan dari Allah agaknya bahawa sisa-sisa usia yang berbaki semakin susut....

Baru sebentar tadi anak bongsu bertanya berbuka nanti makan apa? Entah, kata JR, tanyalah mama. Memang bagi JR apa yang isteri kata nak masak, JR tak pernah membantah. Yang pasti petang nanti dan petang-petang Ramadhan lain JR akan turun ke dapur membantu isteri memasak.

Dan bila berbuka nanti.... itu yang suspens. Harap-harap tahun ini tak seperti 2 tahun kebelakangan ini tak berselera bila tengok nasi ketika berbuka. Harap-harap Allah buka pintu selera untuk menjamah nasi lepas azan Maghrib nanti..

Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog. Ketika berdepan dengan pelbagai juadah di depan mata, jangan lupa saudara-saudara seagama kita di Syria, Iraq dan Palestin yang cuma makan seadanya di negara mereka yang bergolak...

6 comments:

  1. Ana sebenarnya teringin tak makan nasik sehari cam JR. Tapi takleh tahan pulak. Mesti kene makan nasik jugak. Adeh..

    ReplyDelete
  2. dah terbalik pulak...saya yg tak boleh tgk nasi waktu sahur..suami lalu ja makan..

    ReplyDelete
  3. kalau selalu membantu memasak di dapur sendiri ..selera payah nak datang kecuali dapur ;uar kedai/bazar ..awal2 puasa dah tak berselera ..kaihannya JR tp syukurlah kesihatan tetap mentain, peringatan untuk saya juga yg menghapiri usia senja.

    ReplyDelete
  4. bila berbuka , saya makan sekadar mengisi perut . nasi cuma diambil bila x de pilihan . sahur selalunya menghabiskan juadah berbuka . klu tak makan sudah tentu basi dan tdk ada yg nak makan pada watu berbuka berikutnya ... tdk mahu membazir .

    ReplyDelete
  5. Selamat Berpuasa JR sekeluarga.

    Didoakan selera makan JR bertambah.. :)

    ReplyDelete
  6. Samalah kita JR ..bunda pun dah kurang jamah nasi time2 posa ni...

    Macam semalam..dari pukul 4 pm start memasak..sambal tempe..ikan masak kicap..sup ayam campur sayur bagai...

    Abang long tanya nak beli apa2 tak...kuih ke?..Tak payah...harini mak masak semua...tak payah nak membazir..

    Bunda buat puding roti sikit..buat pan kek...ngam2..selesai semua..berhidang dengan air oren dan kurma azan pun berbunyi..

    Tengok anak2 berselera makan berbuka...hati berbunga2..perut lapar jadi kenyang...badan penat pun tak terasa...
    Alahamdulillah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....