Dah enam hari JR tak bersiaran di blog ini. Korang anggaplah saja JR tak bersiaran beberapa hari ini kerana berkabung atas tragedi MH17, walaupun bukan itu yang sebenarnya...
Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadan. Sedihnya. Entah Ramadan tahun depan Allah mengizinkan kita untuk bertemu satu lagi Ramadan hanya Dia Yang Maha Tahu...
Hari ini dah masuk 26 Ramadan. Malam ini malam 27 Ramadan atau orang panggil malam tujuh likur.
Mengingati malam tujuh likur, teringat JR akan nostalgia zaman JR masa budak-budak dulu. Ketika itu mulai malam 27 Ramadan hingga ke malam hari Raya setiap pekarangan rumah di kampung JR di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, sangat meriah dengan pelbagai lampu yang dicipta sendiri.
Selain dari lampu pelita minyak tanah, ada satu lagi lampu ciptaan sendiri yang sungguh unik - lampu tempurung..
Sejak awal puasa ibu JR akan meminta kami anak-anaknya mengumpulkan tempurung kelapa untuk dijadikan lampu. Mudah saja mencari tempurung kelapa di zaman itu kerana kebanyakan rumah guna kelapa yang dikukur sendiri bukan santan yang siap diproses seperti sekarang. Bila tiba 26 Ramadan, memang bertimbun-timbunlah tempurung yang dikumpulkan di belakang rumah.
Sejak pagi 26 Ramadan kami budak-budak sibuk memacak kayu-kayu di keliling rumah. Kemudian tempurung (bahagian yang ada lubang saja) dimasukkan ke dalam kayu yang dipacak itu dan disusun satu persatu seperti menyusun mangkuk tingkat:
(sumber: google)
Tempurung-tempurung itu tak akan runtuh walau setinggi mana pun diletakkan kerana di dalamnya ada kayu.
Bila tiba malam tujuh likur, tempurung-tempurung yang disusun dalam kayu itu pun dibakar...
Bila tiba malam tujuh likur, tempurung-tempurung yang disusun dalam kayu itu pun dibakar...
(sumber: google)
Di sana sini satu kampung dipenuhi lampu tempurung....
Tapi tempurung tak boleh dibakar semuanya kerana sebahagiannya perlu disimpan untuk malam 28, 29 dan 30 Ramadan. Paling grand malam Rayalah...cerah satu kampung!
Sekarang lampu tempurung ini cuma tinggal nostalgia. Tak taulah bagaimana di kampung korang, tapi di kampung JR tak ada lagi lampu tempurung. Bagaimana nak buat lampu tempurung, nak cari tempurung pun susah...
Kebanyakan rumah sekarang memasang lampu yang orang Utara panggil lampu lip-lap-lip-lap. JR tak tau lampu lip-lap-lip-lap itu dipanggil apa di tempat korang.
(sumber: google)
Apa pun, bagi korang yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing atau sedang berkira-kira untuk pulang, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat sampai 30 minit, jangan cepat sampai 30 tahun....
Oo..unik! Tak tau pun psl lampu tempurung ni. Masa kecik saya pakai lampu minyak tanah tu..pelita biasa.
ReplyDeletepastu tempurung tu perlu lekat guna apa. tak jatuh ke. kalau saya dulu tempurung tu guna buat letak lilin yg warna warni tu.
ReplyDeleteTempurung yg digunakan ialah tempurung yg ada lubang. Tempurung berlubang itu dimasukkan ke dalam kayu yg dipacak, susun tinggi mana pun tempurung itu ia tak akan jatuh....
Deletebaru kali ni saya nampak . saya x tahu zmn abg kakak saya ada ke idak lampu tempurung nih . masa saya kecik cuma ada lampu minyak tanah . saya pun panggil lampu lip lap jer ...
ReplyDeleteorg kampung pun dah pakai lampu kelip2 je skrg ni.... malas nak tuang minyak tanah stiap hari dlm pelita katanye..hehe
ReplyDeleteRaya sekarang ni tak boleh lawan macam dulu2 dah. Pelita pun susah dah nak jumpa.
ReplyDeleteSlamat hari raya maaf zahir dan batin JR.
ReplyDeleteAina tak pernah buat semua tu cuma tau pelita ja.
Nostalgia sungguh ni JR. Ana pun tak tau pun dulu2 ade buat bakar tempurung kelapa. Masa ana kecik2 ana tgk kalau malam raya, hanya lampu lip lap lip lap tu je la di pasang.
ReplyDeletetempurung kelapa ni saya tak pernah tau.. hehehe.. ;)
ReplyDeleteMemang nostalgia lampu pelita tempurung tu JR...lepas tu lampu klip klip...
ReplyDeleteSekarang ni lampu klip klip pun dah jarang ada dah orang pasang dah pun...
SALAM AIDILFITRI untuk JR sekeluarga...terima kasih kerana tak jemu2 singgah ke TERATAK BUNDA...