»

27 July 2014

Lagu Raya Gaza Briged Al-Qassam


Sempena kedatangan Syawal esok hari, terlebih dahulu JR nak ucap salam Eidul Fitr buat semua. Cuma JR harap ketika kita terleka meratah ketupat dan lemang beserta pelbagai kuih muih anika rasa, sambil mata tak berkedip melihat pelbagai rancangan hiburan karut di TV, jangan lupa tentang rakan-rakan di Gaza yang bermandi darah untuk mempertahankan agama kita.

Sambil telinga kita dikhayalkan dengan pelbagai lagu Raya yang kebanyakannya mendayu-dayu sesuai dengan jiwa penyedih orang Melayu (hingga takbir Raya pun dialunkan dengan melodi sedih), apa kata di hari Raya ini kita tunjukkan solidariti kita terhadap pejuang Islam di Gaza dengan melayan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ini:


JR difahamkan lagu berjodol Al-Qassam ini sekarang begitu popular bukan saja di Malaysia dan Nusantara, tetapi juga di negara-negara Arab, terutama Gaza hingga ke Israel. Hebat sungguh lagu Malaysia hingga ada Yahudi yang menontonnya dan ada Pak Arab yang meminta diterjemahkan ke bahasa yang mudah mereka fahami.

Lagu bertemakan kisah perjuangan briged Al-Qassam yang kini sedang bertungkus lumus mempertahankan Gaza dari kekejaman Israel boleh menaikkan bulu roma pendengarnya. Biarlah orang nak kata apa tentang pejuang bertopeng al-Qassam, biarlah mereka digelar sebagai militan, pengganas dan ekstremis oleh Israel, Amerika dan negara-negara Barat, tapi itulah saja pejuang jihad yang begitu terserlah perjuangannya di bumi Gaza kini. Nak mengharapkan pertolongan negara-negara Arab yang kaya raya untuk mempertahankan Islam di Gaza jangan terlalu mengharap dan jangan berangan-angan! Mereka terlalu takut kepada Amerika dan Israel hingga nak menyeberangi sempadan untuk bekalkan sebutir peluru bagi mempertahankan Gaza pun tak sanggup.

Alangkah indahnya jika ada stesen radio/TV Malaysia yang berani menyiarkan lagu kumpulan nasyid Hijjaz ini di stesen radio/TV mereka termasuk di Hari Raya ini. Asyik dengar lagu Raya versi Melayu yang berirama sedih pilu itu, apa salahnya sesekali diselang seli dengan lagu bersemangat pejuang al-Qassam di Hari Raya? Jika lagu kumpulan nasyid Malaysia boleh dipopularkan hingga ke Gaza dan negara-negara Arab lain, mengapa tidak di Malaysia, tempat lagu itu dilahirkan? Asal jangan kata lagu ini tak sesuai dipertonton dan diperdengar kepada umum kerana ada unsur-unsur militan dan ekstremis sudahlah....

Sekali lagi, salam Eidul Fitr buat pembaca blog ini, maaf zahir dan batin jika ada salah silap dari JR sepanjang bersiaran. Esok, insyallah JR akan beraya di Pulau Pinang..

3 comments:

  1. Terbaiklah Hijjaz berani mencipta lagu sebegini. Tabik dengan kumpulan nasyid lama macam ni.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bro JR.

    ReplyDelete
  2. tak buat open house ke JR . heheheehe

    ReplyDelete
  3. Hijjaz nak buat shutting ni pun dikecam. Haha. Abg ipar ana cakap, time diorg wat shuting nih pun polis ade..sebab di kata ade latihan militan. Kih3. Seriously, takat ni takde lagi radio berani play lagu ni. Tv pun tak pasang lagi.

    Btw nak ucap, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....