09 June 2014

Ulamak Bertengkar, Babi Gelak Besar


Kalau kerbau pendek berwarna pink itu boleh faham bahasa manusia, mungkin mereka sekarang sedang gelak besar. Mana tak gelak besar, tiba-tiba saja seorang ulamak tersohor dunia, ulamak yang selama ini selalu dijadikan pusat rujukan mengenai hukum hakam Islam memberi pandangan yang sangat kontroversi mengenai kerbau pendek aka babi. Lalu bertelagahlah ulamak-ulamak terkenal Malaysia mengenai fatwa babi oleh ulamak besar itu - ada yang kata 'setuju' dan ada yang kata 'tak setuju'.

Mengikut ulamak terkenal dunia, Dr Yusuf Qardhawi produk yang mempunyai DNA babi halal dimakan oleh umat Islam. Kata ulamak terkenal itu sesuatu najis yang melalui proses transformasi yang panjang akan menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasi menjadi sesuatu bahan yang lain contohnya menjadi sabun dan sebagainya ia adalah halal digunakan.

Dr Yusuf juga memberi contoh anjing yang mati di dalam takungan garam dan kemudian mereput di dalam garam itu, hingga bila kita mencarinya tidak lagi menemui bangkai anjing itu kerana zatnya telah sebati dengan garam, maka garam itu halal dimakan. 

Lalu bertelagahlah ulamak Malaysia. Ada yang berkata yang asalnya haram tetap haram tanpa mengambilkira proses transformasi atau tidak:

                               Pendakwah terkenal Malaysia - Ustaz Kazim:
                                  
                                              Mufti Perak - Tan Sri Harussani:

Tapi ada juga ulamak Malaysia yang setuju dengan pandangan Dr Qardhawi:

Bekas Mufti Perlis - Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Bagi JR mudah saja - kita di Malaysia mempunyai Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghimpunkan semua ulamak dan pemikir Islam untuk mengeluarkan sesuatu fatwa. Selagi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan fatwa DNA babi halal dimakan, mengapa kita nak gatal-gatal mulut makan sesuatu yang selama ini difatwakan haram?

Jangan kita jadi seperti bapa, atok, suami, abang, adik dan kawan-kawan kita yang masih menghisap rokok walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah 19 tahun mengeluarkan fatwa merokok adalah haram dalam Islam.

Kalau fatwa merokok haram dalam Islam masih ramai yang tak ikut, janganlah pula kita menghalalkan suatu benda lagi yang belum diputuskan halal oleh majlis fatwa kita....

11 comments:

  1. semutapi899/6/14 2:00 PM

    Mungkin lepas ini DNA babi akan difatwakan HALAL oleh majlis fatwa, siapa tau?? Sama seperti kopi luwak (kopi tahi musang) masa mula2 dulu majlis fatwa kata kopi itu haram dimakan. Tapi 2 tahun lepas (2012) majlis fatwa keluarkan fatwa baru menyatakan kopi tahi musang halal dimakan dengan syarat biji kopi itu disuci dari najis dan pengeluarannya mendapat sijil pengeluaran halal dari Jakim.

    ReplyDelete
  2. Betul lah kata nabi, di akhir zaman nanti akan ada yang menghalalkan yang haram. Nauzubillah! Ibarat air kencing yg kita sedia tahu bhw kencing tu najis, dicuci dgn 6 penapis air. Terus jadi boleh minum seperti air mineral. Eeeuuu..

    ReplyDelete
  3. Mmg mencetuskan kontroversi betul fatwa YQ kali ini...pendapat saya yg bukan ulama, dan faham sikit sebanyak tentang DNA, walaupun ke tahap DNA sekalipun, ianya tetap asal dari babi..so...fikir fikir lah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah sangat. Kalau asal babi mana mungkin jadi halal.

      Delete
  4. ade jugak dikalangan ulamak yg mengeluarkan fatwa tuk please byk pihak..
    sbg orng islam kalau kita dah tau asal usul benda tuh..terpulanglah nak lagi ker tak...kalau makan benda yg haram,doa nanti tak diterima..kalau tak tahu blh dimaafkan...kalu buat2 tak tahu...?

    ReplyDelete
  5. Bila ulamak dah saling tak sependapat, tak mampu nak pertikai apa2 .. memilih untuk memegang apa kata Fatwa Majlis Kebangsaan kita.

    ReplyDelete
  6. pendapat saya, pandangan kedua2 ulama'ni takde yang salah. cuma sekarang, bila dah ada rasa was2 tu, kita tolak ke tapi dulu. tak payah la nak balun.

    *tak pasti ramadhan tahun ni nak azam kurangkan rokok ke tidak. sebab tahun lepas punya azam ramadhan dah gagal...

    ReplyDelete
  7. bila ulama sendiri bertelagah..siapa lagi yg nak kita rujuk...senang citer,tak payah makan...
    -dulu dok kalut Peperro...

    ReplyDelete
  8. makin pening bila dgr pendapat org bijak pandai ni...

    ReplyDelete
  9. Klu kata ada dna babi dlm rokok maka akn keluarlah pelbagai alasan oleh si perokok untuk membolehkan dia merokok




    ReplyDelete
  10. Rasanya statement dan tajuk bagi pernyataan YQ tu mcm telah disalah explain kan oleh penulis.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....