07 June 2014

Diskaun Saman Polis 50%: Awas Facebook Tipu!!


Tengahari tadi JR terlihat kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam berita TV7 yang menafikan pihaknya ada memberi diskaun saman 50% kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalanraya. Pihak polis juga menyatakan kekesalannya dengan kewujudan sebuah facebook 'Diskaun Saman PDRM Sehingga 50%' yang menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 50%. Pihak polis memberitahu kandungan facebook itu adalah palsu kerana pihak polis tidak pernah menawarkan diskaun saman 50% kepada pesalah trafik.

Jangan percaya facebook ini:


JR perhatikan facebook tersebut mendapat sambutan sangat hebat. Mengikut TV7 jumlah likes setakat semalam cuma sekitar 5,000, tapi sebentar tadi JR lihat likes sudah meningkat hampir 20,000.

Terima kasih PDRM kerana beritahu perkara ini. Ramai yang kini sudah menyedari perkara sebenar:



Kepada mereka yang ada saman trafik, PDRM menasihatkan mereka membuat bayaran terus melalui kaunter trafik PDRM dan bukannya melalui facebook palsu yang menggunakan logo polis itu.

Awas...berhati-hati jangan sampai wang melayang tapi saman masih tertunggak di dalam sistem PDRM....

11 comments:

  1. tak pasal2 duit tuh dapat kan scam tuh kan..

    ReplyDelete
  2. Pihak PDRM patut buat sesuatu tentang keujudan fb dan berita maklumat palsu seperti ini...

    Jangan ada pihak mereka atau individu yang sewenang2nya menyebarkan berita yang tidak sahih melibatkan nama pihak berkuasa..

    ReplyDelete
  3. Haihh..sape la nakal sgt ni. Salah gunakan facebook. Bukan sorg tertipu, tapi beribu-ribu org.

    ReplyDelete
  4. macam2 hal orang nak menipu sekarang ni

    ReplyDelete
  5. kecanggihan teknbologi yg disalahgunakan..

    ReplyDelete
  6. Seronok kot dapat menipu orang ramai.......saiko.

    ReplyDelete
  7. saya baru aja bayar saman speeding ..hihihih..gi terus kat balai polis..puas hati...:)

    ReplyDelete
  8. Menangguk diair yang keruh ni..

    ReplyDelete
  9. kalau tipu, siap ada testimoni. Tapi kalo nak kata betul pon, polis siap buat press conference kat tv plak tu. Pening2.

    ReplyDelete
  10. Dan Fb page itu masih wujud sampai sekrang

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....