»

23 June 2014

Poslaju Yang Sangat Tak Laju!!


Antara perkara dalam dunia ini yang paling JR benci ialah tidak menepati janji. Bagi JR jika tak boleh melakukan sesuatu mengaku saja tak boleh. Jangan dalam hati kata tak boleh tapi mulut masih berjanji kata boleh.

Pada Khamis 11 hari lepas (12 Jun 2014) JR pergi bawa motor kapcai Honda Wave ke Poslaju Alor Setar untuk dihantar kepada anak yang kini sedang belajar di UTeM Melaka.  Anak sangat memerlukan motor untuk kemudahannya sepanjang menjalani latihan praktikal (Latihan Industri) sekarang.

Masa pergi tanya Poslaju sebelum proses penghantaran, mereka kata motor itu akan sampai ke Melaka dalam tempoh paling lewat 5 hari saja. 

Tapi hingga hari Rabu lepas (18 Jun) anak beritau motor masih belum sampai. Aittt...janji 5 hari, ini dah 7 hari belum sampai lagi? Lalu JR telefon Poslaju minta mereka semak di mana motor itu berada. Hasil semakan Poslaju JR diberitau motor itu sedang berada di hub poslaju di KLIA. Kata pegawai itu semua kenderaan yang dihantar melaui KL akan dikumpulkan di KLIA sebelum di hantar kepada penerima. 

                                          Pos Taklaju!!

Malam tadi anak telefon beritau motor yang JR hantar masih juga belum diterimanya. Janji 5 hari tapi dah 10 hari belum juga diterima!

Dan pagi tadi JR telefon Poslaju lagi. Mengikut kata pegawai Poslaju motor yang JR hantar kepada anak masih berada di KLIA. Hari Khamis mereka kata berada di KLIA sekarang dah hari Isnin, masih juga di KLIA? Mengapa peram  motor tu lama-lama di KLIA, nak buat pekasam ke??

Rupanya Poslaju sebenarnya tak selaju mana pun. Dah lah cajnya agak mahal (hampir RM200 mengambilkira kos penghantaran, insuran, caj kunci, caj topi keledar dan lain-lain), janji pula dicapati. Anak JR kata kawannya menggunakan khidmat Nationwide dari Perlis ke Melaka, 4 hari saja motor dah sampai ke Melaka. Caj Nationwide juga lebih murah dari Poslaju cuma sekitar RM140 saja.

Grrrrrrrrr....

5 comments:

  1. Memang pun. Poslaju ni skrg buat keje macam acuh tak acuh je. Janji brg boleh dapat dalam 3 hari, sampai 6 hari brg tak sampai2. Tah pape je.

    ReplyDelete
  2. kami hantar motor dari batu pahat ke ipoh, seminggu juga JR..walaupun mcm tak jauh sangat berbanding alor setar-melaka

    ReplyDelete
  3. saya pun biasa pos moto ke Kuantan...lbh kurang rm150 ja...tp tak guna pos laju...Nationwide...tak sampai seminggu pun..

    ReplyDelete
  4. pakai courier lain la... poslaju ni dah confirm under kerajaan, servis institusi bawah kerajaan ni paham2 je la mcm mana.....

    ReplyDelete
  5. emel entry ni kat bahagian aduan PosLaju.. tengok apa respond dorang..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....