»

24 June 2014

Perlis Darul Ketum


Masa JR bekerja di Perlis kira-kira 10 tahun dulu ada seorang kawan yang berasal dari Selangor memanggil Perlis sebagai negeri Perlis Darul Ketum. Ini kerana di Perlis ketika itu air daun ketum dijual terang-terangan di rumah orang atau di tepi jalan. Walaupun semua orang tahu daun ketum yang dipanggil daun biak di Perlis membahayakan kesihatan, tapi ramai yang tidak peduli, bila ada pembeli maka adalah juga penjualnya.

Antara bahaya daun ketum ialah kesannya yang menyerupai kesan pengambilan dadah jenis kokain dan morfin.

                                                      (sumber: Utusan Malaysia)

Tapi hari ini JR baca berita yang lebih buruk mengenai daun ketum di Perlis: 20 peratus pelajar sekolah di Perlis penagih  ketum!!

20 peratus pelajar di Perlis penagih ketum, ia memang satu jumlah yang besar dan satu masalah yang sangat serius.

Bayangkan jika 20 peratus pelajar sekolah penagih ketum bermakna dalam satu kelas yang mempunyai 30 orang murid, 6 pelajar adalah penagih ketum. Kesian cikgu, terpaksa berhadapan dengan budak-budak yang selalu mengantuk dan tak bermaya dalam kelas.

Yang ramai orang rasa terkilan dengan daun ketum ialah sampai sekarang daun yang boleh mengkhayalkan penggunanya itu masih tidak dianggap sebagai dadah oleh undang-undang kita. Penyalahgunaan daun ketum cuma menjadi kesalahan di bawah Akta Racun dan bukannya di bawah Akta Dadah Merbahaya seperti penggunaan kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy.

Dan kerana menyedari daun ketum membahayakan kesihatan, Jawatankuasa Fatwa Perlis pada 30 Oktober 2013 telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan daun ketum di Perlis.

  
Tapi fatwa mengharamkan daun ketum cuma berlaku di Perlis, di negeri-negeri lain belum ada fatwa seperti itu lagi. Di Kedah juga ramai orang suka minum air daun ketum terutama remaja.

Bagi JR fatwa pengharaman daun ketum bukan isu besar. Orang yang ketagih sesuatu benda bukan peduli pun tentang fatwa-fatwa segala ini. Sama juga dengan fatwa pengharaman rokok sejak 19 tahun dulu, tapi ramai orang Islam masih tidak peduli tentang fatwa itu...

6 comments:

  1. pada saya kalau pengguna tu kira ok lagi, tapi kalau dah sampai tahap penagih, tu kira kes berat. dah alang-alang orang dah nak sangat, saya rasa kalau dikomersilkan pun takpe kot. ubah jadi bahan rangsangan untuk pengganti 100 plus atau livita (kawan saya kata, kalau drive jauh2 leok minum air ketum ni. tapi saya cuba takde kesan pun!). hehehee...

    ReplyDelete
  2. kt kampung suami saya ada yg tanam pokok ni..malah pesara polis pun ada yg tanam...adik ipar saya kalau anak demam..bg minum air ni..depa kata mujarab...lg depa kata..kalau tak disalah guna..campur dgn benda lain..tak bahaya..

    ReplyDelete
  3. sy penah dgr ada yg cmpur dgn coke, kopi ubat batuk dsb utk tambah power.. mak dlu bgtau org dulu2 buat ubat je daun ni...tp bila disalah guna...hmmmm..

    ReplyDelete
  4. owh..ingat apa lah sampai nama jadi perlis darul ketum..

    ReplyDelete
  5. Sepatutnye daun ketum diharamkan satu malaysia. Baru menjadi. Tapi biaselah..manusia. Dia tahu babi je haram, yg lain wpun difatwakan haram tapi still ade org guna bnda contoh 'rokok'. Tapi hakikatnye bukan salah pengguna, salah penjual.

    ReplyDelete
  6. Xtaw la kt sini memang bnyk penagh daun ketum kra la sampai depa x kenai bapak dah lawan mcm kwan2 ja x taw la pa nk jdi undng2 x d hirau kn....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....