06 June 2014

Akukah "Si-Katak" Itu??


Setiap kali JR dengar lagu ni mesti bibir menguntum senyum sorang diri. Kebetulan DJ SuriaFM suka sangat perdengarkan lagu ini dalam radio, jadi tersenyumlah JR sorang-sorang jika mendengarnya dalam kereta. Mungkin ada orang ingat saraf otak JR ada masalah sikit, tu lah sebab selalu senyum sorang-sorang dalam kereta. Tak kisahlah. Yang penting aku bahagia...

Part yang paling JR suka dalam lirik lagu bertajuk "Si-Katak" ini ialah:

"Mukaku yang macam katak.."

Setiap pagi aku sembunyikan diri
Takut-takut kau ternampak
Mukaku yang macam katak
sakitnya, aduh sakit kepala...

Hayati lagunya:




Tak boleh bayangkan muka orang yang macam katak. Bagaimana rupanya muka si-katak. Agaknya begini?

                                            Si-Katak bernama JR ketika zaman rocker
 
JR sebenarnya suka dengar apa saja lagu, terutama yang berlirikkan ketuhanan dan kehidupan. Paling JR benci ialah lagu bertemakan cinta-cintan dan rindu-rinduan lelaki-perempuan yang keterlaluan. Sebab itu JR terhibur dengan lagu Mark termasuk Si-Katak dan sebelum ini Pencuri yang lirik dan melodinya sungguh catchy, santai dan humor.

Sedikit Tentang Mark Adam:

Mark Adam, 34 tahun berasal dari sebuah keluarga miskin yang lahir di Cebu, Filipina. Kerana kemiskinan keluarga, dia kemudian merantau ke Sabah. Selepas 12 tahun menetap di Malaysia kini Mark sudah memiliki status kewarganegaraan tetap Malaysia sejak tahun lepas.


Kini lagu Si-Katak hampir setiap hari diputarkan di radio sejak awal tahun ini. Sebelum Si-Katak, lagu Pencuri yang juga mempunyai unsur catchy, santai dan humor juga popular di radio..


8 comments:

  1. agak2nya suara si katak rocker berbaju merah tu sedap tak kalau nyanyi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer try nyanyi.. nak dengar sikit.. hehehe..

      Delete
  2. Suke gak lagu Mark. ^_^

    ReplyDelete
  3. sedap jugak lagu ni.....


    agak2 kalau JR menyanyi banjir tak?..hehehehhe

    ReplyDelete
  4. sekarang ni tgh layan lagu kumpulan ungu, 'bila tiba'

    ReplyDelete
  5. Pernah juga dengar lagu2 ini dan pernah juga dengar sedikit tentang si Mark ni...

    Dia ni tak berapa fasih bertutur dalam bahasa melayu...tetapi dalam menghayati dan menghafal lirik lagu dia seboleh2 belajar untuk tidak pelat atau lari diction bahasa melayu itu sendiri...itulah apa yang bunda tahu sedikit tentang penyanyi Pencuri dan Katak ini...

    ReplyDelete
  6. Minat dengan lagu pencuri dan skrg ni si katak.. memang catchy dan sempoi.. happy je kalau dengar.. hensem lak tu! choiii.. hehe
    **psstt.. Terigin nak dengar rockers sibaju merah tu nyanyi lagu pencuri.. eheee

    ReplyDelete
  7. liriknya sempoi je. Tak sangka dia org filipina. yg nyanyi lagu ANAK tu bukan dia kan?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....