05 June 2014

Benarkah Rumah Kami Berhantu???


Ini bukan kali pertama orang kata rumah yang kami duduki sejak 4 tahun lalu itu berhantu. Sejak kami belum beli rumah ini dah pernah dengar orang kata kawasan rumah yang kami duduki sekarang agak 'keras'. Tapi kami beli juga rumah ini sebab hati dah berkenan nak tinggal di rumah yang lebih besar.

JR dan isteri tertarik membeli rumah yang kami duduki sekarang kerana keluasannya sangat berbaloi dengan harga rumah. Bayangkan sebuah rumah dengan keluasan tanah 50'x160' (bangunan seluas 40'x80' dan di depannya ada halaman seluas  50'x80'), 5 bilik tidur, 5 bilik air, dengan harga tak sampai RM300,000 termasuk kos ubahsuai, bagi kami ia sangat berbaloi. Soal hantu belakang kira, beli dan duduk dulu, kerana bukankah jin, syaitan dan iblis ada di mana-mana?

Sebelum masuk rumah, selain dari buat kenduri kecil, kami juga ada panggil seorang ustaz untuk meneutralkan rumah dari gangguan makhluk yang tak kelihatan. Kata ustaz, rumah yang kami duduki pernah diduduki oleh seseorang yang bersahabat dengan makhluk ghaib. Tapi ustaz telah berjaya memindahkan makhluk itu ke tempat lain.

Beberapa hari lepas anak sulung JR beritau ada rakannya ternampak suatu lembaga hitam besar bertenggek atas bumbung rumah kami ketika melaluinya di suatu awal pagi. Tapi JR cuma ketawa mendengar cerita anak. Kata JR mungkin yang kawan anak nampak itu ialah musang (kebetulan binatang itu memang banyak di sekitar rumah).

Tapi itu bukan cerita pertama tentang  apa yang orang panggil 'hantu' di sekitar rumah kami. Ada lagi:

~ Masa belum menduduki rumah, kami buat beberapa kerja ubahsuai rumah. Sementara kerja ubahsuai siap beberapa orang pekerja Bangla yang terlibat dalam kerja ubahsuai tinggal sementara di rumah kami. Dari merekalah JR mendengar pelbagai cerita pelik tentang rumah yang kami beli ini. Bunyi ketukan pintu bertalu-talu di waktu malam dan bila dibuka tiada sesiapa di luar rumah, bunyi seperti orang berjalan di atas siling adalah perkara biasa.
~ Dua tahun lepas (2012) anak keempat JR yang sedang menyaksikan Euro '12 di TV kira-kira pukul 3.00 pagi melihat   lembaga berbentuk tangan hitam merayap menuruni tangga loteng di tingkat atas dan kemudian hilang di celah kalendar di ruang tamu diikuti bunyi angin yang kuat hingga kalendar yang tergantung bergoyang-goyang dengan kuat.
~ Beberapa hari selepas itu JR dan dua anak lelaki kami yang sedang menonton Euro '12 di ruang tamu kira-kira pukul 3.00 pagi mendengar bunyi ketukan yang kuat di cermin sliding door. Tapi kami buat-buat tak tahu saja dan terus menonton bola di TV seperti biasa.
~ Suatu malam lepas maghrib, ketika itu baru lepas hujan, kami mendengar seperti suara orang bertengkar di luar sliding door rumah. Suara yang sangat jelas! Tapi bila JR dan anak keluar dari rumah tak nampak apa-apa pun. Dugaan!!
~ Dua tahun lepas anak kepada jiran rumah kami memberitahu rakannya pernah ternampak sesuatu benda besar berwarna hitam atas bumbung rumah kami kira-kira pukul 4.00 pagi ketika dia pulang ke rumah melaui hadapan rumah.
~ Pada pagi Raya Puasa tahun lepas, seorang kanak-kanak dari komuniti tempat JR tinggal beraya di rumah. Sebelum JR memberi dia duit raya, JR jemput dia masuk rumah dulu untuk makan kuih raya. Tapi dia kata dia takut masuk rumah sebab ada orang pernah nampak ada hantu atas bumbung rumah!


Yang paling pelik, JR sendiri tak pernah nampak lembaga hitam atas bumbung rumah, walaupun JR pernah juga balik rumah di tengah malam atau awal pagi. Malah JR juga pernah beberapa kali di tengah malam sengaja keluar rumah mengambil gambar rumah dengan fokus kepada bumbung dengan harapan sinar infra red pada kamera dapat menunjukkan sesuatu bukti. Tapi dah banyak kali ambik gambar belum menemui apa-apa hasil yang boleh membuktikan apa yang orang lain kata itu benar..

Bagi JR jikalah benar ada 'hantu' tak apalah. Kerana bukankah jin, iblis dan syaitan makhluk Allah juga dan mereka ada di mana-mana, bukan saja atas bumbung rumah, di tepi rumah, di dalam rumah, atas pokok, di mana-mana pun dia boleh bertenggek. 

Yang penting makhluk ghaib itu tak ganggu kita dan kita pula sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Setakat nak ketuk-ketuk rumah sekali sekali sekala, buat tak tau aje. Mungkin dia jenis jin kesepian yang boring dalam dunianya yang tak challenging itu. Sesungguhnya hanya Allah yang boleh melindungi kita dari sebarang gangguan sama ada gangguan makhluk yang kelihatan atau tak kelihatan...

14 comments:

  1. Mungkin JR kene buat tahlil lagi. Baru oke sikit. Dulu pun rumah ana kt pahang. Camtu jugak. Pastu tiap maghrib spray air doa dari setiap keliling dalam rumah. Tahlil 3 malam. Insya-Allah, para rijal jaga. :) hanye bagi cadangan je.

    ReplyDelete
  2. Tu kira jin yg degil, sepatutnya dia kena pergi bila ada manusia mendiami satu2 tmpt. Kena usahakan halau sebelum JR ada cucu, nanti baby (cucu) JR asik menangis pulak.

    ReplyDelete
  3. Kalau gangguan baru2 masuk rumah agak normal...tapi kalau berpanjangan...hoho..seram jgk. Tp apapun mereka makhluk Allah juga..

    ReplyDelete
  4. Kalau penghuni rumah tak takut tak menjdi masalah dorang tuh nak menumpang atas bumbung kan..biarlah..cuma byk2kan baca surah albaqarah tuk halau jin syetan nie..

    ReplyDelete
  5. Benda2 macam ni kalau penghuninya buat dek, kut semangat selalunya dia tak kacau tuan rumah. Takat "main2" saja.

    P/S beruntungnya dapat rumah dan tanah dengan harga disebut. Nilai tanah dan rumah kat SP yg lebih rendah dari AS pun takkan dapat harga begitu..

    ReplyDelete
  6. kalau kat luar rumah...biarkan sahaja...lain la kalau mengganggu dalam rumah...kena la ikhtiar sikit... JR mungkin kuat semangat... takut nanti anak2 dgn org perempuan yg lemah semangat ni kena kacau lebih... mula-mula mungkin sikit...lama-lama nanti dia tunjuk la eksen dia... :)

    ReplyDelete
  7. macam best je...hihihihihi...

    ReplyDelete
  8. lama2 macam dah biasa kan? selagi takde gangguan yang teruk, tak mengapa la...

    ReplyDelete
  9. Utk nilai RM300K, mmg sangat2 berbaloi...kalau saya pun, hantu ke apa, belakang kira...hahahaha..sebab hantu itu ialah syaitan, so syaitan mmg ada di mana mana...sebelah kita tengah menaip ni pun dia ada, sibuk nak menghasut kita buat jahat...:P

    Amalkan aja secara istiqomah bacaan Al Quran di dalam rumah...
    Zikir..
    Lagipun, tak akan mendatangkan mudarat, kalau bukan dengan kehendak Allah...syaitan tu pun, hamba Allah...Kita patut takut Allah, bukan takut sesama hamba...

    Kalau saya jalan2 ke Alor Setar, teringin nak lawat JR...singgah rumah JR...unik design nya..:)

    ReplyDelete
  10. takpe..inshaa allah kalau hari2 mengaji...sembahyang....syaitan pun lari ...buat tak tau je..tukan umah kite duduk...takut buat apa kat syaitan...walaupun makhluk halus tu ada dimana2...

    ReplyDelete
  11. Ustaz saya pernah bagitau yg setiap rumah memang ada jin yg menghuni di bumbung rumah. Terpulang pada dia samada nak menampakkan diri atau tak. Wallahuallam.

    ReplyDelete
  12. Dari apa yang bunda pernah dengar cerita dan pengalaman yang sama macam JR.....Cuba panggil ustaz atau pengamal perubatan islam untuk buat 'semah' rumah atau 'pendinding' ...kita cuma usaha..selebihnya Dia juga yang lebih mengetahui...InsyaAllah berkesan dan dipelihara...

    Selain itu amalan seperti pendapat DZ itu juga mudahan membantu..
    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  13. Makhluk2 sebegini memang wujud, biasanya, kita memasang pendinding rumah tapi sebelum tu, halau dulu kalau ada yang menumpang dirumah selepas tu baru pagar.. kalau tak, tak jumpe plak makhluk tu jalan keluar. Wallahualam

    ReplyDelete
  14. meremang baca coretan ni...sekarang ada lg x jr...yn baru nk pnggil ustaz bulan 3 ni

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....