»

13 May 2014

Tsunami Di Terengganu: Suratan Atau Kebetulan?


Dah lama JR tak jejak kaki ke Teganu. Kali terakhir lebih kurang 10 tahun lepas. Dua bulan lepas isteri dan rombongan pejabatnya ke Teganu. Masa tu Teganu masih aman.

Hari ini alih-alih dengar Teganu dilanda tsunami. Kelmarin cuma dengar tsunami kecil bila Menteri Besar (MB) Datuk Seri Ahmad Said dipaksa letak jawatan dan digantikan dengan MB baru  Datuk Ahmad Razif.

Tapi hari ini Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain dari Umno - Ghazali Taib dan Roslee Daud mengumumkan mereka keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Memang kalut tu, masa lepas PRU Ke-13 dulu kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu ialah:

BN: 17
PR: 15

Dengan kelebihan 2 kerusi, BN berjaya memerintah Terengganu.

Tapi sekarang bila 3 ADUN BN termasuk bekas MB Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas keadaan dah jadi macam ni:

PR: 15
BN: 14
Bebas: 3

Jadi siapa yang akan membentuk kerajaan lepas ini? Kalau ikut teori demokrasi parti yang mempunyai kelebihan 1 kerusi pun boleh membentuk kerajaan. Tapi dalam politik macam-macam boleh jadi. Kata ahli politik: politics is the art of the possible..

Apa yang berlaku di Terengganu ini hampir sama seperti apa yang terjadi di Perak semasa PRU-12 pada 2008 dulu. Kedudukan kerusi DUN Perak lepas PRU-12 di Perak pada 2008 ialah:

PR:31
BN:28

Dengan kelebihan 3 kerusi, PR membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Pas.

Tapi pada 2009 (setahun lepas PRU-12 pada 2008) BN berjaya memujuk 2 ADUN PKR yang ada kes mahkamah dan seorang ADUN DAP untuk keluar parti mereka. Bila 3 ADUN PR itu keluar PR dan menjadi ADUN Bebas, kedudukan di DUN menjadi begini:

BN: 28
PR: 28
Bebas: 3

Walaupun BN mempunyai sama banyak kerusi dengan PR tapi mereka berjaya membentuk kerajaan baru di Perak apabila 3 ADUN Bebas itu menyatakan mereka menyokong BN.

Nampaknya kini sejarah berulang kembali:

~ Setahun lepas PRU-12, tsunami politik melanda Perak. Sekarang setahun lepas PRU-13 tsunami politik melanda Terengganu pula.

~ Dulu di DUN Perak ada 3 ADUN Bebas bekas PR. Sekarang di DUN Terengganu ada 3 ADUN Bebas bekas BN.

History repeat itself?
Suratan atau kebetulan?

6 comments:

  1. sabo bro,ada hikmah disebalik kejadian tu.

    ReplyDelete
  2. cerita dari pantai timur ni tak abis lagi bang, ada beribu kemungkinan...

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Adil. Apa yg kita buat kpd orang dulu, hari ini orang buat benda yg sama kpd kita balik. Dulu Najib jatuhkan kerajaan Perak dgn taktik kotor, sekarang pengikutnya sendiri buat benda yg sama kpd nya. Allah bayar cash...

    ReplyDelete
  4. Lakonan aje tue.Org politik bukan boleh caya sangat, esok lusa lepas dpt RM2-3 juta, mesti mereka balik ke pangkuan Umno punya.Biasalah org Umno, sebelum ni pun pernah jadi jugak, acah buat2 keluar aje. Duit punya hal semua boleh jadi.

    ReplyDelete
  5. berdebar plak rasanya. adakah ramalan sesetengah pihak yg dalam masa terdekat ni selepas kedatangan obama, org lain akan jadi pm. Mungkin bermula dgn politik terengganu, kemudian ke politik nasional.

    ReplyDelete
  6. macam2... dunia politik la katakan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....