»

13 May 2014

Teganu: Kad Kahwin Paling Power


Kadang-kadang kita ingat kad kawin cuma sekeping kertas biasa. Lepas digunakan ramai yang buang kad kahwin berukuran lebih kurang 15 cmx 10cm itu.

Siapa sangka kad kahwin boleh menggoncang satu negeri?

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata dia keluar Umno berpunca dari kenduri kahwin anak perempuannya yang akan diadakan pada 17 haribulan ini:

(sumber: mStar)    


Sekarang selepas Datuk Seri Ahmad Said bersama 2 lagi ADUN keluar Umno, kerajaan negeri Terengganu dah jadi kerajaan minoriti:

PR: 15
BN: 14
Bebas: 3
 
Bila-bila masa saja kerajaan negeri Terengganu boleh bertukar tangan.

Ini kad kahwin yang telah diedarkan oleh Datuk Seri Ahmad Said:

                                                              (Sumber: OmakKau)
                                                 
Kesian juga bila ingat nasib bekas Menteri Besar Terengganu itu. Dia dah edarkan kad kahwin anaknya yang akan diadakan di Kediaman Menteri Besar Terengganu pada Sabtu ini (17 Mei 2014). Tapi pada  12 Mei (4 hari sebelum majlis perkahwinan anaknya), Datuk Seri Ahmad Said dipaksa kerajaan letak jawatan sebagai Menteri Besar. Sekarang dia tak boleh buat majlis kahwin itu di kediaman Menteri Besar Terengganu kerana dia bukan Menteri Besar lagi.

Masa cuma tinggal 2-3 hari lagi sebelum majlis kahwin berlangsung. Masih ada masa ke dalam tempoh 2-3 hari ini nak tukar lokasi perkahwinan ke tempat lain? Kalau kita jadi dia pun mesti marah punya!!

Tapi itulah realiti politik. Dalam politik semuanya boleh jadi. Kata orang politics is art of the possible. Bila dikehendaki kita ditatang, bila tak dikehendaki kita ditendang.

Nasib baik JR bukan ahli politik...alhamdulillah..

8 comments:

  1. Pada saya, ada asasnya DS Ahmad Said merasa kecewa...macam tak sempat2 nak suruh letak jawatan

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak bace. Hasrat beliau msti nk gmbirakan hati anknye, tp tetibe pulak di suruh letak jwtn segera..

    Kita manusia hnya merancang, Tuhan yang menentukan.

    ReplyDelete
  3. Susah nak komen kalau yang berkaitan dengan politik ni...hanya dorang sahaja yang tahu perkara sebenar disebalik semua tu.....kita sebagai rakyat biasa hanya mampu berteka teki kan......

    ReplyDelete
  4. Lakonan aje tue.Org politik bukan boleh caya sangat, esok lusa lepas hulur RM2-3 juta, mesti mereka balik ke pangkuan Umno punya.Biasalah org Umno, sebelum ni pun pernah jadi jugak, duit punya hal semua boleh jadi.

    ReplyDelete
  5. kenapa najib paksa mat said letak jawatan? tak faham betul.

    ReplyDelete
  6. Mesti akan dikenang sampai bila-bila kan kisah ini.

    ReplyDelete
  7. jenuh jugak kalau jadi macam ni....
    boleh kot ..untuk kali terakir buat majlis kat sana..

    ReplyDelete
  8. Tak berapa hari jer lagi majlis kahwinnya....sempat ke?....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....