»

14 May 2014

Polis Kebal Undang-Undang???


Entri ni dah beberapa hari terperam dalam draf. Sepatutnya ia keluar Sabtu lepas, hari kejadian itu berlaku.

Pagi Sabtu lepas, ketika kereta yang JR pandu berhenti di trafic light yang telah berwarna merah di Jalan Langgar, tiba-tiba sebuah motor putih  berkuasa tinggi yang dipandu oleh seorang polis trafik menyelinap di celah kereta yang sedang berhenti dan kemudian memecut laju tanpa mempedulikan traffic light yang berwarna merah.

Dalam hati JR berkata,"Polis tu tak nampak ke lampu isyarat berwarna merah? Dia rabun warna kot, matanya baca merah sebagai hijau? Atau sebagai polis yang menguatkuasakan undang-undang mereka tak tertakluk kepada undang-undang?"

Tapi baiklah kita bersangka baik dengan polis. Mungkin polis itu ada kerja mustahak kot? Mungkin bossnya arahkan dia berada di sesuatu tempat dan kalau tak berada di tempat itu dalam waktu ditetapkan dia akan dikenakan tindakan? Atau mungkin juga di depan ada kemalangan dan dia perlu sampai segera?

Tiba-tiba teringat kepada seorang kawan yang nak cepat sampai ke satu mesyuarat melibatkan seorang VVIP, lalu dia terus memecut kereta ketika lampu isyarat sedang bertukar dari kuning ke merah. Sebuah motorsikal putih  berkuasa besar yang dipandu oleh seorang polis mengejar kawan JR. Dia kena saman walaupun puas merayu dia perlu segera sampai ke tempat mesyuarat dengan segera.

Malangnya kawan JR itu bukan polis. Kalau kawan JR itu polis trafik dan ada polis trafik lain nampak dia melanggar lampu isyarat, agak-agaknya dia kena saman tak??

Sebenarnya kisah polis melanggar undang-undang lalu lintas bukan pertama kali JR nampak. Kereta dan motor polis memotong double line tanpa sebab yang nyata perkara biasa. Kenderaan polis dipandu dengan kelajuan lebih 110 km sejam di lebuhraya pun dah banyak kali nampak. Cuma ramai yang bersangka baik: polis sedang menjalankan tugas.

Bukan JR nak kata apa yang kadang-kadang JR nampak termasuk kejadian pada pagi Sabtu lepas itu adalah kelakuan sebenar pilis. Tidak! Kebanyakan polis sangat patuh pada undang-undang. Bilangan yang tak mematuhi undang-undang tersangat-sangat kecil, mungkin tak sampai 0.1 peratus pun.

Tapi yang tak sampai 0.1 peratus itu perlu sedar sebagai polis mereka sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Bagaimana kita nak minta orang menghormati undang-undang jika penguatkuasa undang-undang sendiri tak menghormati undang-undang??

10 comments:

  1. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  2. Betul tuu. Setuju. Polis nak orang ikut undang2 negara. Tapi diorg pun tak ikut undang2, acane kite nak patuhi undang2 kalu xde teladan yg baik.

    ReplyDelete
  3. polis nak kejar penjenayah tu


    *bersangka baik :-)

    ReplyDelete
  4. tu la pasal...saya pun selalunya, " bersangka baik " aja lah..
    tapi saya mmg menyirap tgk polis traffik yg iringi VVIP selamba bawak laju...menyondol nyodol kita dari belakang( padahal jalan mmg sesak, jem, depan kita ada kereta)...Wahai VVVIP, kalau nak cepat, keluar awal...dah byk kali kes polis traffik bermotor meninggal/cedera sebab accident masa iringi VVIP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mereka berharga doc. Tu pasal nak cepat aje.

      "sangka baik"

      Delete
  5. polis takpe..jangan kita sdah lah..kalau kite yang langar jam2 tu jugak kena saman..

    ReplyDelete
  6. besangka baik la dgn apa yg belaku. ..

    salam singgah dr

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Try saman balik polis tu. Hohoho...

    ReplyDelete
  8. Kisahnya....ketam mengajar anak berjalan betul.........

    ReplyDelete
  9. Yang tak sampai 0.1 peratus tu lah harus jaga adab susila image dan etika kepolisian...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....