Bagi lepasan SPM/setaraf mereka tentu dah tahu sama ada mereka berjaya memasuki IPTA atau tidak kerana keputusan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2014/2015 telah dimaklumkan pada 10 Mei 2014. Ada yang ditawarkan pengajian diploma di IPTA dan dalam masa yang sama mereka juga ditawarkan belajar di Kolej Matrikulasi, Pengajian Asasi di IPTA atau Tingkatan Enam di sekolah-sekolah terpilih.
Beruntunglah pelajar zaman sekarang, mereka ada banyak pilihan untuk meneruskan pengajian, tak seperti di zaman dulu pilihan sangat terhad. Sekarang jika tak dapat buat diploma di IPTA, tak dapat tawaran ke Matrikulasi, Asasi atau Tingkatan Enam, mereka juga boleh memohon ke IPTS.
Beruntunglah pelajar zaman sekarang, mereka ada banyak pilihan untuk meneruskan pengajian, tak seperti di zaman dulu pilihan sangat terhad. Sekarang jika tak dapat buat diploma di IPTA, tak dapat tawaran ke Matrikulasi, Asasi atau Tingkatan Enam, mereka juga boleh memohon ke IPTS.
Ada juga pelajar yang memohon pengajian diploma di IPTA tapi diberitahu pada 10 Mei lepas permohonan mereka ke IPTA tidak berjaya. Kepada adik-adik yang tidak berjaya ke IPTA untuk sesi akademik 2014/15, jangan bimbang... Adik-adik masih berpeluang untuk membuat rayuan kemasukan ke IPTA. Permohonan rayuan hendaklah dibuat melalui sistem e-Rayuan melalui pautan berikut:
e-Rayuan
Rayuan dibuka mulai 16 Mei 2014 (jam 12.00 tengahari) hingga 26 Mei 2014.
Mengikut Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia pemilihan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baru.
Keputusan rayuan pula akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada minggu kedua bulan Jun 2014 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baru, rayuan itu dianggap gagal..
Kepada yang berkenaan, selamat mencuba dan gudluck!!
lepas spm dulu ssaya pernah kerja kat kilang jubin, sebelum sambung belajar. jadi QC sebab saya punya english dapat kredit. hehehee, bangga sekejap sebab kawan yang lain dapat bahagian packing.
ReplyDeleteBotak, kau jadi QC betul apply kan tak Englis kau tu?
DeleteUntung sebab byk pilihan. Ape2 pun goodluck adik2. :D
ReplyDeletePilihan tuh ade ..cuma yang penting kena ade jugak semangat nak belajar serta ongkosnya jugak..:)
ReplyDeleteMasih ada peluang kepada calon yang tercicir untuk panggilan pertama tempoh hari.
ReplyDeletePeluang kedua....semoga ada harapan lagi...
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Semoga anak saya berjaya dalam e-rayuan kemasukan IPTA 2014 ini, dlm jurusan yg dipohon. Amin.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Berdoa dan berharap permohonan e-rayuan anak saya bagi kemasukan IPTA 2014 ini berjaya, dlm jurusan yg dipohon. Amin
ReplyDeletekesilapan besar bila tidak memahami permintaan upu. permohonan dibuat berdasarkan keminatan dan bukan berdasarkan kelulusan yg disyaratkan akibatnya DUKACITA. berhati2 bila membuat permohonan..
ReplyDeleteaku da 2 tahun mohon upu ipta,aku lpsan diploma ipta. pointer 3.++ , nak kata course aku mintak tu tak cukup syarat or luar bidang memang tak la,, sistem upu mmg tak betul,depa dulukan cable,lpsn matrik dan stpm, ramai lg senasib ak, ipts,, memang ongkos la..
ReplyDelete