Agaknya hari ini memang hari bertuah JR. Semuanya berlaku di Pasar Besar Alor Setar. Mungkin takdir dah menentukan ada wang nak masuk poket....
Hari ini JR pergi market berseorangan. Tuanku Permaisuri tak ikut. Tapi dia dah beri satu senarai panjang barang yang akan dibeli.
Mula-mula JR menuju ke gerai ayam. Beli ayam 4 ekor untuk bekalan seminggu ini. Harga kesemuanya RM49.90. Kerana tak ada duit RM50.00, JR hulurkan kepada cashier RM100 sambil beritahu harga ayam lepas ditimbang tadi ialah RM49.90.
Puan cashier hulur balik wang kecil yang semuanya berwarna merah. JR lipat semua kepingan wang merah itu dan masuk dalam dompet tanpa mengiranya balik. Seperti biasa JR memang percaya dengan kejujuran peniaga, tak perlu kira balik. JR yakin duit itu mesti berjumlah RM50.10.
Cuma ketika berjalan ke gerai ikan, JR rasa macam tak sedap hati pula. Rasanya wang merah yang dia beri tadi tu macam agak banyak pula...? Lebih baik aku kira balik duit yang cashier tu bagi!
Bila kira balik (3 kali ulang kira), JR dapati tukaran wang yang diberi oleh Puan Cashier bukan RM50.10 tapi RM90.10!! Alhamdulillah...rezeki dari langit ni!!
Lalu JR berpatah baik kepada Puan Cashier:
JR: Tadi saya bagi duit berapa hinggit errrk..?
Cashier: Abang dah tak ingat abang bagi berapa? Tadi abang bagi RM100 kan?
Cashier: Abang dah tak ingat abang bagi berapa? Tadi abang bagi RM100 kan?
JR: Ayam tadi berapa harga erkk..?
Cashier: Sembilan ringgit sembilan kupang (RM9.90) kan, awat...?
JR: Patut pun saya dapat duit balik terlebih banyak! Harga ayam tadi sebenarnya RM49.90, bukan RM9.90... Ini duitnya balik..
(JR menghulurkan balik 5 keping wang merah bernilai RM50 kepada Puan Cashier).
(JR menghulurkan balik 5 keping wang merah bernilai RM50 kepada Puan Cashier).
Cashier: Aduhhh...ya ka?? Orang ramai, bising...saya tak berapa dengar tadi. Saya ingat RM9.90. Terima kasih kerana bagi duit balik...
Kemudian JR ke gerai ikan. Tuanku Permaisuri tadi pesan beli ikan tongkol. Di Kedah ikan tongkol dipanggil ikan mambu (di Pulau Pinang lebih popular dengan panggilan ikan kayu).
JR pergi tinjau harga ikan mambu di beberapa gerai. Kebanyakan peniaga jual ikan mambu hari ini antara RM6 hingga RM7.50 sekilo. Yang jual RM5 sekilo pun ada tapi JR tengok mutu ikannya kurang baik.
Tapi ada seorang peniaga lelaki tu jual RM6 sekilo, katanya kalau beli 2 kilo cuma RM11. Lalu JR ambik 2 kilo. Untung RM1 bila beli 2 kilo.
JR hulurkan wang RM20 kepada peniaga tu.
"Tak ada RM1 ka?" kata peniaga itu sambil menyimpan RM10 ke dalam peti duitnya manakala RM10 lagi masih dipegangnya.
JR raba poket seluar, yang ada cuma kunci kereta. Dalam dompet memang cuma ada duit besar.
"Alamak..saya tak ada RM1" beritahu JR.
"Kalau tak ada RM1 tak pa lah...kira semuanya RM10 sudahlah" kata peniaga itu sambil menyerahkan balik RM10 kepada JR.
Aduiii bertuahnya aku hari ini..ikan yang harga asal RM12, kemudian jadi RM11 dan sekarang harga ikan mambu itu cuma RM10..
Tapi ketika memilih sayur, JR rasa dalam poket seluar macam ada kertas. Bila ditarik nampak duit kertas RM1. Lalu JR berpatah balik kepada peniaga ikan tadi.
"Haa...saya dah jumpa duit RM1" kata JR sambil menyerahkan RM1 kepada peniaga ikan. Peniaga ikan itu tersenyum sambil mengucap terima kasih.
Bila balik ke rumah JR ceritakan apa yang berlaku di market tadi kepada anak-anak. Anak perempuan JR kata, "RM50 tu abah bagi balik bila beli ayam okay lah, tapi RM1 untuk ikan tu pun nak bagi balik...? Peniaga tu nak buat apa dengan RM1?"
Itulah budak-budak sekarang. Mereka lupa tanpa RM1 tak akan jadi RM10, tanpa RM10 tak akan jadi RM100 dan tanpa RM100 tak akan jadi RM1,000, RM10,000 dan RM RM100,000...

Jujurnye. Bila jujur antare pmbeli ngan penjual mmg Allah murahkn rezeki. A'lillah.. Hrap2 ade ramai org mcm JR. :)
ReplyDeleteBang jr kalau membeli memang tak pernah tawar harga ke? Kalau saya, saya akan tawar barang yang saya rasa munasabah. Contohnya harga RM13 saya akan cuba mintak jadi RM10, bergantung pada keadaan.
ReplyDeleteOrang lelaki memang gitu agaknya ekk.... percaya pada cashier. Macam IM gak...
ReplyDeletessh nk jmpa pembeli mcm JR :)
ReplyDeleteTahniah diatas sikap jujur En JR. Allah telah dijanjikan ganjarannya.
ReplyDelete"RM 1 tu peniaga tu boleh beli gula-gula untuk anak-anaknya."
ReplyDelete