»

09 May 2014

Indahnya Hudud (Kisah Benar)


Di zaman Saidina Umar ada seorang pekerja ditangkap kerana mencuri harta majikannya. Apabila dibawa mengadap Saidina Umar, pekerja itu memberitahu dia mencuri kerana dibayar gaji yang sangat rendah oleh majikannya sehingga  tak mencukupi untuk membeli barang. Kerana terdesak dia terpaksa mencuri harta majikan yang tak berlaku adil terhadapnya.

Setelah disiasat, Umar mendapati dakwaan pekerja itu bahawa dia dibayar majikannya dengan gaji sangat rendah memang betul. Umar tidak menghukum potong tangan pencuri itu kerana dia mencuri atas sebab tertentu (majikan menzalimi dengan membayar gaji sangat rendah). Walaupun pekerja itu tidak dihukum potong tangan, tapi dia tetap bersalah kerana mencuri dan oleh itu dia dihukum takzir (bukan potong tangan) bertujuan untuk mendidiknya.

Majikan yang membayar gaji rendah itu juga dihukum Umar dengan memintanya menaikkan gaji pekerjanya. Jika majikan itu gagal menaikkan gaji pekerjanya hingga ada yang melakukan jenayah lagi, tangan majikan itu pula akan dipotong.

Alangkah indahnya hudud, alangkah indahnya hukum Islam. Ia memberi keadilan untuk semua, keadilan untuk pekerja, keadilan untuk majikan.

Nota: Sampai sekarang JR tak faham mengapa beberapa kumpulan parti politik bukan Islam menentang pelaksanaan hudud yang cuba ditegakkan di Kelantan? Sedangkan hudud di Kelantan itu cuma untuk orang Islam, tapi mengapa mereka sebagai orang bukan Islam yang tak tertaklok kepada hukum hudud menentangnya?

Kalau orang-orang Islam seperti Dr Mahathir tak nak terima hukum hudud dan memperlekehkannya JR faham. Mungkin mereka takut diadili dengan hudud yang tak mengenali orang besar atau orang kecil, salah tetap salah. Itu sebab mereka takut dengan hudud. Tapi orang bukan Islam yang tak dikenakan hudud mengapa mereka mengkritik hudud?

8 comments:

  1. Islam itu indah kan JR... bukan sewengan nak potong tangan tu..

    ReplyDelete
  2. pada saya mungkin sebab mereka tak betul2 faham, tambahan pulak rakan2 yang beragama islam pun ikut menentang (sebab tak faham jugak). nak bagi kita semua faham ni la satu cabaran paling besar, supaya sampai satu tahap takde lagi ungkapan... "kalau buat hudud, ramai la rakyat malaysia yang takde tangan!"

    ReplyDelete
  3. Indahnye kalau hukum hudud diwujudkan. Bila org islam pd fizikal, dia tak paham ape sebenarnye hukum hudud. Dia tak tau knp hukum hudud wjud di zaman Rasulullah.

    ReplyDelete
  4. Yg menyedihkan, yg Islam sendiri tak faham, dan cuba pula sebarkan kesalahfahaman dia tu,hingga menimbulkan ketakutan among non Muslim...

    ReplyDelete
  5. sbb meraka tak faham..dan kita ni sbgai org islam gagal untuk memahamkan mereka..huuhu

    ReplyDelete
  6. Adakah JR merasakan Dr Mahathir itu bersalah...? Hohoho...

    ReplyDelete
  7. Kalau tuk menegakkan sesuatu yg lebih islamik tuh memanglah mendapat tentangan pada awalnya..inshaallah akan berjaya..lihatlah betapa susah payah islam ditegakkan Rasulullah yang akhirnya bersinar didnunia nie..

    ReplyDelete
  8. Masyarakat yg beragama islam atau bukan, perlu diberikan penerangan yang tepat dan terperinci tentang hudud, banyak perkara bole dilakukan untuk itu.. hendak atau tidak aje

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....