»

15 May 2014

Hikayat Perdana Menteri Berdiri Atas Keretapi


Kalau korang jadi boss di sebuah pejabat besar, jangan jadi seperti seorang boss masa JR kerja di Perlis dulu. Dia asyik berkurung dalam bilik apa jadi dengan staff di luar dia kurang ambik peduli. Sesekali dia keluar bilik cuma untuk mengarah dan marah-marah.

Kalau korang jadi wakil rakyat bergelar YB jangan jadi seperti wakil rakyat kawasan kami. Lubang hidung YB jarang nampak, apa lagi nak nampak  lubang-lubang lain. Sampai jalan masuk ke kawasan perumahan kami berlubang-lubang banyak tempat YB dan pihak berkenaan tak ambik kisah walau dah banyak kali laporan dibuat. Nak tunggu sampai ada orang mati jatuh lubang baru nak ambik tindakan kot...

Wahai boss, wahai YB, sesekali turunlah padang jika nak tau masalah orang ramai. Sesekali jadilah seperti lelaki di bawah ini yang cuba menyelami sendiri masalah rakyatnya:


Korang kenal tak lelaki yang sedang berdiri atas keretapi dalam gambar di atas tu? Dia ialah Perdana Menteri Britain, David Cameron.  

Untuk mengetahui masalah pengangkutan awam di Britain dia sendiri menaiki keretapi. Dia naik keretapi selamba saja tanpa pengawal peribadi. Kemudian kerana semua tempat duduk dah penuh, dia terpaksa berdiri. 

Penumpang-penumpang keretapi nampaknya buat tak kisah saja orang nombor 1 negara mereka berdiri atas keretapi. Tak ada tukang bodek yang nak bagi tempat kepada Encik Perdana Menteri dengan harapan tahun depan mereka akan dapat gelaran Tan Sri ke Datuk Seri ke... (Di UK mana ada Tun ke, Tan Sri ke, Datuk Seri ke, yang ada cuma Sir).  

Di negara kita pun Perdana Menteri pernah naik bas:



Tapi mereka naik bas eksekutif, dapat layanan kelas 1. Mereka tak naik bas bersama-sama orang ramai. Ada pengawal peribadi lagi yang sentiasa mengawasi keselamtan mereka.

Kalau orang besar-besar (Menteri, Ketua Pengarah dan Pengarah) di JPJ dan Kementerian Pengangkutan sendiri sesekali naik bas ekspress, agaknya tak banyak kemalangan bas ekspress yang berlaku di negara ini, kerana mereka tau apa masalah sebenar yang menyebabkan kemalangan bas ekspress berlaku. JR yang ada pengalaman berulang alik dari KL ke Alor Setar tahu sebahagian dari masalah bas ekspress kerana setiap minggu selama 6-7 tahun pernah berada di dalam bas.

Kalau Khalifah Umar Al-Khatab pernah menyamar untuk mengetahui masalah rakyat, kalau Perdana Menteri Britain David Cameron pernah juga melakukan perkara yang sama, orang besar-besar kita yang ada hati dan jiwa juga boleh melakukannya...

5 comments:

  1. Orang belah sana memang hati kental...bawak hal masing2...tak dak bodek2 punya jauh lagi nak hormat orang...dalam keluarga sendiri pun takder bahasa...panggilan nama jer..
    Itu yang membezakan antara TIMUR dan BARAT...

    ReplyDelete
  2. patutnya macamtulah kita hendakkan..kepimpinan melalui tauladan ; tak payah lihat kpd mereka berjawatan tinggi dlm negara ..kita terus merenung kpd diri dan keluarga kita , di manakah kita sepatutnya ..tindakan kita yg diharapkan oleh orang di bawah pimpinan kita ..bagus JR suatu yg memberi kesedaran tinggi.

    ReplyDelete
  3. Jap, David Cameron tu takde bodyguard ke?

    ReplyDelete
  4. Susahkn nk jmpe mnteri yg fhm ksusahan rakyat.

    ReplyDelete
  5. mungkin..... ni mungkin je la ye... mungkin PM kita terlebih sibuk berbanding dgn PM UK. Hehehe.. Sbb tu dia takleh naik kenderaan awam, nnt lambat siap keja dia. huhu..
    Part yg takde escort tu mmg terbaik. Org yg buat salah je yg perlu diescort sbb dia tahu nywa dlm bahaya. Contahnya obama. Heheh. Escort dia berapa ramai.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....