»

22 May 2014

Dyana: Susah Juga Jadi Perempuan Kan??


Akhir-akhir ini terbaca banyak kritikan, bidasan, sindiran, makian terhadap wanita muda ini. Apa salahnya?

Mungkin kerana dia perempuan? Kalau dia lelaki tak kena kacau sehebat itu kot?

Mungkin kerana dia muda dan profesional yang berjaya? Kalau dia makcik dan pakcik berusia emas tak siapa minat nak hentam dia kot?

Mungkin kerana dia cantik? Kalau dia tak cantik, lemak berkumpul di perut dan di lengan tak ada yang gatal-gatal nak ancam dia kot?

Mungkin kerana dia Melayu DAP? Kalau dia Cina dan India MCA, MIC, Gerakan, PPP tak ada pemuda ber t-shirt dan bertopi cap dacing berani nak makinya  kot?

Itulah dugaan dan godaan jadi orang politik - dicemuh, dimaki, dicerca:


Tapi walaupun ramai yang mencemuh dan menghina, ada juga yang memujinya termasuk anak bekas Perdana Menteri sendiri:


Tapi kadang-kadang apa yang kita lihat dalam TV tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku atas bumi:


Nota: Aku bukan ahli mana-mana parti politik. Tapi aku tak suka lihat lelaki buli wanita. Wanita bernama ibu melahirkan aku. Wanita bernama kakak ketika kecil menjagaku. Wanita bernama adik sentiasa membantu ketika susahku. Wanita bernama isteri menjadi ibu kepada anak-anakku...

13 comments:

  1. Kan! Ramai betul kutuk Dyana ni. Katanye Dyana ni gune kcantikan utk menang partilah ape lah. Ksian dia. Kalau Dyana ni bjiwa rakyat, cemuh la camne pun dia tak amek pusing hal tu.

    ReplyDelete
  2. Post y bijak. Sebab dia muda, berjaya dan DAP then Melayu mamak hentam dia. Cuba vice versa.

    ReplyDelete
  3. memang susah, lebih2 lagi kalau perempuan tu terlibat dalam politik.

    sebenarnya saya cemburu dengan pengundi teluk intan (dan bukit gelugor) yang ada calon muda. wakil rakyat tempat saya tinggal ni bukan dari zaman saya, macam tak berapa nak pergi gitu la...

    ReplyDelete
  4. Perenggan last tu tacing pulak sy. Tp btl apa. Diorg ni kalo xtnjuk samseng xbleh ke? Benda apela yg nk dgaduhkan benor..huhu

    ReplyDelete
  5. Sebab.... dia rakyat Malaysia kot. Org Malaysia ni biasanya akan kutuk, kondem dan marah pada semua benda tak kira dia lelaki, pompuan, cantik ke buruk, pakai tudung ke free hair. Semua kena kutuk asalkan org tu tak sama aliran dgn mereka.

    ReplyDelete
  6. Tu la, kalau tudung dia yang proper, aku sokong sangat.

    ReplyDelete
  7. Rosmah, Hasmah, Shahrizat, Rafidah..lagi tak proper.

    ReplyDelete
  8. Biasalah dlm politik..kalau cepat sentap..telinga tak tebal..jgn masuk politik,..

    ReplyDelete
  9. Dan saya berharap perjuangan dia berada di landasan yang betul...

    ReplyDelete
  10. dengan perempuan berani lah....

    ReplyDelete
  11. Bagi la peluang dulu, kate dia 5tahun sekali, kan demokritik... huhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....