Pagi tadi JR tiba di rumah lebih kurang pukul 10 pagi. Isteri tiba di rumah lebih awal. Hari ini cuti mengejut di Kedah kerana kemangkatan YTM Pemangku Sultan Kedah.
Masuk saja rumah, tiba-tiba telinga JR mendengar celoteh seseorang di TV. Mungkin dia artis, sebab dia bercakap tentang dunia seni. Minta maaf, JR tak kenal artis itu. Artis baru kot?
Tiba-tiba JR terdengar dia yang mungkin artis itu berkata lebih kurang begini:
"Sebagai role model masyarakat, kami golongan artis perlu menjaga penampilan diri termasuk dari segi pakaian dan..."
Role model? Role model? Hati JR berkata: mengapa dia perasan sangat artis itu role model?
Siapa yang memberi pengiktirafan artis adalah role model masyarakat? Perasan betul!!
Artis wanita pergi anugerah pakai pelik-pelik, pakai ala-ala berkemban, skirt singkat sampai hampir nampak seluar dalam, fesyen terbelah di dada, belakang nampak tulang bahu itu role model?
Artis bergaul bebas tak kira lelaki perempuan melepasi adab sopan Melayu, ada yang berkalwat, ada yang dah kahwin tapi masih ada affair dengan anak dara atau anak bujang orang atau laki orang atau bini orang dah jadi berita biasa. Dan kelakuan macam tu boleh dianggap sebagai kelakuan seorang role model?
Kadang-kadang terbaca kisah artis kita tak kira lelaki atau wanita menghabiskan masa
di kelab malam hingga lewat pagi. Apabila berlaku sesuatu kejadian,
terbongkarlah rahsia si anu melalok di kelab malam sampai
ayam berkokok hari nak siang. Tapi esoknya berkokok pulalah si anu itu berhujah mewajarkan kenapa dia ke kelab malam. Biasanya nak jumpa kawan! Dan itu role model kata mereka. Sejak bila kelab malam menjadi role budaya Melayu?
JR faham bukan semua artis
begitu. Sekarang dah ramai yang berhijrah. Kepada yang berhijrah, yang
sentiasa menjaga adab sopan memang penampilan mereka boleh dicontohi.
Tapi golongan artis yang dah berhijrah berapa kerat sangat. Dan yang perasan mereka adalah role model
itu kebanyakannya bukan dari golongan yang telah berhijrah ini.
Jadi
kepada artis yang menganggap mereka role model jangan perasan sangat.
Tak ada siapa manusia waras yang menganggap artis sebagai role model.
Kalau kebanyakan masyarakat menganggap artis sebagai role model,
masyarakat sedang berhadapan dengan bahaya besar, bahaya kecelaruan
moral...
Ayat yang saya paling tak boleh blah, "artis popular...". Jangankan popular, role model jauh sekali sebab saya langsung tak kenal siapa si anu itu. Hehehee...
ReplyDeleteyang peliknya, budak budak skrg suka ikut cara artis.
ReplyDeleteYang tepatnya bukan role model tapi macam penghasut kearah benda2 yg tak elok terutamanya cam yg JR mention yg perangai tak senonoh2 tuh...silap lah sapa ikut artis tuh...nampak indah & seronok tapi khayalan syaitan jer tuh..
ReplyDeleteSetuju dengan en JR.
ReplyDeleterole model tu kalo utk budak remaja yg baru nak kenal dunia mungkin la. Tapi role model yg memang tak sepatutnya la. Sbb budak remaja mmg pelik2 skit kan pilihan mereka. Kalo utk masyarakat tu, mmg takyah nak mimpi la. Tak layak.
ReplyDeletedah macam cendawan tumbuh selepas hujan.. ada yang popular, ada yang suam2 kuku.. tapi tak ramai mana pun boleh dijadikan role model.. kalau ada pun bilangannya mungkin sikit..
ReplyDeleteKalau di tanye kenape artis tak boleh jd role model, ana boleh bagi 1001 sebab kenape. Smua org pun tau. Ramai yg terpengaruh dgn artis bahkan siap jdkan artis sbgai idola. Lgpun dlm byk2 contoh, artis plg tserlah sbb slalu mncul kat kaca tv.
ReplyDeleteRole model? Hak ptuih..
ReplyDeleteSaya memang tak suka baca pasal artis ni semua. Fake aje.
Perasan! Iktiraf sendiri..
ReplyDeleteSekarang kena fikir sebelum nak jadikan orang tu role model. Mana yg baik amik, yg tak baik jgn diambil. Kena pandai tapis.
ReplyDeletelaksanakan hudud dulu baru bercakap pasal role model ...
ReplyDeleteVocab tak berapa nak bagus kot... hurmm..
ReplyDelete