Seperti Jumaat-Jumaat lain sebelum ini, JR biasanya bersolat Jumaat di Masjid Bukhary, Alor Setar.
Lepas solat Jumaat selesai, situasi yang sama seperti minggu-minggu sebelum ini berulang pada jemaah di depan, kiri, kanan dan belakang JR:
1~ Ada yang lepas solat Jumaat selesai terus blah meninggalkan masjid.
2~ Ada yang masih duduk dalam masjid dan mengikut imam berdoa.
2~ Ada yang masih duduk dalam masjid dan mengikut imam berdoa.
3~ Ada yang berdiri mengerjakan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu dan kemudian mengikut imam berdoa.
4~ Ada yang berdoa bersendirian dan kemudian meninggalkan masjid.
Hanya kumpulan pertama, kebanyakannya terdiri dari remaja dan kanak-kanak yang meninggalkan masjid tanpa doa. Mungkin kumpulan pertama ini terlupa kepentingan berdoa kepada Allah:
(Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina)
Betapa sombongnya sesetengah orang. Allah telah berjanji untuk perkenankan doa mereka, tapi mereka tetap sombong dan takbur kepada Allah. Mereka enggan berdoa, enggan memohon apa-apa kepada Allah, sombongnya mereka.
Walau sesibuk mana pun kita, luangkan sedikit masa untuk berdoa selepas solat...
Semoga kita bukan dari golongan orang yang sombong takbur itu, isyaallah...
Semua Allah memperkenankan doa JR.
ReplyDeleteSaya lebih suka berdoa sendirian selepas solat kerana saya faham apa yg saya pohon
ReplyDeleteBetul tuh JR...tgk golongan muda especially selamba jer lepas solat terus keluar tanpa berdoa..kalau kita rs cam tak lengkap jer kan..
ReplyDeleteMungkin kurang pengetahuan atau kurang kesedaran..
ReplyDeleteKita terlalu kerdil utk sombong dgn Allah...huhu. Ruginya tak manfaatkan antara waktu yg afdal utk berdoa. Moga nnt mereka2 dan kita sma2 istiqamah utk sentiasa brdoa n brbuat baik :))
ReplyDeleteSaya lebih gemar berdoa sendirian......lagi kusyuk rasanya.
ReplyDeletebukan mudah nak menegur org . utamakan diri dulu ...
ReplyDeletenak cepat la tuuuu.......dgn urusan duniawi.
ReplyDeleteBukan orang muda jer ..orang dewasa pun kadang tu nampak jer berlumba2 balik dulu... rumah bunda depan jalan..naik sikit bukit tu ada masjid... t
ReplyDeleteTiap jumaat ramai orang parking kereta sepanjang jalan untuk ke masjid...termasuk depan jalan rumah bunda...
Ramai juga orang2 dewasa yang bunda nampak mereka ni last2 minit pergi masjid tapi mereka lah yang awal2 balik...
luangkan lah masa tunggu sebentar..saya rasa tak sampai 10 min pun...
ReplyDeleteapa salahnya lama lama sikit kat situ . hm
ReplyDelete