»

03 April 2014

Cuti-Cuti Malam Jumaat


Malam Jumaat datang lagi!
Malam ini pasti terasa katil agak besar untuk JR tiduri seorang. Kerana malam ini seorang wanita bernama isteri tiada di sisi. Keciannya.....

Malam ini isteri JR mengikut rombongan rakan-rakan pejabatnya ke Kelantan dan Terengganu. Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini isteri JR banyak bercuti mengikut rakan-rakan pejabatnya. Ke Bangkok, Chiangmai, Bali, Medan, Pangkor, Melaka, Cameroon Highland, Genting Highland, Sabah, Sarawak dan entah ke mana-mana lagi tempat semua dia dah pergi. Aktif sungguh rombongan pejabatnya buat program Cuti-Cuti Malaysia dalam dan luar negeri...

Malam ini puan isteri dan rombongan pejabatnya nak ke Kelantan dan Terengganu pula. Tahun lepas pun jika tak silap pernah pergi ke dua negeri itu, malam ini isteri pergi lagi. Dah rindu agaknya nak borong keropok lekor dan budu...

Ke mana pun isteri pergi bercuti JR sebagai suami sentiasa merestui dan menyokongnya. Lagi pun kebanyakan tempat yang dia pergi JR pernah juga pergi. Cuma JR pergi atas urusan pejabat, dia pergi atas urusan peribadi. 

Masa keenam-enam anak kami masih kecil-kecil dulu, kalau pergi bercuti ke mana-mana destinasi kami akan pergi bersama. Untuk perjalanan dalam negeri kami pergi menaiki Nissan Serena yang memang selesa untuk keluarga besar kami. Tapi sekarang dah tak boleh lagi pergi bercuti bersama kerana sebahagian anak yang sudah besar tidak lagi tinggal bersama, mereka tinggal di asrama IPTA masing-masing di Johor, Melaka dan Perlis. 

Isteri sebelum pergi ke Kelantan dan Terengganu pernah ajak JR pergi sekali sebab ada rakan sepejabat yang bawa keluarga bersama. Tapi kata JR jika JR ikut dia, sapa nak hantar anak yang di Tingkatan Tiga tu ke tuisyen esok dan lusa? Siapa nak jaga makan minum dan kebajikan mak mentua (ibu kepada isteri JR) yang uzur dan tinggal bersama kami jika JR tak ada di rumah?

Sebentar lagi JR akan hantar isteri ke tempat rombongan bas ke Pantai Timur berkumpul berdekatan Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar. Selamat jalan isteriku, jangan lupa beli keropok lekor dan budu....

7 comments:

  1. 'pengorbanan' seorang suami dimalam jumaat ni..kekeke

    ReplyDelete
  2. seronok sebenarnya pergi dgn kengkawan ni . klu lama membelek x de yg merungut . org tua x leh tgglkan sensorang ...

    ReplyDelete
  3. Tak apa lah JR... bukanya cik puan tu sesaja jer pergi tanpa izin pun...sekali2 biarlah dia happy2...

    Seronok pergi rombongan bersama kawan2 ni...apa lagi kawan2 sekerja...

    ReplyDelete
  4. Feeling bercuti bersama kawan2 berlainan dgn pegi bersama suami atau family.. "beberapa hari berjauhan mendekatkan lagi hubungan yag ada.. In shaa Allah.."

    ReplyDelete
  5. Moga selamat perjalanan pergi dan balik rombongan cik puan isteri itu.. ;)

    ReplyDelete
  6. Ni lah waktu sesuai nak bercuti ngn kengkawan anak2 dah besar...paling best dapat restu dari encik suami.

    ReplyDelete
  7. bagus jr ni. supportive. banyak pahal jaga mak mentua lagi.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....