»

04 March 2014

Ribut Pelik Di Alor Setar


Dah kira-kira seminggu beberapa tempat di Alor Setar dilanda ribut yang sangat pelik. Biasanya sebelum ribut langit kelihatan hitam, hujan turun dengan lebat diikuti petir yang kuat disusuli angin ribut. Masa JR belajar geografi di sekolah dulu pun, cikgu bercakap benda yang sama. Mesti alam memberi amaran dulu sebelum berlaku ribut. Ribut tak akan berlaku tiba-tiba dalam keadaan cuaca terang benderang.

Tapi di beberapa tempat di Alor Setar sejak akhir-akhir ini ribut berlaku dengan cara sebaliknya. Tak ada hujan, tak ada petir, langit sangat cerah dan matahari memancar terang, cuaca baik sebaik-baiknya. Tapi tiba-tiba tanpa amaran angin kuat entah dari mana datang menerbangkan apa saja yang sempat disambarnya - bumbung rumah, bumbung sekolah semua habis dimusnahkan ribut yang datang tanpa amaran itu.

Dah banyak tempat di Alor Setar ribut tanpa amaran ini berlaku dalam tempoh seminggu ini. Petang kelmarin berlaku ribut di Taman Serindit ketika cuaca sangat baik menyebabkan banyak rumah kehilangan bumbung. Empat hari sebelum itu ribut yang sama melanda Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) menyebabkan bumbung sekolah tercabut. Sebelum itu ribut kuat  berlaku di Mergong.

Semua ribut yang datang tanpa amaran di dalam keadaan cuaca yang sangat baik itu berlaku di waktu petang. Mujurlah ia datang di waktu petang, ramai yang sempat berlari keluar rumah sebelum perkara lebih buruk berlaku. Jika ribut datang sebelah malam ketika semua orang berada di dalam rumah entahlah apa nak jadi.

JR harap ribut pelik seperti ini tidak berlaku lagi di Alor Setar. JR sendiri seorang yang sangat fobia dengan ribut dan petir kerana pernah mengalami sesuatu yang dahsyat semasa kecil-kecil dulu...

9 comments:

  1. mungkin itu kategori puting beliung . kat depan umah ni pun selalu gak terjadi tetiba pokok bagai nak tercabut , sampah terangkat dan berpusing tapi angin tu sekali lalu jer ...

    ReplyDelete
  2. hampir setiap petang angin kencang...tp di kulim ni takde sampai ribut..
    sekarang kalau basuh kain jam 3 ptg pun sempat kering lagi-panas berangin..

    ReplyDelete
  3. pihak Jabatan Metereologi takde laporkan apa apa ke?

    ReplyDelete
  4. Masa kecik2 dulu sellau berhadapan ribut kat kampung, kecut perut. Apa taknya rumah tengah bendang. Kata org tua2 angin timoq dan angin barat sedang berebut nak bertiup, bertembung sebab tu jadi lagu tu...eheheh...

    ReplyDelete
  5. sy pun mcm tertya2 jgk..knpa begitu?

    ReplyDelete
  6. Fobia bila angin kencang....pokok tumbang depan mata.

    ReplyDelete
  7. Pagi tadi dan petang tadi menonti tv program agama mengisahkan turunnya Dajjal...
    Ada sikit2 termasuk tanda2nya seperti kejadian fenomena dan bencana alam...
    Seram jugak mendengarnya...

    ReplyDelete
  8. takutnye bila dgr cerita2 bencana alam mcm ni. dah makin hampir kita ni.,

    ReplyDelete
  9. jujurnya, setiap kali hujan lebat dan berangin di sp, kecut saya dibuatnya. bunyi angin dan keadaan awan saja dah buat saya gelisah, takut. mungkin keadaan mukabumi di kedah ni (tanah lapang, sawah) jadi faktor berbanding dengan tempat lain.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....