»

10 March 2014

MH370: Guna Bomoh Pula??


Nampaknya pencarian pesawat MH370 dah jadi semakin rumit. Semua petunjuk yang menjadi tanda bagi membantu operasi mencari nampaknya setakat ini tak membantu:

- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia petang tadi mengesahkan tompokan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah tumpahan minyak bunker yang digunakan oleh kapal tangki dan bukannya tumpahan minyak pesawat terbang.

- Begitu juga dengan objek yang dijumpai oleh tentera Vietnam yang dikatakan serpihan tingkap pesawat MH370. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang dikatakan serpihan tingkap pesawat MH370 itu sebenarnya hanyalah beberapa longgokan kayu yang ditinggalkan di laut.

- Teori kehilangan pesawat itu akibat perbuatan pengganas (Brigade Syahid China) juga tak boleh diterima seperti kata pemangku Menteri Penagngkutan, Datuk Seri Hishamudin Hussein.

Solat hajat dah buat. Operasi menyelamat dengan bantuan pesawat dan kapal dari Vietnam, Singapura, Filipina, Amerika dan China masih berjalan, tapi pesawat itu masih belum ditemui.

Sekarang ada satu cara lagi bagi membantu mengesan MH370: 




Mungkin bagi pihak berkuasa kita bomoh pun bomohlah, by hook or by crook MH370 perlu ditemui....

6 comments:

  1. Nak guna khidmat bomoh....aduhai....
    Tak terkomen.

    ReplyDelete
  2. Soalannya, adakah ia jatuh hukum syirik?
    Adakah amalan so called 'raja bomoh' ini syirik? atau berpandukan syariat?

    ReplyDelete
  3. bomoh..??kenapa tak panggil ustaz2 ke...mcm Harun Din..
    (saya trauma bab bomoh2 ni hehe)

    ReplyDelete
  4. saje nak tunjukkan effort yang dilakukan.

    ReplyDelete
  5. alangkan utk majlis rasmi kerajaan pun ada panggil bomoh hujan (takmo bg hujan hari majlis), ini kan pula kes sebesar ini. Byk2la kita istighfar..

    ReplyDelete
  6. Macam2...last call lah tu kot no sampai cari bomoh.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....