»

02 March 2014

Mengapa Aku Bersangka Buruk??


Petang semalam ketika JR nak keluar rumah untuk mengambil anak di pusat tuisyen, tiba-tiba tengok kunci kereta tak ada di tempatnya. Puas menggeledah laci tapi masih juga tak jumpa kunci kereta. Mujur JR simpan  kunci spare boleh juga guna..

Ketika dalam perjalanan ke pusat tuisyen, sebuah motorsikal mengekori JR. Bila hampir dengan kereta pemandu motorsikal itu membunyikan hon beberapa kali. Bila JR tengok dari cermin kereta ternampak dua orang budak berusia kira-kira 9 atau 10 tahun sedang menunggang motor EX5 mengekori kereta JR. Mereka seperti mau memotong JR, tapi kerana jalannya sempit, mereka tak dapat memotong.

Sekali lagi hon dibunyikan mereka, lepas itu berbunyi lagi. Tak cukup dengan itu, lampu motor pula dinaikkan!

JR dah jadi macam sedikit bengang! Eh, budak-budak ni macam nak mencabar kesabaran aku aje! Dah la naik motor tak ada lesen, tak pakai topi keledar pula, yang dok hon-hon dan menaikkan lampu motor tu apa hal? Nak cari gaduh dengan orang tua-tua ka? Tak boleh bersabarlah sikit ka?..Kang aku ambik nombor plet motor tu dan report kat JPJ kerana bawa motor tanpa lesen baru tau!

Bila sampai di satu selekoh dan JR memperlahankan kereta, motor di belakang tu cepat-cepat memotong kereta JR. Ketika berada di sisi JR, budak motor yang di depan tu berpaling kepada JR.

"Pak cik..pak cik, kunci kereta pakcik tertinggal di belakang!!"

Barulah JR perasan, tengahari semalam JR mencuci kereta dan ketika menutup bonet belakang JR terlupa menanggalkann kuncinya. Mujurlah budak-budak tu bagitau, jika kunci itu jatuh mesti susah juga JR. Maklumlah selain dari kunci kereta, gumpalan kunci itu juga mengandungi kunci rumah, kunci auto-gate, kunci pejabat dan kunci motor dan serba mak nenek kunci lagi turut berada di situ. Mujur mereka beritau!

"Terima kasih, terima kasih..." kata JR dengan wajah semanis mungkin. 

Tu dia...punyalah rasa terhutang budi kepada budak-budak tu sampai ucap terima kasih dua kali! Pada hal sebelum ini bukan main bersangka buruk terhadap mereka!!!

14 comments:

  1. bhya letak barang berharga atas kereta bumbung/bonet. kawan pernah letak purse atas bumbung..dah siap pusing satu bangi..ada yg perasan dan himpit kereta utk ambik..nasib baik xdpt... kes terlupa la ni.

    mujurla budak2 tu naive..walaupun bwk moto bwh umur,,, salah tetap salah jgk..tapi sikap itu ptt dipuji.

    ReplyDelete
  2. hehe, sangka buruk sebab bengang kunci tak jumpa kot...

    biasa tengok orang letak sampah atas kereta, kononnya nak berhenti kat tong sampah masa on the way pergi kerja. mesti duduk apartment tu...

    ReplyDelete
  3. hehe...kucing pernah berada diatas kereta saya,ramai yg dok tunjuk2 kat atas tp saya dan suami tak faham...sampai kat stesyen minyak..tgk2 kucing tu mcm trauma ja

    ReplyDelete
  4. Baik hati budak2 tu kan.

    ReplyDelete
  5. tak sangka kan, kadang2 yang kita pk baik tu jaat , yang jaat tu baik..
    tu sebab selalu pepatah talam dua muka kan jr :)

    ReplyDelete
  6. hehe..lupa tu perkara biasa..mujur tak jatuh dalam perjalanan & ada adik2 tu bagitau..

    ReplyDelete
  7. Adoiii...kalau sypun pasti akan bersangka buruk dn pecut bw kereta laju2..hehehe

    ReplyDelete
  8. Sib baik budak2 tuh nampak kang..kalolah dinampak oleh orang lain takke naye kalau yg berniat jahat tuh...hmmm patut2 kena belanja budak motor tuh..heheh

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, ada anak2 yg baik tu..tula..lain kali jgn cepat sangka buruk

    ReplyDelete
  10. pelajarannya - jgn mudah bersangka buruk dgn org . alhamdulillah kunci tu tak tercicir kat mana - mana kan ...

    ReplyDelete
  11. Nasib baik la budak2 yang bawa motor takda lesen tu baik hati. Hehe

    ReplyDelete
  12. sangkaan awal memang begitu, walau kita ni berusia tapi kalau budak2 seakan2 mencabar ...memang naik hantu jugak dibuatnya...memang penah terjadi perkara sama..selalunya semasa sy menunggang motosikal, selalu je lupa nak naikkan tongkat (stand). untung ada yg perihatin bagitau.

    ReplyDelete
  13. penah gak jadi sekali tu, masa saya balik dr midvalley. waktu malam. sorang2. tgh drive kat jalan yg sunyi, ada motor ikut. pastu dia buat isyarat dgn tangan macam no 5. dia tutup buka jari dia. saya punye le takut. tapi lepas tu dia berlalu. then baru saya perasan saya tak buka lampu. kehkeh.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....