»

11 March 2014

Kerana MH370, Terlupa Sakit Kaki


Dah lama JR nak publish entri ni, tapi tak jadi. Kehilangan MH370 benar-benar menyentap jiwa JR hingga terlupa nak ceritakan kesakitan yang masih terasa ini...

Petang Khamis lepas ketika tergesa-gesa masuk ke rumah, tak sangka  tiba-tiba ibu jari kaki kanan JR tersangkut di tikar buluh yang terletak di ruang tamu. Tikar buluh itu dah lama berada di ruang tamu sejak dibeli isteri ketika berkunjung ke Sarawak 4 tahun lepas. Di penjuru tikar Sarawak itu dah sedikit berlubang dan di situlah ibu jari kaki JR tersangkut.

Terdengar seperti bunyi letupan kecil di ibu jari kaki, tapi ketika itu tak rasa sangat kesakitannya. Malamnya ketika bersolat mahgrib kesakitan mula terasa ketika tahyat akhir.

Esoknya (Jumaat) jalan JR sudah mula tak betul - terhenjut-henjut ketika ke masjid untuk solat Jumaat. Ibu jari kaki kanan mula membengkak tapi JR berpura-pura tak sakit di depan orang. Isteri minta JR ke klinik, tapi JR kata sikit saja kesakitannya, buat malu kat doktor aje, nampak macam manja sangat...

Hari Sabtu kesakitan semakin terasa. Ibu jari semakin membengkak. Pakai kasut memang tak boleh langsung. Pakai selipar pun kena pilih selipar jenis paling lembut. Ingat nak ke klinik pada hari Sabtu tapi mak mentua JR pula masuk hospital untuk pembedahan katarak. Selain itu perlu urus anak ke sekolah, kemudian hantar ke kelas tuisyen. Kaki semakin sakit, tapi esok ajelah periksa doktor..

Hari Ahad baru JR ke Klinik Bandar Alor Setar. Selepas diperiksa, doktor mengarahkan JR ke bilik x-ray. 

"Tulang jari kaki encik patah ni...ada retak di sini." kata doktor wanita itu sambil menunjuk filem x-ray, "OK..saya refer encik ke ortopedik Hospital Sultanah Bahiyah. Encik ambik ubat dulu di Farmasi dan kemudian terus ke orto.."

Tulang ibu jari kaki JR retak? Tak sangka pula kemalangan tersangat kecil seperti itu boleh menyebabkan keretakan tulang. 

Sekarang lepas 3 hari makan mefenamic acid dan tab prolase, kesakitan dan kebengkakan di ibu jari kaki makin hilang. Jalan pun tak terhenjut-henjut lagi. Tapi hari Khamis perlu juga ke orto untuk pemeriksaan doktor pakar..

7 comments:

  1. manja sikit tak apa JR , ..ketakutan kpd doktor juga ada pada kebanyakan orang dewasa...sy tak kata JR tapi ada lah yg lainnya..hihiii

    ReplyDelete
  2. Haa..kan sy da pesan..jgn amek mudah..ishh..hehe

    ReplyDelete
  3. Itulah...kita yang dah berusia ni kalau sakit sikit2 tu biar dululah...tahan dulu...sempat buat kerja lagi...
    Tapi kalau kene kat anak2 macam tu sibuk suruh pergi dapat kan rawatan...

    Tak nak tunjuk manja lah konon kan..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh yer en.JR..sib baik cepat jumpa doktor..mesti sakit sangat kan..

    ReplyDelete
  5. sikit ja tp boleh retak tulang...jgn pulak bila dah baik makan ubat tu,terus tak jadi jumpa doc..

    ReplyDelete
  6. Alolo...kesian . Rehat dari berjogging lah ye. Makan ikan bilis.

    ReplyDelete
  7. kena kurang kan aktiviti berjalan ni...ita yang acident hari tu pun tak berani nak jalan lagi...kes nyer penyambung tulang antara ibu jari tu retak..hari tu doktor taruk besi pahtu pasang anduh..susah nak bergerak..asik sangkut je... buang.je lah..heheheh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....