»

26 March 2014

Jangan Ucap Takziah Pada Keluarga #MH370!!


Malam tadi JR mengikuti siaran langsung segmen 'Tanyalah Ustaz Khas' di TV9 (sempena tragedi MH370). Panel segmen ialah Tuan Hj Md Noor dan Ustaz Datuk Hasan Din Al-Hafiz. Segmen khas ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan MH370.

Banyak yang dibincangkan dalam segmen itu. Sayang sekali JR tak sempat mencatat semuanya. Ini antara beberapa perkara yang dikatakan oleh Ustaz Datuk Hasan Din (jika salah, sila betulkan):

i) Tidak boleh mengadakan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan kru MH370 sebelum mayat ditemui dan disahkan kematiannya (sama dengan keputusan Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan petang kelmarin)

ii) Tidak boleh mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan kru MH370 selagi mayat tidak ditemui dan disahkan kematiannya. Dalam kes MH370 kematian mereka belum disahkan (mengikut Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya Mahkamah Syariah yang boleh mengesahkan kematian mereka). Kini mereka cuma dikategorikan sebagai orang hilang, oleh itu tidak wajar diucapkan takziah kepada keluarga mereka.

iii) Ucapan takziah (jika telah disah dan dibuktikan kematian mereka) mengikut Islam cuma boleh diucapkan dalam tempoh 3 hari saja selepas kematian seseorang. Ini kerana ucapan takziah berterusan cuma akan menambah ingatan keluarga si-mati terhadap kematian itu.

iii) Daripada mengucap takziah kepada keluarga si-mati adalah lebih elok kepada kita untuk memberi semangat kepada mereka untuk menghadapi dan meneruskan kehidupan.

iv) Yang paling afdhal sekali kepada kita ialah melakukan solat hajat memohon Allah permudahkan pencarian MH370 dan menemui semua yang berada di dalamnya. Solat hajat ini boleh dilakukan secara berjemaah atau individu. Juga boleh memohon doa pada setiap sujud terakhir solat fardhu.

v)  Mereka yang keluarga mereka terlibat, apa lagi yang tidak terlibat dalam kehilangan MH370,  janganlah menambah kesedihan keluarga si-mati dengan meratap kehilangan itu, sebaliknya berilah mereka semangat di samping perbanyakkan solat hajat. Meratap kematian hukumnya haram kerana ia seperti protes kepada Allah yang mentakdirkan kematian itu dan menyebabkan mayat itu tersiksa (hadis riwayat Bukhari).

8 comments:

  1. ada dengar juga..terima kasih atas perkongsian..saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  2. Kita akui dan taati setiap perintah dan larangan ugama suci kita ..insya Allah ..

    ReplyDelete
  3. tp ada ustaz yg kata boleh ucap takziah..yg mana 1 betul ni..hmmm

    ReplyDelete
  4. alamak, terlepas pulak menontonnya. terima kasih atas ingatan ini.

    ReplyDelete
  5. Kesian...blm betul sahih meninggal, sume org ucap takziah. Siap kata dah berkubur kat dasar laut. Saya sendiri masih tak anggap diorang dah takde, bkn tak redha..tapi mmg takde bukti sahih. Hanya DATA SATELIT sahaja.
    Tapi kalau takziah sbb berita buruk, okeylah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih banyak JR berkongsi info ni...saya tak tahu pun ada slot rancangan tu semalam

    ReplyDelete
  7. Sempat tengok sekejap semalam, lepas tu sibuk tengok TV3...:(

    ReplyDelete
  8. Memang saya tak ucapkan takziah pun lagi. Sebab saya masih berharap mereka akan selamat. :((.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....