Bila sampai ke ofis, lihat staf-staf memandangku dengan wajah sedikit aneh. Ada yang berbisik. Ada yang tersenyum. Dalam hati berkata: biarkanlah, mereka memang begitu. Kalau staff perempuan dalam ofis melebihi lelaki dengan nisbah 70:30 begitulah jadinya. Ofis selalu riuh dengan suara halus dan kadang-kadang nyaring.
Entah-entah mereka sedang menggosip aku tadi, sebab itu nampak seperti ramai yang berbisik-bisik sesama sendiri? Tapi kalau mereka bergosip, gosip apa tentang aku, kerana gaji dibayar pada waktunya. Rambutku yang kadang-kadang terpanjang sikit rasanya selalu disisir rapi. Kasut selalu berkilat boleh ganti cermin muka. Pakaian pun selalu berseterika kemas hasil kerja tangan sendiri (isteri tak dibenarkan membantu bab seterika pakaian suami).
Bila masuk bilik dan punggung terduduk saja di atas kerusi hitam maha empuk, terlihat paha seksi di depan mata. Terkejut sangat, eh paha sapa pula menjelma dalam bilik? Bila disentuh, alamak....bukan paha orang lain, tapi paha aku sendiri! Bila dijegilkan mata ke arah paha itu nampak skirt petak merah membalut bahagian bawah badanku. Eh mana seluar aku?
Biar betul...tak kan hari ni aku pergi kerja pakai skirt pula? Buat tabiat ke hape? Aku bukan orang Scotland, lelakinya pakai skirt. Tadi di rumah aku yakin aku betul-betul pakai seluar, pakai baju, pakai tie, tapi mengapa pula tiba-tiba sampai ke ofis seluar bertukar menjadi skirt? Pelik betul. Patutlah tadi ramai staff berbisik-bisik sama sendiri!
Tiba-tiba telefon di meja berdering: "....Cik J, Datuk nak jumpa sekejap..cepat sikit, urgent!!" suara puan Kathy, PA kami bergema di corong telefon.
Pakai skirt pendek seksi macam ni nak pergi mengadap big boss, mampos aku! Masalah..masalah..masalah! Badan mula diterjah peluh jantan. Mata masih memerhatikan skirt merah berpetak yang dipakai sambil tangan cuba membetulkannya, tapi buat macam mana pun paha masih kelihatan. Macam mana ni?
Tiba-tiba terdengar loceng henset berbunyi. Terlihat puan isteri sedang tidur lena di sisi. Dengan mata masih separuh terbuka terlihat kain pelikat petak merah yang ku pakai masa nak masuk tidur tadi dah terselak 5 cm melebihi paras lutut. Buasnya aku tidur malam tadi, sampai kain pelikat terselak, sampai termimpi-termimpi memakai skirt. Nasib tak terlondeh kain pelikat tu masa tidur, jika tidak mesti mimpi tadi akan jadi kian dramatik, mungkin juga tragik. Mesti ada staf perempuan yang menjerit!!
Ish...ish....seram.....suspen ...lucu last sekali mimpi rupenya. Andainya nyata cam 2..........entahlah mau en. JR minta posting kat tempat lain.hu...hu..
ReplyDeleteHaru.
ReplyDeleteJgn buat2 tersalah pakai skirt.
Kain pelekat pun jgn
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedan jangan pulak bila bgn pagi...isteri berkain pelikat,JR berkain batik...:)
ReplyDeleteHahahaha...kes seperti ini memang pernah terjadi, tapi bukan saya.....huhuhu..
Deleteklu saya mimpi camtu maknanya akan berlaku benda yg memalukan di office dan ianya tepat ...
ReplyDeletekalau muka kaukasian sikit. hidung mancung, mata biru, rambut ala blonde... boleh menyamar bagitau kat big boss yang abang JR memang berdarah scottish. saje je pakai kilt pergi kerja...
ReplyDeletesabar jerrr... haduiii...
ReplyDeleteLain macam je mimpi jr ni. Hahahaha,..
ReplyDeleteTerbayangkan watak Mr. Bean yang tersilap pakai skirt labuh masa dia cuci baju kat kedai cuci baju.. hehehe..
ReplyDelete