Dua tiga hari ni cuaca panas sejak beberapa lama sebelum ini seperti sudah berubah. Sejak Sabtu lepas hari-hari hujan menyimbah bumi Alor Setar. Petang Sabtu hujan paling lebat. Bukan saja hujan, malah disertai ribut petir. Banyak rumah sekitar Alor Setar hilang bumbung diterbangkan angin.
Syukurlah bumi sudah kembali dibasahkan oleh hujan. Alhamdulillah!
Walaupun gembira dengan kedatangan hujan menggantikan musim kemarau panjang, tapi JR agak risau apabila hujan disertai angin kencang dan petir yang kuat. Ini kerana JR ada astrafobia.
Korang tau apa itu astrafobia?
Astrafobia ialah ketakutan kepada petir. Tentu korang ketawa berguling dengar JR yang dah ada anak setengah dozen ini masih takut kepada bunyi petir. Macam budak tadika aje kan?
Sebenarnya tingkah laku seseorang pasti ada sejarahnya. Begitu juga JR:
Ia berlaku pada satu petang ketika JR berusia 7 tahun. Langit gelap tapi hujan belum turun. Cuma sesekali cahaya kilat diikuti suara guruh yang kuat berbunyi. JR ketika itu berada di rumah seorang kawan. Ibu kepada kawan JR menghalang JR balik ke rumah yang cuma terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya. Tapi JR tak peduli, nak balik rumah juga. Kalau hujan lebat JR mungkin tak balik kerana takut basah. Tapi hujan belum turun. Bunyi guruh dan panahan kilat tak menakutkan JR.
Ketika kira-kira 50 meter nak sampai ke rumah JR, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Telinga rasa seperti bengang dan pekak seketika. JR perhatikan beberapa ekor lembu jiran di dalam kandang sebelah rumahnya tiba-tiba jatuh dan menggelupur. JR cepat-cepat berlari balik ke rumah dalam keadaan seluruh tubuh menggeletar.
Tak lama lepas itu satu kampung heboh 4 ekor lembu Pak Ali mati di panah petir. Jiran JR yang ada berdekatan kandang lembu Pak Ali menerima nasib yang sama - meninggal dunia dipanah petir. Alhamdulillah JR yang cuma berada kira-kira10 meter dari lembu-lembu itu masih dilindungi Allah. Cuma telinga yang pada mulanya berdesing tapi akhirnya pulih dengan cepat.
Sejak itu JR jadi fobia dengan kilat. Orang putih panggil fobia dengan kilat ini astrafobia. Cuma fobia JR tak lah sampai sifat-sifat astrafobia biasa hingga kalau ribut petir mereka sanggup sembunyi bawah katil, menggeletar dan berpeluh seluruh tubuh. Tak lah sampai ke tahap itu, tapi takut memang takut. Kalau jadi ribut petir JR lah orang yang akan menjadi paling sibuk di rumah untuk menutup TV, komputer dan apa-apa barangan letrik lain. Selain dari itu JR akan jauhkan diri dari tingkap. Kalau sedang makan dalam rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi petir yang kuat, JR akan cepat-cepat habiskan makanan kerana selera makan tiba-tiba mati. Kalau sedang tidur tiba-tiba berlaku ribut petir, JR tak dapat melelapkan mata hingga cuaca reda, pada hal puan isteri di sebelah pula boleh tidur nyenyak malah berdengkur kecil lagi, cemburunya aku...
Memang ini pengakuan yang memalukan. Jika korang nak gelakkan JR kerana mengalami atrafobia ini korang boleh gelak kuat-kuat memecahkan dinding, JR tak kisah. Bila isteri dan anak-anak gelakkan JR kerana kelam kabut tutup semua suis yang ada barangan letrik ketika ribut petir, JR juga tak kisah. Kerana itulah sebenarnya seorang JR. Astrafobia!
Dua tahun lepas TV, komputer, modem dan telefon talian tetap di rumah yang JR duduki sekarang rosak apabila ribut petir berlaku. Ketika itu cuaca di luar rumah sangat buruk dan menakutkan. Tiba-tiba terlihat seperti api menjilat peti TV diikuti guruh yang sangat kuat. Tak apalah cuma TV, komputer, modem dan telefon yang rosak, yang penting semua anak isteri dalam rumah selamat...
Sekali lagi korang nak gelakkan JR kerana astrafobia ini silakan. JR tak marah!
bila petir, menyorok bwh katil la yeeee...huhu
ReplyDeleteTak jadi nak gelak kuat.......takut juga sebenarnya.
ReplyDeletebila sebut phobia , selalunya ada pengalaman ngeri ... saya anggap phobia JR ni natural sbb petir mmg membahayakan .
ReplyDeletegelak sikit je, hi hi
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah JR takde pape masa tu..
ReplyDeleteMoral of d story: sila dengar cakap orang tua.. ;)
hebat sungguhkan kesannya..sampai brpuluh2 tahun masih menghantui..suami sy sejak kes adaptor kena sambar kilat dl, kemain lg dia beringat2..wpun br jer bunyi2 kecil...hehe
ReplyDeleteKalau Aina pun takut dengan kilat dan guruh ni. Dulu2 kat kampung cermin pun mak tutup dengan kain.
ReplyDeleteBunda yang tak pernah fobia dengan guruh kilat ni pun pantang dengar guruh dan kilat...cepat2 matikan semua tv, komputer, dan apa2 yang patut...terjerit2 kat anak2 ..off laptop ke iron ke...
ReplyDeletePernah rumah pak sedara masa bunda kecik2 dulu tengah dorang tengok tv citer hindustan..tiba2 jer kilat tak sedar ...terpadam tv ..nampak cahaya percikan api kat power box tu...gelap satu rumah...
Mungkin tu pun astrafobia jugak kot yer?
pernah mengalaminya jugak semasa bersekolah rendah...masa tu nak hujan,tp belum hujan lagi..mak (arwah) suruh saya amik kambing yg berada di sawah..tak jauh dari rumah...apa yg dialami sama spt JR..tp kambing tak mati..dan saya masih panjang umur...
ReplyDeleteBersebab fobia nya tu JR...:)
ReplyDeleteAlhamdullilah..masih panjang usia JR, sampai setengah dozen anak ! :)
mak jenis takut petir jugak
ReplyDeleteTakde apa yg perlu digelakkan pun JR. Normal tu takut petir. Saya pun takut. Arwah mak saya paling saya ingat, kalo ada hujan dgn ribut petir ni, dia la org yg akan pakse semua org tutup suiz utama. Sbb dia ada sejarah jugak kot dgn petir2 ni.
ReplyDelete