»

14 October 2012

Trauma Lagi!!!


Memang JR tak malu mengaku JR agak kecut perut bila berada di dalam keadaan cuaca sebegitu. Walaupun bila berada di dalam rumah anak isteri seperti indah tak indah saja masih boleh buat hal mereka seperti biasa dalam keadaan cuaca sebegitu, tapi tidak JR. Sekali lagi JR mengaku JR takut di dalam keadaan cuaca begitu!!

Dan malam tadi sekali lagi JR perlu berhadapan dengan cuaca sedemikian. Hujan turun agak lebat malam tadi, diikuti cahaya kilat memasuki rumah berserta dengan suara halilintar kuat menerjah telinga. 


JR sebenarnya sejak kecil sangat trauma dengan fenomena kilat dan guruh. Sampai kadang-kadang isteri dan anak ketawa setiap kali kilat dan guruh kecil pun JR akan arahkan macam-macam: tutup TV, matikan komputer, jangan gunakan peralatan letrik dan pelbagai lagi langkah keselamatan. Semasa budak-budak dulu JR pernah melihat seorang jiran sekampung dipanah petir dengan wajah yang amat mengerikan. Sejak kejadian itu sampai sekarang ketakutan terhadap kilat dan guruh tak boleh dihapus dari jiwa JR. Kadang-kadang malu juga dengan anak isteri yang relax saja dalam keadaan cuaca buruk begitu.

Tepat sebulan yang lepas (14 September), JR ada tutipkan entri mengenai petir yang merosakkan telefon dan internet di rumah JR. Korang boleh bacanya di sini.....

Dan malam tadi....genap selepas sebulan, perkara yang sama berulang lagi. Dalam keadaan langit bingit dengan cahaya kilat dan dentuman guruh, tiba-tiba.....BRAMMMMMMMMM!!! bunyi yang amat kuat bergema memekakkan telinga. Dan rumah tiba-tiba gelap gelita apabila aliran letrik terputus. Black-out!! 

Anak JR di dalam bilik memberitau ada bau yang hangit di dalam biliknya. JR menerpa ke dalam bilik takut kilat tadi membakar sesuatu di dalam bilik. Rupanya anak JR terlupa menutup bateri henset yang sedang dicasnya.   Nasib baiklah hensetnya berfungsi seperti biasa. Tapi charger bertukar warna agak gelap seperti kesan terbakar. Dan selepas diuji memang charger itu telah terbakar disambar petir.

Bila cuaca sudah agak pulih JR mendapati sekali lagi telefon talian tetap rumah berserta streamyx rosak. Bulan lepas dipanah petir dan kini cukup sebulan dipanah petir lagi. Ini yang membuat JR semakin trauma dengan kilat ni!!

Pagi tadi JR telah membuat laporan kepada telekom dan alhamdulillah kini telefon dan talian internet telah berfungsi semula seperti biasa.

Mujur ketika petir berlaku talian TV, komputer dan laptop telah dimatikan. Anak JR beritahu tadi laptop kawannya yang baru dibeli oleh ayahnya telah rosak disambar petir dalam ribut petir semalam. 

Yang menjadikan JR trauma mengapa ribut petir kerap berlaku di kawasan tempat tinggal JR sekarang? Baru tahun lepas TV JR rosak sehingga tak boleh dibaiki lagi, komputer juga rosak sedikit (nasib baik boleh dibaiki) dalam kejadian ribut petir. Bulan lepas pula modem internet dan telefon disambar petir. Dan malam tadi berlaku lagi ribut petir yang merosakkan telefon rumah. Dah tiga kali dalam tempoh dua tahun ini petir merosakkan peralatan dalam rumah.

Trauma!!!

8 comments:

  1. Apa jugak yg melibatkan cuca (kecuali angin sepoi2 bahasa dan suasana cerah) memang menakutkan PPP :P

    ReplyDelete
  2. kena pasang 'lightning protector' kat rumah... ini membantu bila berlaku petir/kilat yg kuat... automatik bekalan elektrik terputus dan aliran kilat akan dialirkan ke bumi... pasang la... berbaloi pasang untuk perlindungan rumah... tapi kena spare lampu kecemasan / lilin... haru je bergelap nanti... ;)

    ReplyDelete
  3. babah cekbolat cakap . petir semalam memang TEBAL . phewww . dan masa kejadian petir memetir kami dalam kereta di Mergong . bayangkan gentingnya dan lagi takuutt >,< mujur JR sekeluarga selamat :)

    ReplyDelete
  4. Di sini hampir setiap hari hujan....tp x de lagi berlaku ribut petir kuat.

    ReplyDelete
  5. Wiring dalam rumah perlu diperiksa balik. Pembumian macam ada tak kena tu...

    ReplyDelete
  6. cr pun trauma kalau pasal kilat kikiki

    ReplyDelete
  7. bahaya kan... rumah deno pun pernah mcm ni... kalau ada bau hangit yg paling bahya tu...

    ReplyDelete
  8. saya pun takut kilat..kalau dah dengar tu,..cpt2 off9..cabut semua plug...sbb dulu tv dh kn sambar kilat..mmg trauma

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....