Tadi bila JR bercerita kepada jiran sebelah bahawa isteri JR sekarang sedang berada di Medan, Indonesia, jiran itu berkata, "La ni hang jadi orang bujang balik lah....susah noooo bila jadi orang bujang?"
JR cuma tersengih. Sebenarnya tak susah sangat pun jadi orang bujang. Kata orang Kedah dah mangli, maksudnya dah biasa sangat!
Memang JR dah biasa sangat jadi orang bujang. Perkahwinan JR dah isteri banyak hadapi fenomena perkahwinan jarak jauh. Kami adalah pasangan weekend husband dan weekend wife yang sebahagian besar tempoh perkahwinan jarang-jarang berada dalam satu rumah. Kadang-kadang cuma isteri tinggal bersama anak-anak, kadang-kadang JR tinggal bersama anak-anak:
1. Masa mula-mula kahwin, JR kerja di Pulau Pinang, isteri pula kerja di Bentong, Pahang (1 tahun).
2. Kemudian JR kerja di KL, isteri kerja di Bentong (1 tahun).
3. JR dan isteri sama-sama kerja di KL. Ini saat paling bahagia kerana dapat tinggal serumah dan pergi kerja dan balik kerja sekali.
4. JR kerja di KL, isteri kerja di Alor Setar (2 tahun).
5. JR kerja di Perlis, isteri kerja di Alor Setar (3 tahun).
6. JR kerja di KL, isteri kerja di Alor Setar (2 tahun lebih)
7. JR dan isteri sama-sama kerja di Alor Setar.
8. JR kerja di Taiping, Perak, isteri kerja di Alor Setar (3 tahun).
9. JR dan isteri sama-sama kerja di Alor Setar.
10. Isteri kerja di Pulau Pinang, JR di Alor Setar (1 tahun)
11. Isteri kerja di Langkawi, JR di Alor Setar (2 tahun)
12. Sekarang dah dua tahun lebih kami berpeluang tinggal serumah sekali lagi. Syukur alhamdulillah...
Nasib baik anak-anak dapat menghadapi kehidupan ibu bapa mereka yang jarang-jarang dapat tinggal sebumbung. Apa nak buat, begitulah realiti pekerjaan kami yang masing-masing tak pernah kekal kerja di sesuatu tempat - selalu ditukar tempat kerja oleh majikan. Anak-anak lebih berdikari, semua mereka sejak kecil diajar menyediakan minuman dan makanan yang simple sendiri selain dari menguruskan diri sendiri.
Selama menjadi orang bujang ini, JR juga berpeluang belajar banyak perkara: kesabaran, mengawal naluri seorang lelaki dan boleh sikit-sikit memasak, (walaupun tak pandai sangat)....
Dan sekarang JR jadi orang bujang lagi bila isteri bercuti di Medan. Dulu pernah jadi orang bujang selama berbelas-belas tahun, jadi tak apalah sekarang jadi orang bujang untuk beberapa hari saja...
Kerap juga JR bertukar tempat kerja, ya...
ReplyDeleteHurmmm ...xpelah membujang sekejap nanti wife dah balik mesti bawa hadiah istimewa buat Mr . Jr kan .
ReplyDeleteSekiranya kehidupan kita ini tidak disulami dengan perpisahan, berbagai dugaan dan cabaran maka kita takan pernah belajar kesusahan dan keperitannya...
ReplyDeleteSehinggalah tiba suatu ketika kita dikurniakan satu kenikmatan dan kebahgiaan hidup olehNya...
Bersyukurlah kita apa adanya...
ada la hikmahnya kalau hikmah tu yg kita nak pandang betul tak? Syukur la JR hargai pengalaman hidup tu dgn hati yg terbuka. Ala, bujang kali ni pun kejap je. Takde makan tahun pon.
ReplyDeleteAlah bisa tegal biasa...hmmm kalau sstgh orang mmg tak tegar utk hidup berjauhan ngan pasangan kan..tambah2 bila ade anak..apapun tahniah tuk JR..:)
ReplyDeleteJenuh juga JR berpindah pindah ni kan..
ReplyDeleteMmg menuntut kesabaran macam ni :)
So yg terkini ni, mmg tak akan berpindah lagi ke JR? :)
memng memerlukan kesabaran yang tinggi ni
ReplyDeleteHebat jr ni..mcm2 dugaan ttp setia dgn wife... Kagum sy...
ReplyDeletesemakin erat tu ! haha setia tu penting kan :D
ReplyDeleteselamat menjadi orang bujang.
ReplyDeletehuh terk rekod PJJ..sy tak biasa kena tinggai dan meninggaikan dalam tempoh lama sesekali macam tu ...takdan rasa manglli lagi..tp bersyukur sebab isteriku suri rumahku. alhamdulillah.
ReplyDelete