Korang blogger Muslimah tentu tau kan 1 Februari lepas ialah World Hijab Day (WHD). Mengikut maklumat rasmi, 2014 adalah tahun kedua WHD disambut sebagai perayaan oleh wanita-wanita seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti bagi menyuburkan budaya berhijab. Di beberapa negara seperti Amerika
Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Brunei, India dan Lubnan WHD turut disertai oleh wanita-wanita bukan Islam yang turut memakai hijab sebagai sokongan kepada rakan-rakan Islam mereka yang berhijab.
Mengikut apa yang JR baca dalam beberapa sumber (jika silap sila betulkan), WHD adalah cetusan idea Nazma Khan, seorang wanita New York kelahiran Bangladesh (orang Bangla Malaysia tentu bangga dengan informasi ini). Nazma Khan yang semasa kecilnya sering dihina oleh rakan sekelas berkulit putih kerana berhijab bertekad apabila dewasa akan memupuk
sikap toleransi beragama termasuk pemahaman terhadap hijab di kalangan bukan Islam.
Pada awal 2013, Nazma telah mengutarakan idea untuk merayakan WHD dalam facebook yang akhirnya mendapat sokongan 11,600 peminat dalam masa sebulan, termasuk wanita bukan Islam. Dari situlah WHD mula dirayakan pada 1 Februari 2013 yang bukan saja menarik perhatian wanita Islam tapi juga wanita bukan Islam yang turut sama berhijab buat pertama kali pada hari itu.
Tapi JR ada baca dari satu sumber lain idea untuk merayakan WHD ini telah timbul sejak 2009 lagi. Ia dirayakan sempena kematian Marwa Al-Sherbini, seorang wanita Jerman berusia 32 tahun yang ditikam hingga mati pada 1 Julai 2009 oleh seorang pemuda rasis dari Russia yang amat benci melihat wanita berhijab. Sejak itu timbul idea untuk menjadikan 1 Julai setiap tahun sebagai WHD bagi memperingati kematian Marwa di samping memupuk semangat toleransi beragama kepada mereka yang bukan Islam.
Marwa Al-Sherbini bersama suami dan anak ketika hidup.
Siapapun pengasas WHD, apa yang penting ia kini telah mula menjadi fenomena yang dirayakan oleh ramai wanita termasuk yang bukan Islam pada 1 Februari setiap tahun. Seruan supaya semua wanita berhijab pada hari itu semakin popular di seluruh dunia:
kalau tak baca N3 ni,saya tak tau pun wujudnya hari berhijab..
ReplyDeleteBtul kata kak kamsiah..sy pun baru tahu jugak...agaknya kat m'sia mrk merasakan tidak perlu kot..
ReplyDeletebkn setakat rosmah, siti hasmah pun patut dijemput jugak..:)
Waw...ayat2 diakhir kalam MR . Jr. Tu yang begitu mendalam maksud yang tersirat dan tersurat........tq sebab info ni baru jek tau.
ReplyDeleteTahu tapi tak nampak..he..he..
ReplyDeleteApapun, terima kasih kerana sudi menyinggahi blog IM...
Baru mengetahui tentang hari hijab ni melalui blog rakan2...
ReplyDeleteBunda pun pernah terbaca juga sumber berkenaan WHD ni...kalu tak silap dalam tv pun ada...
ReplyDeleteBetul la... ramai kita yang tak sedar adanya hari ni... sebab kurang dedahan..
ayat last...hurmm...smgo terbuka hti..
ReplyDeleteAda sambutan hari hijab sedunia ni. Kalau kat Lembah Klang ni, haritu diorg buat kat tasik titiwangsa oleh group Mizan (NGO). boleh check instagram wardina. Tp.. tu lah, tak diberi dedahan sgt. Yg dtg pun mungkin ramai yg dah berhijab sempurna (dr apa yg saya tgk kt fb page Mizan)...
ReplyDeleteBaru tahu, thanks, kita sambut meriah yea lawan valentine yang juga bualan feb. ni, kalai yang tu semua orang tau kan..sedih..
ReplyDelete