Satu masa dulu JR menyangka jika masuk bilik air di tempat kerja atau rumah sendiri, kita sudah selamat. Lainlah jika masuk bilik air di tandas awam, memang patut kita curiga kalau ada objek yang tak diingini sedang mengintip kita. Tak pasal-pasal lepas itu tersebar di internet video 'barang hak milik peribadi kita' yang sepatutnya orang lain tak boleh lihat (kecuali pasangan kita yang sah diakad nikah), tapi akhirnya sesiapa pun boleh tengok free aje. Malu!!! Grrrrrrrr.........
Apa yang terjadi di Hospital Bentong 2 hari lepas patut sangat dijadikan iktibar. Harus berhati-hati bila masuk bilik air walaupun di tempat kerja sendiri yang kita ingat sudah selamat.
Bukan saja di tempat kerja, di rumah sendiri pun kadang-kadang tak selamat juga. Bulan lepas ada kes seorang lelaki berjawatan agak baik mengambil gambar jiran wanita di sebelah rumahnya yang sedang mandi. Maknanya kita tidak selamat, walaupun berada di rumah sendiri!
Harap apa yang terjadi di Hospital Bentong tak jadi di tempat lain:

Dalam kes di Hospital Bentong itu, tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter disangkut di tandas kakitangan wanita. Entah berapa ramai doktor wanita, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan staf lain yang telah menjadi mangsa apabila barang hak milik peribadi mereka telah dikongsi lihat oleh pihak lain.
Oleh itu jika masuk tandas sama ada untuk bersalin pakaian atau buang air, berhati-hati. Mata jangan asyik pandang ke bawah saja, kerana benda yang melekat ditubuh itu tak kan hilang punya. Sebaliknya korang akan hilang maruah jika orang tengok hak milik peribadi korang.
Bila berada dalam bilik air dongak-dongaklah sama mata ke atas, ke kiri dan ke kanan. Ada kamera jenis berkelip yang mungkin mudah untuk menimbulkan syak, tapi ada juga kamera jenis tak berkelip, itu paling bahaya. Ketika mendongak ke atas dan ke sisi cuba kenal pasti kewujudan objek-objek aneh dan tak logik dalam bilik air. Misalnya dalam kes di Hospital Bentong, kameranya berbentuk kotak hitam, apa perlunya kotak hitam berada dalam bilik air? Yang berbentuk penyangkut pakaian...itu memang sangat mengelirukan!

JR ada terbaca panduan mengesan kamera tersembunyi yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman:
1. Sebelum masuk ke bilik air periksa telefon bimbit korang dulu. Pastikan telefon korang boleh membuat panggilan.
2. Bila masuk ke dalam bilik air jangan terus buka seluar atau baju. Cuba buat panggilan ke mana-mana nombor hingga keluar nada dering. Kalau boleh buat panggilan, bermakna tiada kamera tersembunyi di situ.
3. Kalau tak boleh buat panggilan bermakna di situ terdapat kamera tersembunyi. Panggilan tak boleh dibuat kerana terdapat ganguan fibre optic semasa pemindahan isyarat telefon.
Berhati-hati di bilik air. Jangan biarkan harta peribadi kita dikongsi oleh pihak lain!!
bahaya kan...tu yg tak gemar masuk public toilet kecuali terpaksa...huhu
ReplyDeleteni tips yg saya dapat
ReplyDelete1) Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth.
2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada.
Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu.
Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada.
3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.
Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...
Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes nasha aziz dulu tue.
Hmmm...mmmg kena berhati2, kita ni kdg2 masuk toilet nak cepat2 tak kesah dah ngan apa yg ade disekeliling...mungkin tak terpikir...nanti nak praktikan tips JR dan kak kamsiah tuh..inshaallah
ReplyDeleteTQ JR sebab kongsi tips itu..TQ juga kat kak Kamsiah..
ReplyDeleteMasyarakat kita mmg makin gila..
Dapat lagi info yang sangat2 bagus diblog Mr. Jr. Tq.
ReplyDeletenape lah orang suke buat perkara tak senonoh macam ni...
ReplyDeletebagus jugak leh jadi panduan ni
Info yang baru yang sangat menarik ni JR...betul tu, kadang kita ni nak cepat , tak ingat hal2 macam ni...sehinggalah terjadi baru menyesal...
ReplyDeleteDari hari ini dan dari sumber2 yang pernah benar2 berlaku.. kita perlu lebih berhati2...kita perlu ada rasa curiga setiap kali kebilik kecil itu , tak kiralah dimana...
Praktikkan tips yang diberi ...mungkin tak kene kepada kita, tapi mungkin terkena kepada anak2 kita atau saudara mara kita..
Terima kasih JR dan Kamsiah..
Tip yang berguna. Kat dunia sekarang ni macam2 gila ada.
ReplyDelete