»

10 January 2014

Wirid, Doa Qunut dan Wahabi


Memang beruntung tinggal di negeri yang Jumaat cuti umum seperti Kedah ni. Lepas solat Jumaat masih sempat mengikut imam berwirid dan berdoa hingga selesai, maklumlah hari ini cuti umum di Kedah. Masa JR kerja di KL dulu, hati tak khusyuk dan gelisah jika imam baca doa panjang-panjang lepas solat Jumaat kerana takut lewat masuk ofis dan disindir oleh boss.

Masa JR kerja di Perlis pula, lain kisahnya. Di Perlis lepas saja solat Jumaat atau solat jemaah yang lain, tak terdengar suara imam memimpin doa diikuti suara "aminnn.." oleh  makmum seperti di negeri-negeri lain di Malaysia. Maklumlah Perlis  negeri yang tak mengikut mazhab Shafie seperti negeri-negeri lain, jadi cara ibadat mereka juga sedikit berbeza dengan negeri-negeri lain. 

Di Perlis imam tak memimpin doa untuk makmum selepas solat jemaah. (Apa yang JR tau, sebenarnya imam bukan tak berdoa dan berwirid, tapi dia membaca perlahan). Di Perlis juga imam masjid seolah-olah tidak membaca bismillah sebelum membaca surah (Apa yang JR tau, sebenarnya imam bukan tak membaca bismillah, tapi dia membaca perlahan). Di Perlis juga tiada doa qunut ketika solat subuh. Bila ada kematian pula tiada tahlil untuk jenazah. Bila bulan Ramadan semua masjid di Perlis mengadakan solat tarawih 8 rakaat saja.

Ada yang kata orang Perlis mengikut ajaran Wahabi seperti Arab Saudi. Sebab itu cara orang Perlis bersolat dan beribadat sama seperti cara mereka di Mekah dan Madinah bersolat dan beribadat kerana kononnya orang Perlis Wahabi. Tapi jika tanya orang Perlis, tak ramai yang tau apa itu Wahabi. Mereka bukan Wahabi tapi adalah Ahli Sunnah yang berpegang kepada pandangan majoriti mazhab yang empat (Hanbali, Hanafi, Maliki dan Shafie). Misalnya solat subuh tanpa qunut, tiada tahlil ketika kematian, imam tidak memimpin doa lepas solat dan lain-lain amalan yang berbeza dengan negeri lain adalah kerana ia berdasarkan pandangan majoriti mazhab yang empat itu.

Bagi JR, tak kisahlah Wahabi atau Shafie, yang penting kita semua Islam, pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. JR sendiri tak arif sangat soal perbezaan mazhab ini. Sebab itu ketika bersolat jemaah di masjid-masjid di Perlis, JR juga mengikut cara orang Perlis beribadat. Bila solat bersendirian di rumah ikut mazhab Shafie seperti yang diajar oleh ustaz dan ibu bapa sejak kecil dulu.

Kebetulan baru sebentar tadi JR baca tulisan seorang ilmuan Islam mengenai Wahabi ini dalam Sinar Harian. Kata ustaz itu kita tak perlu membesar-besarkan perselisihan mazhab kerana perselisihan mazhab ini masalah kecil jika dibandingkan dengan masalah akidah. Contohnya jangan pertikaikan mengapa pengikut mazhab-mazhab lain Ahli Sunnah (Hanbali, Hanafi dan Maliki) seperti juga sahabat-sahabat Nabi tidak membaca doa qunut, tapi pengikut imam Shafie membaca doa qunut. 

Bagi JR, jika kita tidak mahir dalam sesuatu bidang (termasuk agama), berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap yang cuma menunjukkan tahap ketidak cerdikan kita. Sebab itu JR tak mau tulis mengenai isu Syiah dan Wahabi, takut tersilap fakta. Wallahualam...

16 comments:

  1. Oh yer ker begitu kat perlis...baru tau...
    sy ngan suami bz mazhabnya..tp tak pernah pun menjadi isu..dia ikut mazhab hanafi ..sy ikut syafie...kalau yg berbeza sikit tuh ikutlah yg mana boleh menjauhi fitnah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. UAA, husband bukan orang Malaysia ke?

      Delete
  2. saya pun baru tau sebab baru dua kali sampai perlis. itu pun balik hari. apa pun, memang betul tu perbezaan mazhab tak sepatutnya menjadi pertikaian sampai menjejaskan persaudaraan, selagi tak terpesong aqidah.

    salam jumaat dan selamat berhujung minggu kepada yang bercuti jumaat dan sabtu. heheheee...

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu saya mungkin akan salah faham tentang perbezaan ini, tp makin lama makin faham yg ini semua isu ranting. Wahabi ni kiranya mcm mazhab la ye. Maknanya ada 5 la mazhab ye. Cuma yg syiah tu, saya kurang setuju la skit. Pelik sgt kaedahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazhab Sunnah cuma ada 4 cabang mazhab iaitu Hanbali, Hanafi, Maliki dan Shafie. Wahabi bukan mazhab, tapi adalah golongan yang menjadi pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi di Arab Saudi.

      Delete
  4. Sy pun xpernah tau perlis brbza mazhab... Kurang ilmu nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tak berbeza mazhab, masih pengikut Sunnah, cuma mereka tidak berpegang 100% kepada ajaran imam Shafie...

      Delete
  5. baru saya tahu ada mazhab lain kat malaysia nih . susah juga klu dapat suami / isteri lain mazhab ni . Yg ptg jgn keluar drp kehendak Islam .

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya kat Perlis masih mengikut mazhab Sunnah, cuma mereka tidak berpegang 100% kepada ajaran imam Shafie...

    ReplyDelete
  7. Tak sangka pula saya 'perlaksanaan' amalan Wahabi di Perlis, begitu menyeluruh..atau hanya sesetengah masjid sahaja JR?Teringin la pulak saya lawat Perlis, nak solat di masjid di sana :)

    Benar sgt,tak perlu nak bertelagah tentang perbezaan mazhab,sebab perbezaan itulah hikmah nya,asalkan berpegang pada akidah yang sama.

    Syiah menjadi 'sesat' dikatakan sebab akidahnya sama ( percaya Allah dan Muhammad SAW), tetapi ada beberapa cabang syiah yg extreme menjatuhkan sahabat baginda ( kecuali Ali) sebagai murtad/kafir.. Saya pun tak berani komen lebih, cuma siri2 tentang Syiah yg saya dengar di radio IKIM, adalah menjelaskan secara dalam juga

    ReplyDelete
  8. bukan semua amaklan 'mazhab' begini di perlis..sesetengah tempat sahaja..Masih ramai lagi mengikut mazhab syafiee..harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul bukan semua, misalnya di tempat bersempadan dgn Kedah masih ikut mazhab Shafie. Tapi di Kangar termasuk Masjid Alwi yang selalu saya pergi memang begitulah...

      Delete
  9. Begitu kisahnya dinegeri perlis...baru tau....nice info.

    ReplyDelete
  10. Owh ye ker...bunda pun baru tahu kat Perlis ni sesetengah lain mazhabnya...
    Betul tu yak usaj perbesarkan hal ug yak kita pasti...yang penting mantapkan akidah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknye salah ejaan...nilah kalu gune hp cinonet ni..
      I m sori.

      Delete
  11. Setuju sgt,sepupu sy bekerja di pejabat agama,katanya bila kes2 di makamah tu,kalau tak dpt ikut mahzab syafie,blh ikut mahzab lain asalkan tk menyalahi hukum Allah...bkn senang nk jatuhkan hukum pd org kerana kejahilan kita dlm beragama....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....