14 January 2014

Tips Maulidur Rasul: Makanan Kegemaran Nabi

 
Salam Maulidul Rasul.
 
Korang dah makan tengahari ke? 
 
Sempena sambutan hari keputeraan  Nabi Muhammad SAW ni, JR nak mengingatkan diri sendiri tentang beberapa makanan yang menjadi kegemaran Nabi SAW. Semoga kita akan mendapat keberkatan Allah apabila mengikut sebahagian dari  sunnah Nabi dalam hal pemakanan:
 
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya jika selalu mengambil tembikai.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang penyakit mudah lupa.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan bahan semulajadi perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air Kosong – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana mudah mendapat sakit pada hati.
 

11 comments:

  1. Salam maulidul rasul...

    Terimaksih,memang makanan tu selalu di makan,makanan sunah katakan...

    Awal dh lunch...sedang fikirkan apa yg nk dimakan utk minum ptg plak...

    ReplyDelete
  2. SALAM MAULIDUR RASUL...

    tips yang menarik...

    ReplyDelete
  3. susu dan cendawan tak berapa nak boleh telan..:)

    ReplyDelete
  4. Alhmdulillah. Best sharing. Semua senang nak dapat :))

    ReplyDelete
  5. Tq. Baru tau tentang info tembikai ....

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul . madu n kurma tu feveret .

    ReplyDelete
  7. keluarga sy memang suka buah tembikai....rasa dah lama tak buat 'tembikai korek' ..emmm.

    ReplyDelete
  8. salam jay ar
    Terima kash sudi kogsikan
    Maaf semalam bz sikit sambut maulud di masjid. La ni bru lpg

    ReplyDelete
  9. Buah tin berasal dari Asia barat, menyerupai buah ara. Buah itu begitu istimewa, dapat mengubat banyak penyakit hingga Allah pernah bersumpah menggunakan buah itu seperti dalam Surah At Tiin (surah ke-95 dalam Al Quran)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....