13 January 2014

Fenomena Kangkung 1Malaysia Pulak!!!


Malam tadi JR menemani anak dara JR studi hingga pukul 1 pagi. Di depan mata TV terbuka. Pukul 12 hingga 12.30 di TV3 ada siaran berita. Kena la juga tengok, walaupun JR bukan suka sangat tengok siaran berita TV3.

Tiba-tiba terdengar ucapan PM Datuk Najib dengan suara penuh semangat di kaca TV3:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun. Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah keadaan  cuaca..."

Harga kangkung turun? Memang betul harga kangkung turun, apa yang PM kata tu tepat sekali. Hari Sabtu lepas bila JR pergi ke Pasar Besar Alor Setar, harga kangkung yang biasanya dijual RM1.00 seikat, kini dijual 80 sen seikat saja. Bukan saja kangkung, sawi pun dijual 80 sen seikat. Turun 20 sen!

Tapi yang lain jangan harap nak turun harga. Ikan, sotong, ketam, daging, ayam, mana ada turun harga. Naik adalah! Hingga udang besar-besar yang dulu dujual RM20 hingga RM40 sekilo hilang di market kerana kata penjual kalau mereka jual pun tak akan laku sebab harganya RM70 hingga RM80 sekilo.

Hari ini bila saja buka media sosial, facebook, twitter, penuh dengan cerita kangkung. Kangkung..kangkung..kangkung..kangkung dan kangkung di mana-mana....

Selain komen di media sosial, terdapat pengguna internet yang menggubah lagu "Lengkang Kangkung" yang dinyanyikan oleh Saloma dengan senikata baru ciptaan mereka. Perli la tu...

Ada pula pengguna yang memasukkan gambar-gambar yang disunting dengan memasukkan dialog-dialog isu kangkung menyindir PM. Antaranya:




                          (Sumber:  MG & Milo Suam.

Memang susah kan jadi pemimpin di zaman rakyat semakin kreatif dan celik segala segi ni?

14 comments:

  1. pada Arra bersyukur dengan apa yang ada..kalau taraf hidup kita meningkat satu hari nanti kita juga yang senang..harga barang takkan turunnya..so,kena ambil inisiatif sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok taraf hidup tengok matawang kita, makin lama makin merudum jika dibanding dgn matawang negara jiran, bermakna taraf hidup kita semakin lama semakin teruk. Mengikut pakar ekonomi 9 tahun lagi Malaysia akan bangkrap jika cara kerajaan mentadbir kewangan masih tak berubah.

      Delete
  2. jom kita doakan yang baik-baik untuk dia

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan AA.....jangan lah lagi mengharap perkara mustahil......tak kan adanya harga barangan dinegara kita akan turun nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kangkung dah turun, apa nak risau? Kita boleh bayar tol, bil letrik, petrol dgn guna kangkung...

      Delete
  4. Menu istimewa kita utk brekfast esok ialah "nasi lemak kangkung" atau "nasi goreng kangkung". tengahari pula "asam pedas kangkung".malam jangan lupa masak "nasi beriani kangkung"..

    ReplyDelete
  5. awal tahun 2014 ni agak malang (kelakar) bagi perdana menteri kita. pada saya, mungkin dai cuba menjadi sensitif dan memahami rakyat dengan mengambil contoh paling mudah dan dekat... tapi, hehehehee... itu la, sampai la ni tak abih sengih lagi.

    ~bahana apabila pemimpin bukan lahir dari kalangan rakyat...

    ReplyDelete
  6. kelakar dan sangat kelakar...kangkung bkn keperluan asas rakyat..bkn dibeli dan dimakan semua org..

    ReplyDelete
  7. Saya suka makan kangkong. Hari hari kangkong pun ok...sampai pegi mekah pun saya jumpa kedai makan yg jual kangkong belacan....

    ReplyDelete
  8. Susahnya menjadi pemimpin......
    kena lebih peka dengan sensitiviti rakyat sebelum mengatakan sesuatu.

    ReplyDelete
  9. Kesian betul pd PM kita,jadi bahan lawak jenaka je di mana2...

    ReplyDelete
  10. Tak cukup study masalah rakyat lg dia ni. Sape la draf teks ucapan dia tu ye. Hehehe.

    ReplyDelete
  11. kecik hati rakyat dengan pemimpin2 kita sekarang ni..

    ReplyDelete
  12. cian dia..tu la bla nak jd pm,ilmu mesti ckup

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....