Kesian dengan adik bongsu JR sorang tu. Dah lebih 10 tahun kawin belum lagi dapat anak. JR pula bab-bab anak ni agak berat mulut nak bagi nasihat lebih-lebih, nasihat sikit-sikit bolehlah. Ini kerana bab kesuburan ini adalah perkara yang sangat-sangat-sangat sensitif. JR faham sangat sebab JR dulu pun lepas kawin 3 tahun baru dapat anak. Kadang-kadang rasa nak penampar muka orang yang cakap lepas tak berlapik macam menyindir kita yang belum ada anak. Sensitif tau!!
Yang jadi masalah dengan adik JR ini ialah mereka tak mau pergi buat pemeriksaan di klinik kesuburan. Kedua-duanya kakitangan kerajaan, mereka boleh buat rawatan di LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara). Si-isteri tak habis-habis pergi mengurut, makan jamu dan entah apa-apa ubat dari "pakar-pakar kecantikan dan kesuburan" yang tak pernah memiliki ijazah perubatan tapi ubatnya terkenal dan terlajak laris dalam TV.
Tapi mengurut punya mengurut dan ubat demi ubat dari "pakar-pakar kecantikan dan kesuburan" tanpa ijazah kedoktoran, hasilnya tetap nil. Menghabiskan duit aje..
JR faham mengapa mereka tak nak dapatkan rawatan kesuburan di klinik LPPKN atau klinik swasta. Risikonya memang ada selepas keputusan ujian diberitahu..
JR dan isteri bila dah masuk hampir 2 tahun masih tak dapat anak, kami berpakat untuk ke LPPKN. Sebagai kakitangan kerajaan mudah untuk isteri buat tuntutan kos rawatan. Mula-mula kami juga seperti adik JR teragak-agak untuk pergi jumpa pakar kesuburan. Kami tak mau ada yang terguris dan rendah diri jika selepas ujian dibuat diberitahu salah seorang dari kami tak subur. Apa lagi lelaki seperti JR yang berlagak macho dan hebat, egonya mesti menjunam teruk jika diberitahu dia sebenarnya tak subur, berlagak saja macho, tembak guna peluru kosong, hehehehe!
JR dan isteri sama-sama berjanji kami tidak akan berubah walau apa pun keputusan ujian kesuburan diberitahu nanti. Dengan kekuatan itulah akhirnya kami pergi ke LPPKN Jalan Raja Laut, KL (ketika itu kedua-dua kami kerja di KL).
Memang banyak ujian yang perlu dilakukan (ujian kesuburan lelaki yang paling malu nak diceritakan!) dan banyak temujanji yang perlu dilalui. Apabila suatu hari doktor LPPKN beritahu bahawa hasil ujian mendapati kedua-dua kami subur, rasa hati sangat lega! Doktor kata Allah belum mengizinkan untuk kami dapat anak. Secara berjenaka doktor kata mungkin sperm suami jenis pemalu kot, dia tak berenang bersungguh-sungguh untuk dapatkan telur si-isteri, tu lah yang lambat mengandung!! Tapi doktor kata jangan risau, LPPKN akan berikhtiar supaya cita-cita kami mendapatkan anak akan berhasil dalam tempoh terdekat. Bermula dari situ rawatan diteruskan dengan ujian-ujian seterusnya, pengambilan ubat dan sebagainya dari LPPKN.
Dan suatu hari selepas dua bulan tidak datang haid, isteri pergi membuat pemeriksaan. Selepas dibuat urine test, rasa seperti segunung emas jatuh di depan mata apabila doktor memberitahu, "Tahniah..isteri encik mengandung!".
Dan lepas saja anak pertama lahir, bermulalah siri-siri kelahiran anak-anak kami selanjutnya, satu demi satu demi satu lahir macam tak sempat brek! Tiga dari anak kami lahir setahun seorang, yang lain kebanyakannya berselang setahun hingga cukup enam orang cahaya mata dianugerahkan Allah kepada kami. Itu tak masuk lagi 3 janin yang keguguran ketika mengandung, jika semuanya hidup sekarang mungkin JR mempunyai 9 anak! Pada hal sebelum lahir anak pertama selama 3 tahun Allah menduga kami tanpa memberikan zuriat walau pelbagai ikhtiar dilakukan.
Kepada mereka yang diuji Allah tanpa dianugerahkan cahaya mata, diharap berbanyak bersabar. Jangan berhenti berharap, jangan berhenti berdoa, jangan berhenti berikhtiar. Apa salahnya pergi ke LPPKN (LPPKN ada di semua negeri) untuk dapatkan rawatan atau jika rasa poket agak kembung boleh pergi ke klinik kesuburan swasta yang banyak terdapat di negara ini....
Ramai anak JR.meriah.murah rezeki.lama jgk ek nk dpt bby.chot ingt pempuan je sensitif kalau bab anak.huhu..chot ade few kawan yg lmbt sikit dpt rezeki anak..tp alhmdulilah..semua senang dptkn nasihat klinik both husbnd n wife...
ReplyDeleteYg penting jangan berhenti berdoa dan berikhtiar...
DeleteTerima kasih JR. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dari berkongsi ilmu ini. Saya dan suami pun dah macam-macam cara cuba. Tapi cara yang satu ini kami tak pernah cuba lagi. InsyaAllah kami akan cuba. Tawakal, usaha dan bersabar tak pernah putus. Terima kasih sekali lagi JR.
ReplyDeleteSemoga doa Princess dan suami dimakbulkan Allah. Sekali lagi jangan jemu berdoa dan berikhtiar...
Deletemmg biasanya lelaki yg tertekan utk ke LPPKN..takut utk menhetahui andai dirinya yg tak subur..takut jatuh airmuka..
ReplyDeleteAda lelaki yg percaya punca kemandulan hanya di pihak isteri, sedangkan mengikut pakar kesuburan 1/3 kemandulan berpunca dari suami, 1/3 lagi berpunca dari isteri dan 1/3 selebihnya gabungan suami dan isteri...
DeleteBersyukurlah sebab kita diantara yang bertuah telah memiliki cahayamata....kata orangbetapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
ReplyDeleteSetuju...
DeleteElok suami isteri sepakat tuk buat pemeriksaan...hasilnya tuh serah jer pada Allah. Mcm kat sini sy tgk ramai psng yg baru kawen tak dapat anak atau bunting pelamin...tgk cam gaya takder sbrg ikhtiar pun....
ReplyDeleteKebanyakan yg tak nak pergi buat pemeriksaan adalah di pihak suami, takut ego kelelakiannya tercabar jika mengetahui tak dapat anak berpunca darinya....
Deletesubhanallah~ kuasa Allah. Berbaloi penantian!
ReplyDeletebagus entry ni. mungkin boleh beri kekuatan kepada yang menanti. tak dinafikan anak tu mmg akan jadi penyeri rumahtangga. macam2 kerenah boleh buat kita ketawa. hidup jadi berwarna warni. tapi selagi tak ada anak, suami isteri boleh buat banyak aktiviti bersama yang tidak boleh dilakukan oleh org yg dah ada anak. perhatian untuk each other pun banyak. pendekata, samaada dah ada anak atau tidak, 2-2 perkara tu adalah perkara yang baik. ada kelebihan masing2.
ReplyDeleteSaya tak penah urut pun, kami terus ke spital swasta sbb nak proses dan result yg cpt. Nampaknya kedua dua ok. Kena terus iui/ivf atau nak usaha secara natural..kata doc. Doakan saya ya..
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah perkenankan untuk miliki zuriat pada tahun 2014.
ReplyDeleteSalam sejahtera..nk tanya pada admin.Brapa kos untuk ujian kesuburan lelaki kt LPPKN?Tq..
ReplyDelete