»

25 January 2014

Hari Serba Salah


Hari ini boleh dikatakan hari serba salah untuk JR. Semua yang dibuat macam tak menjadi. Dugaan Allah barangkali.

1~ Bangun pagi tanpa sarapan berniat nak pergi ke pasar. Tuanku Permaisuri tak ikut ke pasar, hari ini dia nak buat nasi goreng spesial untuk keluarga.
Bila nak keluar rumah terdengar bunyi "ktek..ktek..ktek". JR berpatah balik ke dapur menjenguk Tuanku Permasisuri yang sedang nak memasak.

"Dapur gas rosak kot" katanya,"Nak kata gas habis, semalam masak sampai selesai OK pun. Nanti kita beli dapur gas barulah, dapur ni pun dah 4 tahun"

Nasib baik ada dapur gas spare masa Tuanku Permaisuri kerja di Langkawi dulu. Sementara nak beli dapur baru, pakai dulu dapur no.2 yang dah 2 tahun tersimpan di dapur.
Lalu JR buka dapur gas  spare dan sambungkannya ke tong gas.

Tapi bila nak masak, api masih tak mau keluar.

"Aiiit....dapur nombor 2 ni pun rosak? Gas habis kot?" kata JR.

Bila tukarkan dengan tong gas baru, alhamdulillah, api dapur menyala. Rupanya bukan masalah dapur gas, tapi masalah tong gas dah habis!

2~Pergi ke pasar. Singgah ke Petronas Jalan Tanjung Bendahara  sekejap untuk ambik duit sikit di ATM. Tekan RM200, tapi tiba-tiba nampak berkeping-keping duit RM50 meluru keluar dari mesin ATM. Banyaknya duit keluar, apa sudah jadi?
Bila diperiksa rupanya JR tertekan RM2,000, bukan RM200! Nak masukkan duit tu balik dah tak boleh kerana di situ tiada mesin cash deposit.

3~Lepas beli barang di market, terus ke Mayban Simpang Kuala kerana di sana ada mesin cash deposit. Bila sampai...

"Maaf encik, mesin sedang dibaiki" kata encik pengawal keselamatan, "Kalau nak tunggu, 30 minit lagi siaplah.."

Alamak, 30 minit lagi, lamanya...!

4~Pergi ke Mayban Jalan Kota pula kerana di sana juga ada mesin cash deposit. Masuk ke jalan Mydin lama untuk parkir.
Tiba-tiba sebuah motor polis trafik menyekat kereta JR. Di tangan encik polis  ada pen dan sepucuk surat cinta saman.
Adooiiii, apa salah aku kena saman?
"Jalan ni no entry..one way, apasal encik masuk?" kata polis itu dengan wajah garang.
"Ya ka ini jalan one way. Dulu two ways, sejak bila tukar?" kata JR dengan wajah terkejut. 
Bila nampak jalan mula sesak kerana JR menghalang laluan, polis itu tak jadi saman. "Pergi cepat..lain kali jangan masuk sini lagi!!"

Alhamdulillah, selamat duit aku RM300!

5~Balik ke rumah. Bila dah nak masuk pintu pagar rumah teringat ada barang yang Tuanku Permaisuri pesan tapi JR lupa beli. Aduuuhhh..mengapa hari ini semuanya serba salah?

Bagi mengelakkan kena murka Tuanku Permaisuri, JR bergegas berpatah balik beli barang yang dipesan Tuanku Permaisuri.

Kadang-kadang memang kita begitu kan. Ada hari semuanya tak menjadi...


6 comments:

  1. Hurmm..betul2.. tapi semua tu la yg mewarnai hidup kita bukan?

    ReplyDelete
  2. hehe..dah macam nasib lebai malang dahhh...

    ReplyDelete
  3. Itulah hari yg mungkin tidak cool seperti biasa yg menyebabkan minda kita tak set atau rancang apa yg hendak dibuat sebetulnya...mind tak focus mungkin...:)

    ReplyDelete
  4. haah, pernah juga camni
    semua serba tak kena :)

    ReplyDelete
  5. Betul tue...dalam seminggu pasti ada sehari yang kita buat tak menjadi.

    ReplyDelete
  6. Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu pulak disirami hujan lebat....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....