Kelmarin anak perempuan JR bertanya tentang azam tahun baru (ejaan sebenar 'baharu' bukan 'baru'). Ini kerana cikgu BM sekolahnya minta buat karangan mengenai azam tahun baharu.
JR beritau anak, JR tak pernah mempunyai azam tahun baharu. Tak pernah! Never...past, now and forever!!
Mengapa awal tahun baharu kena pasang azam? Kemudian masuk bulan kedua tahun baharu bila ditanya tentang azam itu, masimg-masing dah lupa apa azam tahun baharunya.
Apa jadi jika tak ada azam tahun baharu? Tubuh sengal-sengal, kepala pening muntah-muntah?? Tidak juga!
Sebenarnya ramai orang buat azam tahun baharu cuma sebagai satu trend. Malu jika tak ada azam tahun baharu, kerana orang-orang di sekeliling semuanya dah punya azam tahun baharu, walaupun ia azam yang sangat karut dan tahyul.
Mengapa bila tiba tahun baharu hijrah tak ada orang yang bercakap tentang azam tahun baharu? Adakah kerana 1 Muharam itu tahun Islam, manakala 1 Januari tahun yang dimulakan oleh orang Kristian?
Walaupun tak pernah ada azam tahun baharu, ia tak bermakna JR tak pernah punya keazaman. Cuma keazaman JR untuk sesuatu yang dicita-citakan hidup sepanjang masa, ia tidak cuma wujud pada 1 Januari. Contohnya:
~ Masa kecik-kecik dulu JR berazam untuk menjadi orang pertama dalam keluarga kami masuk Universiti. Walaupun ada saudara mara memperlekehkan azam JR itu kerana ketika di sekolah JR bukan dalam kategori budak pintar, tapi cita-cita memasuki universiti tertua di Malaysia akhirnya tercapai juga.
~ Masa mula-mula berkahwin dulu JR dan isteri berazam untuk memeriahkan rumah dengan anak seramai mungkin. Alhamdulillah, lepas kahwin berkat 'rajin berusaha' kami dapat 6 orang anak. Kalau 3 kandungan yang keguguran hidup, hmmm..kini kami punya 9 anak!!
~ Sebelum berkahwin, JR berazam untuk berhenti merokok, sebab tak mau anak-anak malu berayahkan seorang perokok kurang akal yang buat kerja sia-sia menyedut asap kosong. Dan tak sampai dua bulan lepas kahwin, JR berjaya menghentikan tabiat merokok selepas isteri selalu menunjukkan wajah tak ceria setiap kali terhidu asap rokok dalam rumah.
~ Beberapa bulan sebelum Ramadan tahun lepas, JR berazam untuk berhenti makan malam. Azam ini JR buat lepas melihat ramai saudara mara di sebelah isteri yang terkena penyakit kencing manis, sesetengahnya di usia 30an. Ingat sebelum kena. Insyaalllah sampai sekarang JR tak makan malam lagi. Waktu malam JR cuma ambil buah-buahan dan susu tanpa lemak. Kalau perut bersenandung lagu rock, JR akan ambil sekeping roti wholemeal mengalas perut, takut kena gastrik!
~ Ketika Ramadan tahun lepas JR berazam untuk meneruskan puasa sunat setiap kali Isnin. Insyallah azam itu dapat JR tunaikan sehingga sekarang. JR cuma tak puasa sunat pada hari Isnin jika ada hal mustahak, seperti menghadiri kenduri atau mengikuti perjalanan jauh.
Semua azam itu tak pernah timbul pada 1 Januari. Tapi semua azam itu dengan izin Allah akhirnya menjadi kenyataan. Tak perlu percaya dengan kepercyaan karut dan tahyul 1 Januari adalah masa terbaik untuk berazam.
Sekarang ada satu azam lagi yang belum tertunai...nak menulis biografi diri sendiri! Jika orang meninggalkan setimbun harta benda untuk diwarisi anak-anak, JR berazam nak meninggalkan sebuah buku riwayat hidup JR sejak usia sehari hingga kini. Rangka tulisan sudah ada dalam kepala, hanya menunggu hari untuk JR memulakannya, mungkin tahun ini...
kalau nak melakukan perkara baik..tak perlu tunggu th baru...bila2 masa boleh dibuat..
ReplyDeletesaya malas bab azam2 ni..mana y baik kita buat..& tekad utk dapatkan apa2 pon..
ReplyDeleteSetuju dgn JR. Azam sebenarnya, kena dimulakan secepat mungkin..tak perlu menunggu masa. Saya dah lama nak tiru JR tak makan malam...tapi masih gagal..hahahaha..Sebab kadangkala, saya perlu kerja di malam hari...bila kerja, perut menjadi lapar...
ReplyDeleteAlhamdullilah...ramai anak JR...subur :)
Kalau nak tunggu tahun baru baru nak berazam mmg letih laa nunggu..sebenarnya azam tuh wujud bila kita cita2 sesuatu..kalau nak ikut tahun baru naik ikut tahun baru islam ..boleh feel hijrah sikit kan..
ReplyDeleteazam tahun lepas pun tak tertunai lagi huhu..
ReplyDeleteSaya sokong azam tulis biografi diri tu. Nnt nak satu percuma ye.Heheh.. Mmg org melayu kan. Semua nak free.
ReplyDeleteazam?...tak pernah nak tunai pun...hahahahha
ReplyDeleteTak salah jika berazam disetiap tahun baru tapi bak kata JR lah ...cuma satu trend....sebaik2nya tertunai lah apa yang diazamkan supaya menjadi lebihbersemangat menjalani hari2 mendatang.
ReplyDeleteHaha betoi. azam tahun baru ni selalunya sebab trend.
ReplyDeletesaya berazam untuk tidak berazam lagi.....
ReplyDeletesaya berazam untuk tidak berazam lagi.....
ReplyDelete