Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu.
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Itulah antara lirik lagu evergreen dendangan Alleycat yang berkumandang dalam kereta JR ketika balik solat Jumaat tadi.
Lagu Andainya Aku Pergi Dulu itu mengingatkan JR kepada seorang rakan lama di pejabat ketika kami sama-sama bekerja di Penang dulu bernama H. Seperti JR, H juga suka lagu Andainya Aku Pergi Dulu. Maklumlah kedua-dua kami membesar sezaman dengan lagu itu sedang popular di tahun 1980an dulu.
Tapi tiba pada satu tahap, tiba-tiba kerana suatu insiden, H menjadi sangat-sangat membenci lagu itu.
Tapi tiba pada satu tahap, tiba-tiba kerana suatu insiden, H menjadi sangat-sangat membenci lagu itu.
Mengapa H yang mulanya menyukai tapi tiba-tiba berubah membenci lagu Andainya Aku Pergi Dulu?
Ia bermula pada suatu hari apabila JR menumpang kereta H untuk menghadiri satu perjumpaan di Komtar, Pulau Pinang. Sewaktu pulang ke rumah kebetulan lagu ini berkumandang di dalam kereta Toyota Corolla miliknya. H dengan suara garaunya menyanyi ceria dari sebaris ke sebaris, tapi bila tiba kepada lirik:
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
H menukarnya kepada:
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
H menukarnya kepada:
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Aku pasti cari bini baru...
Hahahahhaa, ketawa JR, "Pandai-pandai hang tukar lirik lagu tu. Kalau bini hang dengar mesti dah kena sekeh kepala nie!"
Tapi kata H isterinya tak marah bila dia pandai-pandai menukar lirik lagu itu, kerana isterinya tau H memang seorang yang kelakar dan suka buat joke.
Sebenarnya H sangat sayangkan isterinya. Cuma sekarang katanya dia agak susah hati kerana dah 3 hari isterinya demam. Sebelum ke Komtar pagi tadi katanya isterinya dah nampak pulih sikit, malah sempat menyediakan sarapan pagi untuknya.
Selepas menghantar JR ke rumah, H bergegas balik ke rumah kerana dia agak tak sedap hati dengan kesihatan isterinya.
Malam itu selepas solat Maghrib tiba-tiba telefon JR berdering. Seorang rakan dengan nada suara agak cemas bertanya JR, "Eh hang tau dak berita tentang isteri H?"
"Tau...isteri H demam. Tadi katanya kalau masih demam dia nak bawa isterinya ke klinik.." jawab JR.
"Isterinya dah meninggal sebentar tadi..." beritau kawan itu.
Ketika itu JR rasa seperti bumbung rumah jatuh menimpa kepala. Ini kerana JR sering berkunjung ke rumah mereka, isteri H dah JR anggap seperti kakak sendiri. Isterinya pula sama seperti H tersangat peramah dan suka berjenaka. Makan minum di rumahnya dah jadi perkara biasa, kerana isterinya memang suka memasak dan bila memasak yang special semua rakan seofis akan dipanggilnya makan sekali.
Sejak itu H sangat membenci lagu Andainya Aku Pergi Dulu. Dia rasa bersalah kerana sengaja mengubah lirik lagu itu kononnya untuk berjenaka. Yang paling menyedihkannya sehari sebelum isterinya meninggal dia masih sempat menyanyi lagu itu dengan lirik yang diubahnya sehingga isterinya meminta kepastian, "Betul ka abang nak kawin baru?"
Sekarang ini JR dah lama tak jumpa H kerana kami tinggal di negeri yang berbeza. Tapi khabar terakhir yang JR terima dia masih membujang hingga kini.
Agaknya dia masih membenci lagu Alleycat itu...
banyak rupanya lagu-lagu yang ada kena-mengena dengan hidup kita, sampaikan kita boleh suka atau benci lagu tu. kalau setiap kali dengar lagu tu akan buat kita teringat kisah duka, memang la kita kan boleh benci lagu tu.
ReplyDeleteMemang best layan lagu evergreen .....saya suka lagu sekuntum mawar merah........
ReplyDeletesudah jalan ceritanya begitu....
ReplyDeletelagu itu menjadi kebetulan dengan apa yang berlaku...
macam lagu sudirman - salam terakhir
ReplyDeletedan macam lagu loloq - andai aku sudah tiada ke?
tapi kita pun kena jaga kata-kata. kata-kata juga boleh jadi doa..
kueh
Sedih la pulak baca cerita ni..semoga roh isterinya di cucuri rahmat...aamiin
ReplyDeleteMungkin terlalu sayangkan arwah isterinya...maka H tak berkahwin lagi...DoakanH dpt hidup selamanya dgn isterinya di syurga kelak..Insya Allah
ReplyDeleteagaknya, isterinya ada kata;
ReplyDelete'andainya ku pergi dulu,
kunantimu di pintu Syurga....'
hebat....
Kenyataan hidup tak semudahl lirik lagu...dalam hatinya memanglah sayangkan isterinya sahaja...:)
ReplyDeleteSedihnya. H tu mesti rasa bersalah dgn lirik yg dia tukar tu wp itu sebenarnya mmg dah takdir Allah.
ReplyDeletesebak pula baca entri ni..memula gelak2 gak..siut je tukar lirik tp bila baca sampai habis..kelu lidah..isteri dia sakit apa sebenarnye?
ReplyDeleteSedih pula entri ni. Agaknya H sangat berasa bersalah dengan lirik lagu tu :-(
ReplyDeleteSedih pulak jadinya ka..salam takziah.
ReplyDeletekebetulan je tu...dah takdir sbnrnya tk perlu rs bersalah,.,
ReplyDelete