»

15 January 2014

Ingatan Polis: Jangan Terima Bungkusan!!!


Ini kenyataan dari PDRM yang baru JR baca. Memandangkan jenayah di negara ini berada di tahap yang sangat membimbangkan (walaupun kerajaan selalu kata negara kita aman damai..), JR kongsikan maklumat itu untuk semua. Semoga ia menjadi peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati:

Polis mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika menerima penghantaran bungkusan atau hamper di kediaman atau premis masing-masing untuk mengelak kejadian rompakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata peringatan itu dikeluarkan lebih-lebih lagi penghantaran bungkusan dijangka meningkat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akhir bulan ini.

Menjelaskan polis setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian rompakan seumpama itu, beliau bagaimanapun berkata orang ramai harus berwaspada dengan taktik sedemikian yang mungkin digunakan penjenayah.
Beliau berkata mereka juga boleh meminta penghantar bungkusan atau hamper meletakkannya di luar pagar rumah dan mengambilnya kemudian. - Bernama.

8 comments:

  1. macam2 taktik orang guna untuk buat keje jahat kan..rasa macam tak selamat je..

    ReplyDelete
  2. takutnya...dah le saya mmg selalu sorang kat rumah.

    ReplyDelete
  3. semakin maju dunia semakin ramai jenayah berleluasa :P scary really scary

    ReplyDelete
  4. Macam-macam..dari segi politiknya, keselamatan negara, dengan harga barang naik lagi, harga kangkung menurun pulak..

    skrg ni lebih kepada silence reader, busy sangat sejak akhir-akhir ni..semoga JR sekeluarga dalam keadaan sejahtera

    ReplyDelete
  5. Macam2 cara dan taktik mereka ni nak memperdayakan orang ramai...
    Nasib baik setakat ni bunda selalu terima bungkusan parcel dari posmen pos laju jer...
    InsyaAllah selamat...

    ReplyDelete
  6. Dalam berhati2 pun terkena jugakkan . Yg pasti kita dapatkan maklumat sebelum menerima sebarang bungkusan

    ReplyDelete
  7. bahaya ada di mana2 dn dgn berbagai cara.,.memang tak terduga...

    ReplyDelete
  8. bahaya ada di mana2 dgn berbgai cara.,.memang tk terduga...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....