»

12 January 2014

Geli Geleman Dan Meluat Dipanggil Dato'...


Tadi anak perempuan JR bercerita tentang rakan baru sekelasnya. Rakan baru kelasnya sebelum ini berada di kelas nombor 3 dari 6 kelas Tingkatan 3. Tahun ini rakan baru anak JR itu naik ke kelas nombor 1.

Anak JR kata rakan baru kelas mereka itu anak orang kaya bergelar Dato'. Yang kurang menyenangkan anak JR ialah rakan baru itu suka bermegah dengan status sosialnya. Suka bercerita tentang kemewahan keluarga. Tapi yang melucukan anak JR ialah budak perempuan itu meletakkan namanya Y binti Dato' X dalam semua buku latihan miliknya. Anak JR kata dalam kelasnya bukan rakan barunya itu saja anak Dato', ramai lagi anak Dato'. Tapi rakan-rakannya yang lain tak teringin pun meletakkan nama Dato' di akhir nama mereka dalam semua buku latihan mereka. 

JR kata kepada anak JR manusia bukan sama. Ada yang rasa bangga dengan kemegahan dunia, ada yang tak kisah pun dengan status sosial mereka.

Tiba-tiba teringat JR masa mula-mula kerja di sebuah pejabat di KL. Big boss kami bernama Encik H. 

Suatu hari JR diminta menulis minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik H. Dalam minit mesyuarat, JR letakkan nama Encik H di atas sekali sebagai: "Encik H bin D". Bila draf minit mesyuarat itu ditunjukkan kepada Encik H, dia membuang perkataan "bin". 

Rupanya dia tak nak nama "bin" antara namanya dan nama bapanya. Bila JR tanya PA nya mengapa pula dia tak nak perkataan "bin" selepas namaya? 

Mengikut PA nya, big boss kami tu memang tak nak ada perkataan "bin" di antara namanya dan nama bapanya. Alasannya ketika dia dilahirkan dulu ibu bapanya tak letak pun nama "bin" di celah namanya. Yang letak nama "bin" ialah pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Sebab itu dia cuma mahu dikenali sebagai Encik HD dan bukannya Encik H bin D.

Tak lama kemudian Encik H bin D, ooppsss...Encik HD pergi menunaikan haji di Mekah. Biasanya bila balik Mekah orang akan pakai nama Haji di depan nama mereka dalam urusan rasmi. Tapi dalam perjumpaan pertama dengan kami, siang-siang lagi Haji HD dah beri amaran, jangan panggil dia Tuan Haji. Dalam minit mesyuarat juga jangan catatkan namanya sebagai Tuan Haji H bin D atau Tuan Haji HD. Dia cuma mau dikenali sebagai Encik HD kerana katanya urusan haji adalah antara dia dengan Allah dan tak ada kena mengena dengan namanya.

Beberapa tahun lepas itu Encik HD dapat gelaran Dato' pula. Dan seperti dijangka dia juga enggan dipanggil Dato'. Dia hanya mahu dikenali sebagai HD. Bagi kami staffnya, bila berjumpa Dato', kami cuma memanggilnya "Cik H", kerana bila dipanggil "Dato'" dia akan menunjukkan muka seperti kurang senang, geli geleman dan meluat. Semua surat yang ditanda tangani olehnya juga cuma ditulis HD, tanpa Datuk, tanpa Haji, tanpa bin. Bila ditanya mengapa dia pergi mengambil pingat Dato' tapi tak mau memakai gelaran Dato', jawapannya dia tak mau mengecilkan hati Sultan yang menganugerahkan pingat itu.

Kalau tak silap JR, Dato' HD yang sangat peramah dan sangat merendah diri ini sudah lama bersara dan masih tinggal di KL bersama isterinya seorang wanita India yang berkulit putih melepak seperti heroin filem Hindustan...

10 comments:

  1. khabarnya bekas boss saya tengah berusaha nak dapat pangkat datuk. harapnya bila dah apat nanti, dia tetap tak marah bila saya panggil dia `boss' macam dulu. hahaha!! tabik boss...

    ReplyDelete
  2. Hu...hu...anak dato classmate anak JR tu sebenarnya tak sedar yang sedang promo diri untuk diculik atau yang sewaktu dengannya......moga budak tu di lindungi Allah.

    ReplyDelete
  3. jiwa org tk samakan,.,,

    ReplyDelete
  4. ada artis yg 'berbangga' dgn gelaran datuk oleh 'sultan' nun diseberang sana hehe..

    ReplyDelete
  5. bagus orang mcm enHD nie..kwn sydulu bapaknya bbrp kali dioffer Dato' namun setelah bbrp kali tola terima jgk taknak kecikkan hati sultan pahang...

    ReplyDelete
  6. Harap dato-dato yg lain jadikan dia sebagai idol kbai selamat tahun baru JR :)

    ReplyDelete
  7. yep..bagsnya dengan sikap merendah diri, tak semua org mcm tu.., setakat ni sy biasa jumpa pegawai atasan tak mahu memanggil dia encik/cik ...sekadar sebut nama sahaja. (..lagi pon dorang muda2 belaka compare dengan kami yg tertua sikit haha). Dalam surat menyurat/laporan pulak ok je letak encik dsbnya. hemm.

    ReplyDelete
  8. Kdg2 bila kita dipanggil dgn pangkat - haji...dato'..takut kita timbul riak.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa sebelum ni tajuk entri ni lain JR...haha...

    ReplyDelete
  10. IM tak gemar berbangga dengan status. Pernah ibu_suri minta anak-anak IM di letak gelaran Megat di depan nama mereka tapi IM tak mahu. IM mahu anak-anak IM dikenali sebagai rakyat marhaen jer...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....