»

11 January 2014

Bayi Hilang Dalam Kandungan: Fantasi Atau Realiti??


Tadi JR baca tentang berita janin hilang dalam kandungan seorang wanita di Parit Buntar, Perak:

                                                      (Berita penuh di sini...)

Sebenarnya ini bukan kali pertama JR membaca kisah seumpama ini. Entah dah berapa puluh kali membaca kes janin hilang dari kandungan ibu.

Bukan JR nak menolak kewujudan alam ghaib, makhluk halus dan sebagainya, kerana kewujudannya banyak diceritakan dalam Quran dan hadis. Malah JR sendiri pernah berhadapan dengan beberapa pengalaman pelik yang tidak dapat dirungkai apa yang sebenarnya berlaku. 

Untuk berlaku adil elok juga rasanya kita lihat pandangan pakar mengenai isu janin hilang dari kandungan ibu ini:

"Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan. Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris - phantom pregnancy," kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil. 

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu. Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.

"Apabila minda 'menipu' tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah," jelas beliau.

Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.

"Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya," terang Jamiyah.

Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.



ADAKAH imej daripada imbasan ultra bunyi boleh berlaku ralat hingga memberi harapan palsu kepada ibu hamil?


Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak. Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.

"Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut. Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan," jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.

Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa. Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita 'kehilangan' kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.

"Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri. Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif," terang Maizatul.

"Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain," ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.

Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.

"Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula," ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan 'dampingan' atau 'tumpangan' makhluk halus.

Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia. 

"Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun," katanya.

Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.

"Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah. Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.," pesannya.
(sumber di sini...)

12 comments:

  1. perkara ni sudah berlaku pada kakak saya . pada peringkat permulaan , doktor dah sahkan dia mengandung . dia juga mengikuti pemeriksaan berskala di klinik . dia juga sudah dapat imbasan gambar ultrasound babynya . ketika kandungan berusia 6 bulan , akak saya buat pemeriksaan rutin di klinik . Doktor sahkan babynya tak de tapi urinya still ada . malah dr tu siap buat ultrasound lagi . nampak jelas dgn mata kakak sendiri ... sejak dr itu byk perkara pelik berlaku ... akak saya seorang ustazah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya tinggal tali pusat..pelik tu!

      Delete
  2. zaman kehidupan yang dikuasai teknologi ni, setiap perkara yang berlaku pasti akan dapat diperjelaskan dan diperincikan secara teori sains, walau pun berkaitan dengan kejadian ghaib. bak kata cikgu saya dulu, saintis adalah seorang yang tidak percayakan tuhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin mngkaji sains smakin kuat kpercayaan saya pd Allah..

      Delete
  3. Inilah realiti kehidupan....percaya atau tidak yang penting jika disahkan mengandung jangan terlalu exited dalam membuat persiapan untuk menyambut kelahiran baby....ini pesanan arwah nenek saya....katanya takut berputihmata.....wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah sahajalah yg mengetahui di sebalik rahsia ini. Tidak tercapai dek akal manusia.

    ReplyDelete
  5. Saya juga seperti anda anon 8:58. Rupanya saintis barat sangat agresif menggali isi al quran....

    ReplyDelete
  6. antara peraya atau tidak..tp sy mcm boleh terima alasan phantom pregnancy tuh..mcm psiko diri sendiri sikitlah...

    ReplyDelete
  7. Seperti ceramah Dr.Danial dalam tanyalah ustaz..
    Sejauh mana kepandaian dan pencapaian pakar sains...tapi masih gagal untuk mengkaji bab keujudannya 'alam ghaib'...
    Subhanallah...kuasa Allah itu maha besar...Allahuakbar...

    ReplyDelete
  8. saya baca cerita yang sama dalam mastika. kita tak mengalaminya, susah nak percaya namun saya percaya setiap yang berlaku atas kehendak dan ketentuanNYa

    ReplyDelete
  9. Hmmm....

    Orang Melayu seperti IM ini kekadang cepat menterjemahkan hal seperti ini dalam gerne metos...

    ReplyDelete
  10. Kajian sainspun kajian la juga tp sy percya ujud kehamilan disebabkan makhluk alam gaib ni atau amik kemudian bayi tersebut hilang sbb diambil ole org budian contohnya sbb aya sy pernah cerita,jiran dia ms zaman dia muda2 dulu berkawin dgn org bunian,hidup lelaki tu memang mcm org bekeluarga keluar bekerja,setiap ari dr bunyi anak2nya menangis,bunyi buaian,rumah riuh rendah tp yg nmpk dlm rmh tu cuma si lelaki je....kun fayakun....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....