Tadi JR pergi ke Pasar Besar Alor Setar. Adooiiiii....harga barang banyak yang naik menyacak! Kangkung yang minggu lepas cuma 80 sen seikat pun dah naik RM1.00 seikat balik seperti dulu. Kesian PM kita, harga kangkung dah naik semula!
Harga barang lain apa lagilah, semuanya cuma faham bahasa naik, naik dan naik....Beli 3 ekor ayam, daging, ikan, udang dan sedikit sayuran, dah habis RM108.00. Bakul beroda yang JR bawa cuma separuh penuh tapi nilai barangnya dah mencapai RM108.00.
Teringat 6 tahun lepas, masa JR baru balik ke pangkuan keluarga di Alor Setar selepas beberapa tahun tinggal di rantau orang...Ketika itu beli barang penuh satu bakul beroda, bawa RM100 pun tak habis. Biasanya cuma sekitar RM80 saja yang habis.
Tapi 6 tahun lepas itu harga barang di Pasar Besar Alor Setar tak semahal sekarang. Masa tu harga ikan kembung cuma RM3-RM4 sekilo. Pernah juga cuma dijual 50 sen sekilo! Tapi tadi JR beli ikan kembung harganya RM10 sekilo. Ikan kembung RM6 sekilo pun ada tapi kecik sangat, anak kucing pun makan tak kenyang. Cuma ikan kembung pecah perut dijual murah, tapi kucing JR yang cara makannya seperti kucing elit (walau dia cuma kucing kampung) pun tak sudi jika diberi ikan kembung pecah perut!
Ayam pula tadi harganya RM6.80 sekilo. Itu yang paling murah, mahal lagi pun ada. Mungkin RM6.80 itu masih murah berbanding di negeri-negeri lain. Tapi di Alor Setar RM6.80 dikira mahal, sebab 6 tahun lepas ayam bersih cuma dijual RM4 lebih saja sekilo.
Begitu juga dengan daging import, dulu cuma RM8 sekilo sekarang dah jadi RM15 sekilo. Daging tempatan memang bergandalah harganya.
Udang, sotong juga semua naik harga. Jangan mimpi lagi nak dapat harga di bawah RM8 sekilo seperti dulu kecuali yang dah berbau. Barang-barang dapur yang lain - cili kering, bawang, halia, tak payah komen. Semuanya cuma faham bahasa naik.
Memang betul kata orang, hujan saja yang turun. Masalahnya di Alor Setar ni pun dah lama hujan tak turun! Jadi nak tunggu apa yang turun??
Tapi bila diingat balik kata-kata Pak Menteri kita memang betul: apa yang berlaku sekarang TAK MEMBEBANKAN RAKYAT! Memang betul lagi tepat...tak membebankan!
Dulu bawa RM100 boleh beli barang keperluan dapur penuh satu bakul. Ketika itu lenguh tangan mengheret bakul - agak membebankan. Sekarang bawa RM100 cuma boleh beli barang tak sampai separuh bakul, bebanan semakin kurang!
dgn harga barang mcm skrg ni, makan luar lebih jimatkot berbanding masak dirumah.
ReplyDeleteSarcastic-kus..hahaha..
ReplyDeletebarang di tmpt JR masih murah bila sy tgk harga yg JR nyatakan tu,adik sy ada tinggal di sana,di anak bukit titi gajah,kami bila pergi sana,suka sgt sbb brg mkn kami rasakan murah
ReplyDeletegelihati baca perenggan terakhir tu..,hehehe....
JR stay dikedah harga barangan mentah agak lebih murah lah dari ditempat saya diselangor ni....disini lebih baik pergi ke hypermarket dari pasar pagi or pasarmalam yang terlebih mencekikdarah .
ReplyDeletesemua barang memang naik kalau kat tempat ita..baru ni beli ayam sebelah..dah rm 9.60...
ReplyDeletePM makan kangkung ke...:)
ReplyDeletedah naik 20 sen? mari kita salahkan kangkung tu. bila dah glamer, pandai pulak jual mahal pulak! kangkung sombong...
ReplyDeleteTeringat kata Syuk Dlm MLawak " setiap benda kena naik dulu baru boleh turun" ..hahaaa
ReplyDelete