»

04 December 2013

Terengganu: Negeri Cantik Bangunan Terbalik...


Dah 4 hari masuk bulan Disember. Anak bongsu tu dah banyak kali bertanya - tak nak pergi bercuti ke? Kata JR hari Ahad nanti kita confirm bercuti ke Penang. Tapi kata anak, itu bukan cuti, itu pergi makan kenduri rumah Mak Cik (adik JR) di Penang! 

Tak pa lah kata JR, at least Penang jugak kan??

Sebenarnya kalau bercuti pun, JR pun tak ada idea nak bercuti di mana. Langkawi dah cemuih (boring) sangat nak pi, dah banyak kali sangat ke sana, tambah pula masa isteri kerja kat Langkawi dulu, selalu sangat ke sana. 

Ke Penang pun dah selalu sangat pergi, maklumlah kampung halaman JR.  Nak ke Pantai Timur dan Selatan pula sekarang musim banjir. 

Isteri kata apa macam jika ke Terengganu? 

Terengganu? Tiba-tiba teringat iklan di TV:
"Selamat datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik".

Memang Terengganu negeri cantik. JR dah empat kali ke sana masa kerja di KL dulu. Isteri juga pernah ke sana, juga atas urusan kerja. Tapi anak-anak belum pernah ke Terengganu.

Tapi bila teringat Terengganu, tiba-tiba rasa takut pula...Ingat Terengganu, tiba-tiba teringat pasal bangunannya yang sering runtuh.

Kelmarin satu lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam. Ini keruntuhan bangunan kali ke-17 berlaku di Terengganu sejak 2008.

Semoga tidak berlaku keruntuhan kali ke-18 dan kita bukan mangsanya...

Tapi semua yang berlaku di dunia ini adalah atas kuasa Allah. Pergi ke mana-mana pun termasuk ke Kedah negeri JR tinggal ni pun kena berhati-hati juga. Selagi kita berhati-hati semuanya selamat, insyaallah...

Cuma sebagai langkah berhati-hati (tak salah berhati-hati kan??), kalau ke Terengganu mata kena selalu rajin-rajin pandang ke atas, takut ada sesuatu yang runtuh:

DALAM BILIK HOTEL
jangan tanggal topi keledar



DI BILIK TIDUR
juga tidur jangan tanggal topi keledar


 MURID SEKOLAH
Jangan lupa pakai topi keledar



 JANGAN LUPA IKUT NASIHAT PAK MENTERI
sentiasa pakai topi keledar
di Terengganu


SENTIASA 
pakai topi keledar
walau pun  sedang melayari internet
(Semua foto di atas diciplak dari blog tukartiub)

Orang Terengganu jangan marah JR, ini cuma jenaka petang Rabu....
Lagi pun bangunan runtuh bukan salah rakyat Terengganu pun, ia salah pihak yang tawarkan kontrak kepada kontraktor yang tak berwibawa. Seperti kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrain Raja Ahmad, kontraktor yang pernah membina bangunan runtuh sebelum ini tapi masih diberi kepercayaan oleh pihak berkenaan untuk membina bangunan lain pula selepas itu.Tak takut langsung pisang berbuah 18 kali...
 

15 comments:

  1. Tu la . Perlis,Langkawi dan Penang dah selalu sangat pi . Nak mandi air terjun hujan hujan ni memang idok la kan . Duk rumah tengok drama korea je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok ghumah tidoq pon baguih jugak...

      Delete
  2. Budak2 biasa lah JR...kalau kata cuti sekolah mesti nak jalan2 bercuti jugak...layan ajerlah seadanyer...inilah masanyer ibu bapa nak berkumpul bersantai dengan anak2 setelah 11 bulan asyek bekerja jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti di rumah pun boleh juga kannn???

      Delete
  3. gi la trg JR..sodap kutuk negeri aku yea...

    ha ha ha

    kueh

    ReplyDelete
  4. haha..negeri arra tu JR...harap2 xde dah yang ke18

    ReplyDelete
  5. Yang kesiannya ialah rakyat Trengganu yang terpaksa berhadapan dengan malu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak malu, bukan salah mereka. Yg salah pihak yg award tender dan pihak yg monitor projek tu...

      Delete
  6. Byk tmpat yg blh pergi,dtg le ke perak,ada pulau pangkor,teluk batik,teluk senangin...lumut bandaraya pelancongan...tmpt2 lain di perakpun byk,ipoh ada lost world of tambun,ada hot waterspring di sungkai...kejor yop kejorpun ada....

    Trengganu memang cantik sy dh pergi....biasa sy tgk di alam maya ni org dok gelar Trengganu Darul Runtuh....hanya Allah Yg Maha Tahu kenapa sering berlaku...wallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Pangkor dan Teluk Batik pernah pergi. Taiping pula saya pernah kerja di sana dua tahun lebih, anak-anak pernah dibawa hingga ke puncak Bukit Larut. Tapi Lost World of Tambun memang tak pernah pergi, begitu juga Kellie Castle...

      Delete
  7. malaysia kan ada 14 negeri... tolak ganu,pahang n johor yg tengah banjir...banyak lg tempat boleh g...

    mg semua mangsa banjir selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tiada yg terlalu galak main banjir hingga akhirnya mata ibu bapa pula yg dipenuhi banjir...

      Delete
  8. oh baru tahu psl runtuh tuh..hmmm..bercuti kat umah jer musim2 hujan nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..bercuti kat rumah pun OK juga...

      Delete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....