26 December 2013

Kepuasan Malam Jumaat


Lepas joging tadi pergi jenguk Tandas Awam Taman Rimba (Taman Jubli Perak), Alor Setar sekejap.

Saja nak tengok, sama ada kerja pencucian tandas awam itu dibuat oleh pekerja MBAS secara berterusan atau cuma hangat-hangat tahi ayam.

Bila masuk, alhamdulillah, ia lebih bersih dari yang JR laporkan semalam. Bau hancing semakin reda, lantai juga seperti baru dicuci. Air mencurah kuat, tak seperti hari tu tak ada air langsung atau seperti kelmarin, air agak perlahan..

Tak sia-sia JR laporkan perkara itu ke akhbar, berbaloi juga buat bising di akhbar demi kepentingan awam.

Rasa puas kerana dapat membantu menyelesaikan masalah orang ramai yang sering merungut dengan tahap kebersihan tandas awam itu. Itu kepuasan yang pertama pada malam Jumaat ini.

Kepuasan yang kedua, malam ini dapat baca Yasin dengan tafsirnya sekali. Selalunya baca surah Yasin saja malam Jumaat tanpa meneliti tafsirnya. Kemudian pegang Quran cuba habiskan juz 29 yang mengandungi beberapa surah penting termasuk al-Jin (mengenai jin) dan al-Qiyamah (mengenai hari kiamat). Memang puas lepas baca meneliti pula tafsirannya. Kagum sungguh dengan keindahan bahasa Allah.

Kepuasan ketiga? Agaknya tak ada kot. Kalau sesetengah orang ada kepuasn makan, tapi JR selalu skip dinner, jadi tak adalah kepuasan makan..

Tapi malam masih panjang sebelum masuk beradu.......

9 comments:

  1. light dinner pun JR tak ambil ke?wahhhhh..ni betulbetul jaga body :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu ambil lunch lewat, sebab tu boleh tahan sampai malam. Tapi kalau lapar sangat makan juga, selalunya roti atau buah. Cuma nasi, mi dan yg sewaktu dengannya dah lama tak makan waktu malam..

      Delete
  2. adkh kebersihan tandas itu akan kekal lama.. huhu.. moga2 berterusan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....segala usaha JR demi untuk kebajikan masyarakat setempat telah mendapat restu dari Allah dan pihak yang bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  4. Usaha yg murni. Kekadang..org x peduli sgt pasal kebersihan tandas ni...padahal tersangat lah penting...

    ReplyDelete
  5. Malam ini IM tak pergi usrah. Issskkkk....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tak loya dah...

    ReplyDelete
  7. malam jumaat...budak2 kena tido awal sbb 'byk kejadian dan bunyi2 pelik akan kedengaran'...

    ReplyDelete
  8. Hal2 yg begini memang kena bising di akhbar atau yg sepatutnya,baru org dgr...kalau bising sesama sendiri je...tk kan berubah le jwbnya......

    Makna doa yasin juga meruntun qalbu bila di baca....antaranya..

    'terimalah kami apabila kami kembali...sesungguhnya jika engkau mengkehendaki sesuatu,hanya berkata jadi,maka jadilah.....'

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....