»

25 December 2013

Berita Jamban II : Terima Kasih MBAS!!


Kelmarin JR ada ceritakan mengenai betapa jijiknya Tandas Awam Taman Rimba (Taman Jubli Perak), Alor Setar.

Tak sangka pula cepat juga MBAS bertindak! Hari Ahad JR melaporkan keadaan tandas awam itu kepada wartawan Sinar Harian, hari Selasa berita mengenainya masuk akhbar, hari ini Rabu JR tengok tandas awam itu dah ada perubahannya:

~ tiada lagi sampah sarap dalam tandas awam itu.
~ bekalan air dalam tandas dah pulih. Walaupun air mengalir agak perlahan, tapi ia lebih baik dari tak ada langsung sejak beberapa minggu lepas.
~ ada kesan-kesan lantai dicuci (sebelum ini lantai berlumpur teruk).

Cuma bau hancing masih menyusuk hidung. Walaupun tak seteruk beberapa hari lepas sebelum berita mengenainya masuk akhbar, tapi bau hancing masih dapat dihidu. Mungkin pekerja Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) cuma mencuci menggunakan air biasa tanpa bahan pewangi atau bahan pewanginya tak mencukupi bagi menutup kehancingan yang sudah bertakung selama lebih dari sebulan itu. Rasanya kalau disembur bahan pewangi lebih sikit mungkin dapat menutup kehancingan itu sepenuhnya..

JR tak tau bila MBAS buat kerja pencucian tandas awam itu, sebab semalam JR berjoging tanpa singgah untuk meninjau keadaannya. 

Cuma sebagai jogger yang hampir setiap hari beriadah di Taman Rimba, JR berharap kerja pencucian itu dilakukan setiap hari. Letakkan seorang pekerja tetap di situ, sebab tadi JR tak nampak ada pencuci tandas di situ. Jangan kerja mencuci hanya dilakukan secara ad-hoc, kerana kami pembayar cukai tidak bayar cukai secara ad-hoc, tiap-tiap tahun kami bayar cukai kepada MBAS.

Apa pun, terima kasih kepada MBAS dan terima kasih juga kepada Sinar Harian yang telah menyiarkan berita itu..
 

6 comments:

  1. alhamdulillah cepat jgk MBAS bertindak sib baik JR prihatin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah....baik diantara yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. Betul tu JR....moga MBAS istiqomah menjaga tandas tu...dan warga sekitar pun kena main peranan sama..

    ReplyDelete
  4. salam blogging terbaikk tu , tugas yang murni .. done klik :)

    ReplyDelete
  5. Tindakan yg baik, menyalurkan maklumat kepada saluran yg sepatutnya..dan mendapat perhatian .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....